Pages

Isnin, 3 Oktober 2022

Jalan-jalan ke Tanjung Simpang Mengayau & Pantai Bak-Bak

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita konvoi ke Kudat. Menjelang tengah hari, kami sampai di Tanjung Simpang Mengayau. Sayangnya kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup. Bagaimanapun, kami dibenarkan masuk tetapi atas tanggungjawab sendiri. Tidak dapatlah Amie hendkak kongsikan banyak gambar kunjungan kami di sini. Pada Januari 2021, Amie ada kongsikan pengalaman berkunjung ke Tanjung Simpang Mengayau di sini: TANJUNG SIMPANG MENGAYAU ( TIP OF BORNEO) : TITIK PERTEMUAN LAUT CHINA SELATAN DAN LAUT SULU


Orang kata kalau datang ke Kudat tapi tak singgah di Tanjung Simpang Mengayau, bermakna tidak lengkaplah lawatan ke sini. Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia dan merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Untuk sampai ke tempat yang dituju, setelah letak kereta kami terpaksa naik bukit dan turun bukit. Bagaimana pun ada juga kenderaan kami yang berjaya menerobos masuk. Jadi, tidaklah tertonggek-tonggek seperti kami mendaki bukit!

Cuaca panas terik ketika kami tiba di sini.

Penduduk tempatan menggelar Tanjung Simpang Mengayau atau Tip Of Borneo ini dengan nama Tanduk Sabah.

Foto dari entri TANJUNG SIMPANG MENGAYAU ( TIP OF BORNEO) : TITIK PERTEMUAN LAUT CHINA SELATAN DAN LAUT SULU



Apabila keluar meninggalkan kawasan ini, masing-masing berebut naik belakang kenderaan! Kemudian kami menuju ke Pantai Bak-Bak. Kita tak berani hendak keluar dari kereta sebab tak sanggup menjemurkan diri di bawah bahang matahari laut! Kita pernah berkunjung ke sini : PANTAI BAK-BAK YANG SEPI!

Gambar di Pantai Bak-Bak dari entri lama.

Firdaus bersantai-santai di atas buaian di tepi Pantai Bak-Bak (entri lama).


15 ulasan:

  1. Masyaa Allah...
    .. peta Sabah....yang bertanduk tu inilah dia ye cikgu ..Tanjung Mengayau ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mama Cella. Macam banyak tanduk pula di Sabah ini. Satu lagi macam tanduk juga di puncak Gunung Kinabalu, tak silap namanya Dongkey's Ears Peak.

      Padam
    2. oh...Gunung Kinabalu pun banyak peaks yer..
      Saya tau Low Peaks ja🙈..Kena explore lagi ni

      Padam
  2. Wah, semoga ada rezeki sampai ke tip of Borneo satu hari nanti. Bercerita ttg pertemuan 2 laut, saya pernah berpeluang mengikut rombongan universiti ke Cape Town, Afrika Selatan masa belajar dulu. Kami berpeluang pergi ke Cape Point, tip of Africa. Subhanallah, kagumnya tengok pertemuan laut Hindi dgn Laut Atlantic - jelas nampak garisan di titik pertemuan sbb sebelah berwarna hijau cerah, sebelah lagi berwarna gelap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maha Suci Allah dengan segala ciptaan-Nya yang tiada bandingannya.

      Padam
  3. Cantik view titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu tu😍

    BalasPadam
  4. Menariknya tempat ni, Kak Amie, terus kita terbayang peta sabah yang bertanduk di atas tu. Rupanya, tempatnya begitu indah. Kalau di Johor ni, kami ada tanah paling hujung Semenanjung iaitu di Tanjung Piai, Kukup, Pontian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin jelajah memang banyak kita jumpa tempat menarik. Setakat ini saya tak mampu nak masuk hutan, hiking dan tuju air terjun.

      Padam
  5. cantik nya pemandangan kak, yelah dah sampai sini wajib ke Tio of Borneo, kalau di Johor ada The Southernmost Tip Of Mainland Asia (Penghujung Selatan Benua Asia) di Tanjung Piai, kalau ke Pahang ada Titik Tengah Semenanjung di Temerloh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indahnya negara kita kan Dana.
      Saya teringin ke Pontianak. Banyak kali plan tapi asyik tunda-tunda. Di sutu saya nak tuju ke titik khatulistiwa.

      Padam
  6. Memang patut disinggah ni. Tempatnya sangat menarik walaupun mencabar kena gigihkan juga berjalan dengan cuaca panas. Nasib baik bawa topi siap². Amboii Firdaus, santai sungguh dia ye. Barulah feel bercuti cuti kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya. Begitulah kot, nak tengok tempat menarik kenalah harungi juga perjalanan yang mencabar.

      Padam
  7. Perjalanan yang menyenangkan ya, Ami. Sampai ke titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
    Terima kasih telah berbagi. Selamat siang dari negeri jiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Bonda Nur. Jalan-jalan melihat ciptaan-Nya. Subhanallah.

      Padam