Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada program penyerahan rekod prestasi murid. Kalau murid sesi petang, ibu bapa dikehendaki hadir pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Manakala murid sesi pagi pula, ibu bapa boleh ambil rekod prestasi pada pukul 12:30 sehingga pukul 2:00 petang.
Memang tak sempatlah hendak isi perut sebab sebaik keluar kelas terus ke dewan terbuka berurusan dengan ibu bapa. Jadi, kami mencari makanan untuk kudap-kudapan supaya perut tidak masuk angin.
Kebetulan Kavvy mengambil pesanan bingka labu cheese daripada Kak Yong Cookies. Satu bekas berisi 75 biji berharga RM60. Bentuknya kecil saja. Sebiji sekali masuk dalam mulut. Ada yang beli satu bekas dan ada yang kongsi berdua. Apabila dihitung panjang, sebiji bingka berharga RM0.80. Kita beli kongsi dengan Nano dan Sitti.
Bingka Labu Cheese. |
Seperti biasa, kita bawa dua biji telur rebus dari rumah. Kita makan sebiji saja. Sebiji lagi jadi rezeki orang lain.
Tidak lupa bawa buah betik. Kalau boleh hari-hari nak bawa buah betik. Makan ramai-ramai.
Sempat singgah warung, beli kuih nagasari. Kita makan sebiji. % biji lagi rezeki kawan-kawan.
Beli nasi kuning lauk sambal ikan dan telur rebus separuh. Tambah sebiji telur rebus dari rumah, puas makan.
Sebelum berurusan dengan ibu bapa, sempatlah makan 10 biji bingka labu cheese! Kenyanglah juga perut sampai selesai tugas.
Nampak sedap bingka labu tu...bercheese pulak tu..Nasi kuning sambal ikan pun terliur..haish...
BalasPadamsalam singgah. bingka tu sangat2 mengiurkan. adeh
BalasPadamComel pulak bingka buat kecik2 macam tu, senang nak masuk mulut, hihi. Ada cheese mesti lagi sedap, kan.
BalasPadamnampak menggoda bingka labu cheese tu kak, dahla rupanya pun comel2 je
BalasPadamComel lah bingka nya. Bagus lah amie bawa betik hari-hari. Lawas perut dan sedap kalau dapat betik yang manis.
BalasPadamKuih nagasari? tak pernah jumpa tu!
BalasPadamComel kuih bingka tu ... Bila dibuat begitu, senang juga nak makan ye...sekali ngap je :D
BalasPadamVersi moden ni...bingka labu cheese. Mesti sedap, tu boleh makan sampai 10 biji.
BalasPadamKak Amie beli nasi kuning tu terus mintak penjual isi dalam bekas sendiri ya?
Amboi 10 biji banyak tu. tapi kalau kecil memang logiklah. belum pernah makan kuih ni. mesti sedap
BalasPadamUiks kenyang ke makan kuih sahaja?
BalasPadamLapar pula. Belum makan lagi.
Binga labu moden ni campur cheese. Cantik rupa bentuknya pun. Senang buat satu satu, tak payah potong. Nak makan pun senang. Standard harga kuih sekarang agaknya. Dah susah nak dapat kuih harga 50sen. Yang banyak jumpa 60sen.
BalasPadam