Pages

Khamis, 29 September 2022

Petik Buah Mata Kucing Brazil di Kala Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hujan di tengah hari. Lebat! 
Sejuklah pula. Kepala kita yang hampir pecah memikirkan pelbagai masalah 'negara' di tempat kerja sedikit demi sedikit menjadi lega.
Dalam hujan lebat itulah kita sempat makan tengah hari dengan Encik Suami. 
Sampai di rumah, air hujan masih mencurah-curah membasahi bumi. 
Dari tempat letak kereta, kita terpandang buah mata kucing brazil yang mungkin dikekah  oleh tupai.  Atau pun burung? Atau kelawar? Nak kata burung macam besarlah pula paruh burung sedangkan yang selalu datang ke Taman Firdaus hanya burung-burung kecil seperti burung pipit.

Kita beritahu Encik Suami buah mata kucing brazil sudah banyak yang masak. Warnanya pun sudah nampak matang. Rupanya, dalam hujan itu juga Encik Suami petik buah mata kucing. Katanya, esok akan sambung petik sebab sekarang hujan.
 

Eh, mana buahnya? Yang dibawa masuk besen berisi daun mata kucing saja!


Oh, rupanya buah mata kucing brazil tersembunyi di bawah daun.


Inilah buah mata kucing brazil yang basah ditimpa hujan.


Jom kupas sebiji. Kita makan. Inilah rupa buah mata kucing brazil.


Isinya tebal dan rasanya manis!

18 ulasan:

  1. pertama kali tengok buah mata kucing brazil...popular brazil..ada bayam jg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah apa sebabnya dapat nama brazil belaka.

      Padam
  2. Rasanya sama ke dgn mata kucing biasa Kak Amie? Saya penggemar buah mata kucing hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama. Mata kucing brazil ni saiz dia kalau besar lebih kurang telur ayam gred double A.

      Padam
  3. Sy suka simpan dlm peti ais, makan sejuk-sejuk sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saya tak sempat masuk peti sejuk. Petik terus ngap... hahahahaa!

      Padam
  4. geramnya nengok kak, dahla besar buahnya tebal pulak isi nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dana. Makan tiga biji pun rasa kenyang.

      Padam
    2. ini sama ke yang ada orang panggil buah matoa tu kak?

      Padam
  5. Pertama kali tengok buah mata kucing brazil. Besar buahnya ya, Kak Amie.

    BalasPadam
  6. Kalau dapat terbang ke LD...perkara pertama saya nak lalukan ialah petik buah mata kuning Brazil ni...
    Kedua...petik.buah mangga udang..kalau ada la🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada buah mangga udang di belang, depan dapur. Marilah.

      Padam
  7. Dah beli anak pokok buah matoa ni tapi belum tanam atas tanah lagi hehe.. tak sabar nak bagi dia besar. Mak biasa dapat buah ni dari kawannya, tu yang pernah makan. Kalau tidak, memang tak taulah kewujudan buah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matoa dan mata kucing brazil berbeza.
      Matoa lonjong sikit. Saaiznya kecil sedikit dari mata kucing brazil. Apabila buah masak ada warna kemerah-merahan dan gelap sedikit

      Padam
  8. warnanya hampir sama dengan daun. saya pun tak perasan tengok pic tu

    BalasPadam
  9. Kalau dah matang pun kulitnya masih hijau ye. Betul betul tebal isinya ye. Puas hati makan.Mungkin sekumpulan burung yang dah makan tu kot.

    BalasPadam