Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini redup saja. Rancangan awal hendak bangun awal pagi dan sarapan di luar. Selepas solat subuh, letak semula kepala di bantal. Rasa hendak demam pula sebab semalam tidur agak lewat. Baiklah berehat seketika lagi.
Setelah rasa segar sedikit, kita pun turun ke bawah. Encik Suami sedang baiki mesin basuh. Entah berapa tahun umur mesin basuh yang kami digunakan itu. Nampak uzur benar! Mungkin perlu beli mesin basuh yang baharu.
Sarapan apa pagi ini?
Ada stok mi tarik pebagai jenis dalam kabinet dapur. Kita tarik Mi Tarik Labu. Encik Suami kata Mi Tarik Labu lebih sedap. Kita rebus 150 gram sahaja. Kalau rebus semua 300 gram sebungkus, takut tak habis makan pula. Lagi pun kita sudah isi perut dengan betik!
Mi Tarik Labu Goreng Pedas dengan Chicken Meatball |
Betik |
Kita cuba biasakan bersarapan dengan buah-buahan dahulu. Elok untuk proses penghadaman dan pencernaan. Setakat ini hanya buah betik dan tembikai sahaja yang biasa kita makan banyak di awal pagi. Encik Suami pula suka makan limau sunkist. Kalau rajin, kita buat jus timun campur epal hijau pula. Boleh diiminum sama ada di awal pagi atau sebelum tidur malam. Mudah-mudahan pengambilan pemakanan begini membantu menjaga kesihatan tubuh badan kami yang sedang dimamah usia ini.
Kita kongsikan resipi Mi Tarik Goreng Pedas dengan Chicken Meatball di bawah ini. Kita tambah air setelah perencah terbit minyak. Tujuannya untuk mendapatkan Mi Tarik Labu goreng basah-basah sedikit.
Bahan-bahan:
- 150 gram Mi Tarik Labu - rebus 8 minit - angkat - bilas dengan air paip - toskan
- 10 biji chicken meatball
- 1 labu bawang besar - cincang
- 4 sudu besar minyak
- 1 cawan air
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram
- garam / perasa pilihan - jika perlu
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 sudu udang kering - rendam hingga lembut
- 10 tangkai cili kering
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minya.
- Tuangkan air dan biarkan mendidih. Masukkan chicken meatball.
- Setelah kuah hampir pekat, masukkan Mi Tarik Labu disusuli dengan kicap manis dan sos tiram.
- Gaul rata.
- Jika kurang rasa, bolehlah tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Ala.. dah terlambat pulak nak join Kak Amie sarapan Mee Tarik Labu Goreng Pedas. Hari ni kita bersarapan buffet, lepas sarapan, jalan2 cari penat pulak.
BalasPadamsarapan buffet tu sah la kat hotel kanš„°
PadamSeronoknya bercuti
Nanti penat tu simpan dalam tupperware kedap udara ye SK. Boleh jadi kenang-kenangan hihihii.
PadamSedapnya nampak basah minya..
BalasPadamYa, licin jew lintas tekak...sluurrrppp...sluurrppp!
PadamSini pun pagi pagi mendung..Sekarang hujan turun masih belum berhenti. Perut minta di isi, tengok menu kak Amie ni rasa lapar balik. Belum pernah rasa mi tarik labu. Nanti nak cari jugalah buat stok. Bagus amalkan makan buah-buahan dulu.
BalasPadamCubalah mi tarik Fizah. Ada kelainannya dengan mi biasa.
PadamBaiklah, kena shopping sendiri nanti. Kalau bagi list kat suami, takut lain pulak dibelinya nanti. Hehehe...
PadamWah...mee tarik labu...
BalasPadamSaya pin dah lama tak masak mee -mee ni...Esok macam bak masak mee jugak lah
Happy cooking Mama Cella. Jangan lupa tinggakan sepiring untuk saya.
PadamSedaap ... Nym nyam .... Amie jago masak.
BalasPadam