Pages

Selasa, 27 September 2022

Resipi Sup Ceker Aroma Semerbak

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita dari dapur yang tertangguh ini sebenarnya kelmarin kejadiannya.Kita renih sup ceker dengan kawan-kawannya di dalam slow cooker. Selepas itu kita pun berehat, baring-baring di ruang tamu sambil menunggu kepulangan Firdaus. Cuaca mendung. Hujan rintik-rintik di kala senja. Tidak lama kemudian terhidu aroma semerbak sup ceker and the gang dari dapur. Apabila Encik Suami buka pintu, terus terdengar suaranya: Sedapnya bau sup! Boleh makankah sudah?

Belum lagi. Tunggulah dalam dua jam lagi. Masaklah sup ceker itu.

Slow cooker pun meneruskan tugasnya merenih sup ceker perlahan-lahan tanpa mengurangi kuantiti air, dan juga kandungan nutrisi pada makanan.

Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Sup Ceker Aroma Semerbak di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 300 gram kaki ayam
  • white fungus secukupnya - rendam hingga kembang  - bilas - toskan
  • 2 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - potong 4
  • 1 cawan hirisan lobak merah
  • 10 keping hirisan akar teratai
  • 21 biji kurma merah
  • 1 labu bawang besar - belah 8
  • 7 ulas bawang putih
  • 7 hiris halia 
  • 2 liter air
  • garam / perasa pilihan secukupnya

Ceker @ Kaki Ayam


White Fungus

Bawang Besar + Bawang Putih + Halia

Cendawan Shiitake

Kurma Merah

Lobak Merah

Akar Teratai


Masukkan kesemua bahan ke dalam slow cooker. Kemudian tuangkan air. Terpulang sama ada hendak gunakan butang slow, high atau auto. Amie gunakan butang high dan biarkan selama 4 jam.


Setelah 4 jam, Amie buka tutup periuk dan taburkan garam / perasa pilihan. Tak perlu banyak, sekadar untuk rasa sahaja. Kalau terlebih masin nanti hilang rasa manis kurma merah dan lobak merah serta kaki ayam.

Sup Ceker Aroma Semerbak.

Bolehlah hidangkan di dalam mangkuk.
Bismillah.



8 ulasan:

  1. Rumah uncle ada slow cooker... tapi tak pernah pakai... hehehe

    BalasPadam
  2. Bila la nak datang kerajinan. buat sup ceker yang semerbak ni..Dia kalau ada sorang mula..baru akan jangkin menjangkit ni...Siapakah yang bakal menjadi
    "pelari pertama" ni..?Adakah PH?🤣🤣

    BalasPadam
  3. dana tak pernah masak sup gaya chinese style gini kak... tapi mesti sedap kan aromanya tu

    BalasPadam
  4. Wah ceker ayam enak lorrr. Tapi tak pernah masak sup gaya macam ni. Dah le macam-macam dalamnya. Mesti sedap dan berkhasiat. Kalau masak berjam-jam ni gerenti cekernya hancur lumat gitu. Banyak kolagen tu bagus sekali.

    BalasPadam
  5. adudu sedapnya tu kak amie, bahan pun mcm2 ada

    BalasPadam
  6. Sedap dimakan panas panas. Lama juga mereneh sup ceker ni. Hidangan simple yang banyak khasiatnya.

    BalasPadam