Pages

Rabu, 28 September 2022

Cerita Hari Rabu : Dari Pagi Hingga ke Petang

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita cerita biasa-biasa sahaja. Cerita rutin harian, dari buka mata di awal pagi sehingga waktu berehat menjelang petang. Nanti apabila sudah bosan, cerita lain pula.... ahaks!

Wokey!
Cerita biasa-biasa kita macam biasa juga. Tinggalkan rumah dengan membawa bersama dua butir telur rebus , buah betik dan 1.5 liter air tapisan Coway.

Dua butir telur rebus.

Betik.

Memandangkan sampai agak lewat ke tempat kerja, kita hanya sempat makan betik dan sebiji telur rebus sahaja. Kemudian kita bergegas ke kelas pada pukul 6:30 pagi. Pukul 6:45 pagi kelas bermula. Kenalah sediakan apa yang patut, terutamanya pasang wayar untuk pancaran LCD.

Kerabu Mangga

Waktu rehat kita sempat jamah bekalan yang dibawa dari dapur sendiri dan yang dibeli di warung. Ada lebihan kerabu mangga baki makan petang kelmarin, kita simpan dalam peti sejuk. Kita bawa saja, dengan harapan sampai ke warung ada nasi putih dan ikan masak sambal.


Kita beli nasi putih, dengan ikan goreng dan minta sambal.


Sedap juga makan nasi lauk ikan goreng, sambal dan kerabu mangga!


Menjelang tengah hari, Cikgu Warite panggil kita ke mejanya. Cikgu Warite mengajar sesi petang. Katanya, dia belikan untuk kita ubi goreng. Ketika dia sedang beli nasi di warung buat bekal makan tengah hari, dia terpandang ubi goreng. Terus aku teringat kau, katanya lagi. Jadi, dibelikannya untuk kita sebungkus ubi goreng siap dengan sambal. Ubi goreng itu direbus dahulu kemudian digoreng. 
Memandangkan pada sebelah petangnya kita ada appointment dengan doktor gigi, jadi kita pun makan ubi goreng tadi. Terima kasih Cikgu Warite sebab ingat kita. Sewaktu makan ubi goreng, kita teringat Mama Cella pula!


Balik rumah sebentar, untuk solat zohor. Sempat petik dua biji buah mata kucing brazil di pokok dan makan di situ juga.


Appointment kita pada pukul 2 petang. Encik Suami temankan kita ke Klinik Berjaya. Termasuk kali ini, sudah enam kali Amie menjalani rawatan pergigian di klinik yang sama.


Seperti biasa, setiap kali temankan kita ke sini, Encik Suami ambil kesempatan tidur sambil merehatkan badan di kerusi urut.


Sementara menunggu giliran dipanggil masuk, Amie sempat perhatikan almari tempat makanan ringan. Setiap kali kami datang, makanan yang disediakan tidak sama. 


Pernah sekali Firdaus ikut temankan di sini. Tak tahulah berapa banyak makanan dan minuman masuk ke perutnya!




Gula-gula pelbagai jenis di sediakan di setiap meja.




Minuman kotak dan minuman tin dalam peti sejuk.


Pelbagai jenis minuman disediakan.
Hanya pilih sahaja dan bancuh sendiri.






Pernah sekali kita datang hari Ahad. Ada dua jenis minuman panas sudah tersedia di situ.
Tapi kita tak pernah makan atau pun minum di sini! Siapalah yang lalu makan atau minum sedangkan jiwanya sentiasa risau, hatinya sentiasa kecut dan takut memikirkan masalah gigi yang sedang dihadapinya!

Jadi, tak rugilah Encik Suami dan Firdaus ikut sekali!

Oh, ya! Sepanjang berada di klinik pergigian ini memang rasa santai saja sebab ada muzik instrumental berkumandang.

Sekian. Terima kasih sudi baca celoteh kita hari ini.Rasanya macam malas pula nak mencemar duli masak di dapur!

17 ulasan:

  1. Bagus Cikgu Warite ingat makanan faveret Kak Amie :)

    BalasPadam
  2. Betul lah tu. Hidangan tu untuk yang meneman. Yanh sakit hilang selera dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang meneman itulah yang rasa bosan menunggy kan Sal. Baiklah makan-makan.

      Padam
  3. Saya masih teruja tengok ala cafe clinic tu.. air yang disediakan bukan kaleng2 hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ini yang buat pelanggan suka datang lagi.

      Padam
  4. Macam ironi juga sediakan gula-gula. Orang yang sakit gigi memang tidak makanlah kan? Haha orang yang teman yang akan makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya NA. Waktu Firdaus ikut, memang banyaklah budak kecik tu makan dan minum.

      Padam
  5. aduh kak, bestnya tengok ubi rebus tu.... dana pun suka rebus ubi lepas tu bagi bumbu bawang putih dan kunyit pastu goreng dengan tepung lagi sedap empuk lemak jadinya kak. Bestnya nengok mata kucing akak yg besar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat percuma ubi kayu rebus goreng dengan sambal sekali memang rasa bergandalah sedapnya Dana.

      Padam
  6. ya ampun kak bestnya klinik gigi tu, dahla cantik selesa macam-macam makanan ada. Siap ada kerusi urut lagi, makanan air tu semua kalau ambil kene bayar ke memang free kak? sebab banyak sangat tu pilihannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua free Dana. Ambil saja mana yang kita suka. Mesin urut tu pun free.

      Padam
  7. Amboii, macam seonok je klinik tu...free of charge ke semua tu Kak Amie...

    BalasPadam
  8. Elok juga pagi pagi makan buah-buahan. Senang bekal kak Amie 2 biji telur dan buah dari rumah. Nasi beli letak dalam bekas sendiri. Jimat pun jimat pembungkus kedai. Menarik betul klinik gigi ni siap sedia jajan dan minuman semua. Betullah tu kak Amie, kalau tidak tak lalu nak menjamah apa risau gigi punya pasal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap istiqamah makan buah di pagi hari. Rasa selesa sangat perut setelah amalkan pemakanan begini.
      Memang seronoklah berada di klinik pergigian ini Fizah.

      Padam