Bismillahirrahmanirrahim.
Sekembalinya kami dari Bataras Hypermarket Bundusan, Amie dapati ikan merah yang direndam sudah lembut. Encik Suami telefon Fairuz, pukul berapa akan sampai ke kondo. Menurut Fairuz, antara pukul 9 hingga 10 malam.
Kelengkapan di dapur hanya seadanya tetapi tidaklah sehingga menyusahkan tidak boleh memasak. Hati kita pun rasa senang melihat ada dapur dan ketuhar yang boleh digunakan. Penapis air Coway, peti sejuk saiz besar dan mesin basuh.
Asam Pedas Isi Ikan Jenahak. |
Kita memikirkan bagaimana untuk membersihkan ikan jenahak ini. Akhirnya dapat akal! Setelah dibersihkan sisik, kita minta Encik Suami lapah isi ikan. Bahagian kepalanya kita simpan. Bahagian sebelah ikan yang dilapah kita hendak jadikan asam pedas. Bahagian isi sebelah lagi bersama tulang besarnya, kita simpan bersama kepalanya di dalam peti sejuk.
Memandangkan Fairuz dan Haziq pulang agak lewat, jadi kita pun lambat-lambatlah masak. Pukul 8 malam barulah masak nasi. Kemudian kita masak asam pedas pula. Sekali lagi Encik Suami telefon, ingin tahu sudah selesai atau belum urusan mereka berdua.
Buah-buahan tidak dilupakan. Setiap hari Encik Suami kisarkan buah epal untuk kita. |
Hidangan makan malam. |
Fairuz dan Haziq sampai di depan muka pintu pada pukul 10:10 malam! Sementara mereka membersihkan diri dan menukar pakaian, kita pun panaskan asam pedas ikan jenahak dan tumis sayur. Encik Suami isi nasi ke dalam mangkuk.
Sayur Tumis Campur |
Sayur tumis campur-campur dengan udang, kacang manis, putik jagung dan cendawan tiram.
Telur Masin & Salad: Green Cos Lettuce |
Asam Pedas Isi Ikan Jenahak |
Melihat kesibukan Fairuz dan Haziq, fahamlah kita mengapa sewaktu kita mesyuarat seminggu di Kota Kinabalu pada bulan Mac, Fairuz terpaksa batalkan pertemuan pada sebelah petang. Katanya, habis bekerja pada pukul 9 atau10 malam. Keika itu kita Google Meet pula!
Kita berangan-angan akan berehat-rehat sahaja keesokan harinya. Bangun pagi boleh buatkan sarapan sebelum Fairuz menyambung kerjanya. Tiba-tiba Encik Suami beritahu : Esok pagi Abang Aznan ajak kita ke Zoo Lok Kawi! Abang Aznan menyewa rumah di taman perumahan tidak jauh dari kediaman Fairuz.
Antara menu kegemaran saya ni :)
BalasPadamBerseleralah Fairuz & Haziq makan agaknya ye Kak Amie... Kita tgk gambar pun dah terliur hehe ...
BalasPadamSaya pun peminat asam pedas juga kak amie.. tak kiralah asam pedas versi mana.. pekat atau kuah ceroi... semua pun suka
BalasPadamsedapnya menu tu semua kak.... asam pedas ikan jenahak tu memang terbaik lah, fresh lagi nampak ikannya tu
BalasPadamhidangan menyelerakan selalu
BalasPadamMerah menawan asam pedas..ikan jenahak tu kalau kat sini memang sekilo hampir rm50..
BalasPadamTerubat rindu anak2 dapat merasa air tangan Kak Amie kan. Sibuk benar Fairuz, kerja sampai pukul 10 malam!
BalasPadamBagusnya anak buah sewa rumah dan ajak ke Zoo Lok Kawi.
BalasPadamTerliur tengok asam pedas Kak Amie. Sekarang tengah jadi hantu asam pedas. Hehe..Alhamdulillah senang hati kalau rumah anak bujang serba lengkap. Mesti penat tu balik agak lewat. Dapat makan masakan mommy hilang penat.
BalasPadam