Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, ketika ini kami berada di Gardens Condominium Bundusan. Syukur Alamdulillah, dapat meluangkan masa bersama Fairuz walaupun hanya seketika. Sempat masak untuk makan malam, dan keesokan paginya dapat hidangkan sarapan sebagai alas perut sebelum Fairuz dan Haziq keluar bekerja.
Minggu lepas, ketika ini kami berada di Gardens Condominium Bundusan. Syukur Alamdulillah, dapat meluangkan masa bersama Fairuz walaupun hanya seketika. Sempat masak untuk makan malam, dan keesokan paginya dapat hidangkan sarapan sebagai alas perut sebelum Fairuz dan Haziq keluar bekerja.
The Gardens Condominium. |
Amie goreng cucur jagung campur udang, makanan kegemaran kami sekeluarga.
Goreng juga sebungkus bihun.
Ada cucur jagung dengan udang, bihun goreng, keropok ikan dan dilengkapi dengan hirisan limau sunkist.
Terasa seperti berada di dapur sendiri.
Tidak dilupakan, semangkuk kecil sambal tomato sebagai pencecah cucur dan keropok ikan. Sambal tomato ini Amie masak khas dari Lahad Datu di bawa ke Kota Kinabalu.
Selepas bersarapan, masing-masing bersiap sedia dengan tujuan yang dirancang. Fairuz dan Haziq meneruskan kerja menghantar ikan, dan kami tiga beranak bergerak ke rumah Abang Aznan di Taman Farmosa. Di sana kami berkumpul sebelum bergerak bersama-sama menuju ke Zoo Lok Kawi.
Wah..kak Amie memasak bagai di rumah sendiri. Rajin.
BalasPadamMeriah dan nampak sedap hidangan paginya
BalasPadamAmboiii... Meriah dan sedap² betul sarapan pagi Amie ye... Yummy!
BalasPadamWah ..pakej penginapan bersama sarapan...hihihi
BalasPadamAlhamdulillah,pasti Fairuz dan Haziq juga seronok dapat merasa air tangan mommy
Semua dengan program sendiri.
BalasPadamcucur jagung + udang...sedap tu..
BalasPadamCucur tu, sy paling suka.
BalasPadamSedapnya cucur jagung makan panas-panas...
BalasPadamMeriah meja dgn sarapan pagi air tangan Kak Amie. Bahagia la Fairuz & Haziq makan pagi tu kan.
BalasPadamIngatkan The Gardens di Mid Valley KL hehe.
Sambal tomato kak amie tu SA cuba belajar buat x menjadi la kak amie...apa kata kak amie jual...hehehehe....
BalasPadamBihun Kak Amie sentiasa nampak tempting. Alhamdulillah dapat juga Fairuz merasa masakan mommy yang dah lama ditunggu tunggu tu.
BalasPadam