Pages

Jumaat, 16 September 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran Sri Dina Ranau

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie cerita jalan-jalan ke Kota Kinabalu pada minggu lepas. Hampir sahaja tidak jadi pergi pada masa yang dijadualkan kerana tiba-tiba Amie demam. Barangkali tidak cukup rehat dan terpaksa menyiapkan pelbagai laporan yang mesti sempurna! Kerja tidak sempurna itu belakang cerita, yang penting laporan mesti cantik! Sakit jiwa dibuatnya.

Wokey, lupakan saja urusan duniawi itu.

Bagaikan terdengar-dengar suara Fairuz di telefon: Bila Mommy nak datang ke Kota Kinabalu? Nanti Mommy masak ikan tiga rasa. Saya sudah sediakan satu ekor ikan merah!

Encik Suami cadangkan pukul 5:30 pagi tinggalkan LD. Pukul 6:50 pagi baru kereta bergerak! Apa sebab lewat? Encik Suami terlupa letak kaca matanya. Kita pula, dalam keadaan kurang sihat, duduk diam-diam saja. Akhirnya jumpa juga kaca matanya. Sepanjang perjalanan, hujan renyai-renyai. Kita tertidur di sebelah Encik Suami. Kesan makan ubatlah itu.

Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami sampai di Ranau. Encik Suami ajak makan tengah hari. Pada mulanya kami bercadang untuk makan di Restoran Sri Hasanah. Apabila jejak kaki ke restoran tersebut, walaupun ruang makan luas tetapi sudah penuh sesak dengan pelanggan. Tidak ada satu tempat duduk pun yang tinggal untuk kami.

Kami mencari restoran lain dan terjumpa Restoran Sri Dina.

Nasi Ikan Bolu Penyet.

Nasi Ayam Penyet.

Encik Suami memesan Nasi Goreng Ayam Penyet tetapi yang dihantar Nasi Ayam Penyet. Berkerut jugalah dahi Encik Suami. Oleh kerana malas untuk menunggu dan menukar hidangan, Encik Suami makan saja.

Nasi Ikan Bolu Penyet.

Amie pula cuba buka selera dengan memesan Nasi Ikan Bolu Penyet. Ada tiga jenis sambal yang dihidangkan dan salah satunya sambal tuhau. Nasinya pula diasingkan dalam pinggan lain. Kita jamah jugalah sedikit untuk alas perut. Perjalanan ke Kota Kinabalu masih jauh. Nanti kalau perut kosong, masalah pula.

Nasi Goreng Ayam Penyet.

Tiba-tiba datang pula Nasi Goreng Ayam Penyet! Maknanya sudah silaplah Nasi Ayam Penyet yang Encik Suami sedang makan. Encik Suami kata, biarlah Firdaus makan Nasi Goreng Ayam Penyet itu. Boleh bahagi dua dengan Encik Suami. Firdaus pula sudah memesan kentang goreng.

Sup Kosong

Semangkuk kecil sup kosong turut dihidangkan. Ada tiga mangkuk sup kesemuanya, dan ketiga-tiganya Firdaus hirup hingga habis! Sedap, katanya.


Firdaus makan Nasi Goreng Ayam Penyet yang sepatutnya untuk Encik Suami.


Inilah kentang goreng untuk Firdaus. 


Kami hanya mengambil air suam sahaja. Encik Suami tidak benarkan Firdaus minum milo ais. Amie pun tidak memesan jus buah. Takut nanti akan berlaku sesuatu dalam perut, dan masalah pula untuk mencari tempat qadha' hajat. Hujan pula masih tidak berhenti!


Selesai makan tengah hari, Encik Suami terus memandu dan seperti yang diduga perut Amie kurang selesa. Terpaksalah berhenti di Kundasang untuk qadha' hajat. Sempat pula singgah di Kundasang Pharmacy untuk beli ubat. 

Kami perlu menempuh perjalanan sejauh 92 kilometer lagi menuju ke Kota Kinabalu. Kemudian meneruskan perjalanan ke tempat tinggal Fairuz di  Penampang pula.  Amie makan ubat lagi, dan tertidur semula. Apabila terjaga, kami sudah melepasi Jambatan Tamparuli. Kedengaran Encik Suami sedang bercakap melalui telefon dengan Fairuz. 

Kereta terus melencong ke simpan arah Tuaran! Fairuz sedang berada di sana.

11 ulasan:

  1. sedap belaka makanan yg dipesan. jika ada rezeki nak ke pekan Ranau lagi. Pernah sampai di sana pd 1998 slps daki Gunung Kinabalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tu tahun 1998. Dekat 24 tahun! Sekarang sudah banyak perubahan di Sabah.

      Padam
  2. Kesiannya Kak Amie, demam2 pun kena travel demi melawat anak2 kan. Dah lama tak pergi ke KK, rindu pulak melawat KK lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plan travel dirancang rapi, cuma demam itu yang tak terancang hihihiiii. Tak apalah, demam sikit saja.

      Padam
  3. demi anak kan... mak mak automatik jadi kuat

    BalasPadam
  4. Ramai dalam kalangan rakan-rakan governent yang sudah capai/ lebih 25 tahun perkhidmatan sudah berkira-kira untuk bersara awal..
    Tapi katanya permohonan bersara awal paling tinggi ialah KPM?
    Allahu..dimana pincangnya?
    Walau apapun kerja kita dan rakan-rakan semua..semoga Allah mudahkan urusan kita semua 🤲🤲🤲

    Jauhnya perjalanan Cikgu dan keluarga walau masih dalam Sabah tapi jaraknya dah macam merentas beberapa negeri di semenanjung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak permainan politik dalam organisasi. Kita sebagai SYMA (pelaksana) terpaksa akur kerana segalanya adalah 'sulit'. Pahit maungnya ditelan saja sampai nak muntah pun tak boleh. Mudah-mudahan kami tidak 'mati' di bawah timbunan fail dan segala mak nenek laporan hihihiiiii.

      Padam
  5. Bila sebut Kundasang teringat beberapa tahun dahulu pernah book tiket nk kesana.. Hari esoknya nak bangun awl jam 4 pg utk kejar flight. Jam 3pagi dapat panggilan arwah atuk meninggal..So cancle la trip Aini.. biarlah burn duit yang penting dapat jumpa Arwah sebelum dikebumikan..

    BalasPadam
  6. Sy pun demam balik dari Ipoh tuari, Kak Amie. Dah lama tak demam dan telan ubat, setiap kali telan ubat mesti ketiduran.

    BalasPadam
  7. Syukur Allah permudah perjalanan Kak Amie sekeluarga berjumpa Fairuz. Kadang macam tu jugak. Kalau anta silap makanan, terima je lah. Malas nak tukar lain nanti kena tunggu lagi. Sabar je lah. Bila badan tak sihat ni mudah saja terlelap.

    BalasPadam