Pages

Khamis, 29 September 2022

Jalan-Jalan Cari Kambing Dalam Hujan Lebat!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika kaki melangkah masuk ke Home Steak Home, hujan turun dengan lebatnya! Apabila memandang ke arah luar dari pintu kaca restoran, hanya terlihat suasana gelap. 

Kita beritahu Encik Suami, kita hendak makan kambing. Harap-harap datanglah hidangan kambing yang lembut! 

Grill Lamb

Green Tea Panas.

Oleh kerana rasa sejuk dan di luar hujan selebat-lebatnya, jadi kami memesan minuman panas, green tea.

Sup Cendawan.

Kami memesan sup cendawan. Encik Suami kata, kalau ada roti memang sedap betul cecah sup cendawan ini.


Dua hidangan utama sudah sampai ke meja. 
Set Chicken & Fish ini pilihan Encikk Suami.

Grill Lamb.

Inilah pilihan kita, Grill Lamb & the Gang.

Chicken & Fish & the Gang.


Oleh kerana tajuk entri Jalan-Jalan Cari Kambing Dalam Hujan Lebat, jadi banyaklah paparan kambingnya. Kambinglah watak utamanya.


Grill Lamb

Alhamdulillah. Rasa lembut daging kambingnya. Puaslah makan walaupun kunyah perlahan-lahan tapi hancur juga daging kambing sebelum melintasi tekak. 


Hujan tidak juga mahu berhenti! Dapatlah kami berlama-lama di sini sambil sembang-sembang tentang anak-anak. Tanpa disedari, habis licin segala kambing, ayam dan ikan serta saladnya dan juga sup cendawannya!



Terakhir, kami makan puding yang kurang manis. Habis licin juga.

Green Tea.

Eh, belum habis lagi. 
Kami akhirinya dengan menghirup green tea. 
Setelah habis minuman dihirup, kami redah hujan menuju ke kereta!
Tamatlah kisah memburu kambing dalam hujan lebat. Sekarang kambing ikut pulang ke rumah, duduk dalam perut elok-elok ya! Jangan cari pasal.

20 ulasan:

  1. Datang sini terus terliur tengok hidangan-hidangan tu...

    BalasPadam
  2. Alaaaa...terliur plak tengok kambing grill tu ha...dapnya...mushroom soup tu pun...

    BalasPadam
  3. Aduh,,
    baca tajuknya ..saya membayangkan cikgu kat kampung sedang berpayung mencari kambing yang ditambat mengembek-embek kerana kehujanan..jauh betul imaginasi saya🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... mulanya di hujung tajuk tu nak letak mmmbeeekkk juga hahahaaa.

      Padam
  4. hahha mati2 ingat cari kambing hilang dalam hutan... nasib baik kita klik entry ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... kita pun asyik ketawa ni macam namatey...katanya SK hihihiii.

      Padam
  5. semalam baru makan kambing, kawan bagi dekat sekilo yang dah siap perap, mula nak grill sikit jer, tapi x cukup akhirnya buat semuanya makan rebut-rebut dua laki bini kisahnya sama-sama suka kambing.

    BalasPadam
  6. Cantik food plating dan presentation tu, nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cukup pakejnya tu...cantik presentation dan sedap rasanya.

      Padam
  7. menggoda sungguh kambing, ayam dan ikan tu kak... portion nya pun nampak banyak tu. Yelah kalau disertakan dengan roti mesti lagi layan sup cendawan tu kan kak, layan waktu tengah hujan pulak tu

    BalasPadam
  8. Nyum nyum. nasib baik kambing ni tak menyorok sebab kambing takut hujan. hujan-hujan layan western food memang best

    BalasPadam
  9. ingatkan cari kambing ahmad albab tadi... rupanya cari kambing steak home

    BalasPadam
  10. Mesti sedap green tea tu... sampai 2 kali gambarnya....

    BalasPadam
  11. Puas hati si tekak dapat makan makan kambing. Sejuk sejuk di luar sambil hirup air panas memang syok. Betullah tu, ada soup ada roti memang sedap. Ini pun dah cukup menyelerakan.

    BalasPadam