Pages

Isnin, 19 September 2022

Hari Ini 19 September

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di petang Isnin yang mendung. 
Semoga sepanjang hari ini, dapat dilalui dengan lancar, tenang dan ceria.

Hari ini 19 September, genaplah usia Fairuz 21 tahun.

Gambar sambutan ulang tahun Fairuz ke-18 pada tahun 2019.

Sambutan ulang tahun Fairuz ke-19 pada tahun 2022.
Ulang tahun Fairuz ke-12 pada 2013

Ketika ini hilanglah gelaran anak bongsu kepada anak bongsu tak jadi kerana kehadiran Firdaus!

Awal pagi lagi kami sudah ucapkan sanah helwah untuk Fairuz. Semoga Fairuz sentiasa sihat dan berjaya dalam kerjayanya sekarang. Apabila semua anak bujang sudah berjauhan, tiadalah lagi sibuk membuat persediaan untuk memeriahkan suasana sambutan ulang tahun mereka. Terkenang-kenang riuh-rendah dengan gelak tawa kawan-kawan mereka datang ke rumah pada hari tersebut.

Ahhh... usah terlalu dilayan perasaan dan rindu itu!
Mari kita cerita apa yang Amie lalui sepanjang hari ini.

Gambar yang Amie paparkan di bawah ini merupakan hasil buruan di gerai buah-buahan tepi Jalan Assam. Ada rambutan, honeydew dan betik. Bolehlah dijadikan kudap-kudapan untuk hari ini dan esok.

Buah Betik, Honeydew & Rambutan


Pagi tadi kita hanya sempat rebus telur sahaja. Apabila lewat tidur malam kerana menyiapkan kerja-kerja sekolah, rasa berat mata pula hendak bangun awal pagi. Jadinya, Encik Suami belanja bihun goreng dengan sambal udang sebagai bekal ke sekolah. Kita tambah telur rebusdan limau madu.


Hanya sempat jamah dua tiga sudu bihun dan separuh telur! Udang langsung tak berusik sebab kelam-kabut ada arahan mengejut dari pihak pentadbir. Rupa-rupanya ada lawatan dari pihak atasan. Akibatnya, tidak ada masa untuk menyambung sarapan. Menjelang tengahari, barulah dapat buka semula bekas makanan. Sayangnya bihun goreng dan sambal udang sudah agak 'berlainan' baunya. Hendak ke kantin, memang sudah dapat bayangkan tidak dapat layanan kerana penuh dengan murid-murid sesi petang untuk isi perut! Jadi, telan sajalah bihun goreng tadi, dan tolak masuk ke perut dengan minum air kosong. Alhamdulillah, datanglah sedikit tenaga untuk meneruskan kerja.

Kemudian buka WhatsAap. Encik Suami sudah buat appointment gigi untuk kita. Jadi, bersedialah untuk rawatan pada 21 September 2022, hari Rabu pukul 2 petang. Kali ini rawatan susulan untuk repair tulang gusi yang dipotong tempohari.

Dalam perjalanan pulang, singgah gerai di tepi jalan. Terpandang pucuk betik. Baiklah beli! Nanti bolehlah masak dengan bunga betik yang dibeli di pasar tani kelmarin.

Pucuk Betik.

Bunga Betik.

Kita teringat Encik Suami suruh masak bunga betik tanpa celur terlebih dahulu. Tengoklah nanti apa kejadiannya! Rasanya belum ada keberanian untuk mencubanya.


Kita beli sebiji buah betik seberat 2 kilogram dan sebiji buah honeydew juga seberat 2 kilogram. Nampak ada buah rambutan. Walaupun masih batuk-batuk, tapi teringin pula makan rambutan! Kita pun belilah juga, takut nanti teringat-ingat. Harga sekilogram rambutan RM15.00. Kita beli setengah kilogram sahaja. Teringat kalau balik Selangor, murah-murah harga buah-buahan apabila tiba musimnya.

Hurrrmmmm.... sampai di rumah, kita hanya makan sebiji rambutan sahaja.  Walaupun isinya manis dan longkah, tapi tak boleh makan banyak. Awak tu belum sihat sepenuhnya!

Malam ini hendak potong siap-siap betik dan honeydew. Esok pagi boleh dijadikan bekal.



12 ulasan:

  1. Sanah helwah Fairuz..
    Yang ke-21
    Walaupun pic ke-2 tu macam mommy tambah 8 tahun lagi umur Fairuz🤭
    Semoga dilimpahkan rezekidan diberkati hidup di dunia dan akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, typo rupanya. Saya dah betulkan. Terima kasih Mama Cella.
      Terima kasih doa dan ucapannya.

      Padam
    2. Biasa la dah umur-umur kita ni mata makin rabun..jari makin kembang..typo tak dapat dipisahkan..😁

      Padam
  2. Selamat hari lahir Fairuz.. Semoga sihat2 selalu. Kayangan juga harga rambutan di sana ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah harganya. Langsat dan duku pun sama juga harganya.

      Padam
  3. bekal akak tu udah nampak mcm sambal udang je mehun nya sembunyi hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah setiap kali beli. Tenggelam bihun gorengnya.

      Padam
    2. best tu kak banyak lauknya hehehhe

      Padam
  4. Tinggal Firdaus di rumah. Kena buat banyak kenangan dengan dia sebelum dia tinggal rumah juga.
    Rajin Puan Amie makan banyak buah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Budak satu itulah pengubat sunyi di rumah.
      Ya, memang buah wajib ada setiap hari.

      Padam
  5. Happy birthday Fairuz. Fairuz 12 tahun iras iras firdaus. Manis rupanya.
    Agak agak kelat tak rasanya kalau tak rebus dulu bunga betik tu Kak Amie?

    BalasPadam