Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita terus aman dan makmur.
Awal pagi tadi, pukul 6 lebih kami tiga beranak sarapan pagi di Restoran Rumpun Selera. Di situlah tempat makan pilihan kerana kedudukannya yang sangat dekat dengan rumah kami.
Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita terus aman dan makmur.
Awal pagi tadi, pukul 6 lebih kami tiga beranak sarapan pagi di Restoran Rumpun Selera. Di situlah tempat makan pilihan kerana kedudukannya yang sangat dekat dengan rumah kami.
Encik Suami sarapan roti telur. Kuahnya ada dua jenis. Kalau dituang semua, boleh jadi roti banjir. Teringat SK cerita kena bayar RM2 apabila minta kuah tambahan. Aduhai!
Oleh kerana kita akan terus ke sekolah, jadi kita pilih menu berat. Maklumlah hendak guna tenaga. Kantin pun bukannya buka pada hari cuti umum begini. Kita pilih nasi kuning, lauk telur goreng mata dan sambal ikan tuna.
Nasi Lemak |
Firdaus tak boleh buat keputusan. Seolah-olahnya tidak ada menu yang menepati seleranya sebagai alas perut di pagi hari. Akhirnya dia minta nasi lemak dengan sambal dan telur rebus sahaja.
Sampai di meja, Firdaus nak makan nasi kuning kita pula! Sabar sajalah emaknya!
Lain kalilah kita makan nasi kuning. Kali ini makan nasi lemak sahaja.
Menjelang tengah hari, dalam perjalanan balik dari sekolah, kita singgah di gerai buah tepi jalan di Batu Satu. Kita beli dua biji betik masak dan sebiji betik mengkal. Sebiji betik lagi betik masak Amie dapat dari gerai buah yang lain. Kita hendak beli ubi kayu, tapi sebagai anak kampung kita tahu ubi kayu yang dijual sudah masuk angin! Carilah ditempat lain pula.
Dari Batu Satu kita teruskan perjalanan dan membelok masuk ke Jalan Assam. Di situ ada deretan gerai lagi. Kita singgah di situ untuk meneruskan misi pencarian ubi kayu. Ada ubi kayu, tapi saiznya terlalu besar. Dan kita tahu juga ubi kayu tersebut sudah terlalu lama dalam tanah. Ia lebih sesuai kalau dibuat bingka. Kalau direbus memang rasanya ganyut!
Apabila terpandang buah tembikai siap dipotong, kita pun beli satu dan terus bayar. Penjual tembikai ambil sebiji betik masak, dan katanya dia berikan saja betik itu secara percuma. Kita ucapkan terima kasih, dan disahutnya juga dengan ucapan yang sama dengan tambahan perkatan.... terima kasih juga sudi ambil betik.
Balik rumah terus belah betik percuma tadi. Isinya elok. Masak ranum dan manis pula. Alhamdulillah. Semoga peniaga buah tadi dimurahkan rezeki dalam usaha niaganya.
Betik mengkal nan sebiji yang dibeli di Batu Satu tadi kononnya hendak dimasak sup campur ayam. Tapi tak tahulah pula bila masanya. Simpan dahululah dalam peti sejuk untuk matikan proses betik menjadi masak.
Selain buah-buahan, ada juga gerai yang menjual sayur-sayuran, cili padi, limau kasturi, tomato, timun, jagung dan sebagainya. Kita beli seikat bayam merah. Kita suka masak bening saja, dan hirup kuahnya panas-panas.
Petang tadi kita masak nasi. Lauknya pula, lain yang dirancang lain yang terhidang. Kita kukus ikan batu (keluarga ikan jenahak tapi warna hitam). Tuangkan bawang putih goreng di atasnya. Firdaus suka sangat makan ikan kukus. Kalau boleh seekor itu dia hendak makan seorang. Manalah nak kenyang makan ikan, sebab dia tak makan dengan nasi. Ratah saja begitu.
Selain ikan kukus, kita bakar terung, dan tuang air asam. Ada sup ceker dengan lobak merah dan kurma merah.
Hidangan Makan Tengah Hari |
Sekian cerita di hari cuti umum.
Selamat beristirahat.
Selamat beristirahat.
Hari ini saya belum memijak bumi...
BalasPadamSemalam saya pun beli ubi kayu plan nak rebus makan Hari Malaysia..potong 2 ketul try goren.sayangnya
tak empuk..Terus tak jadi rebus.
Sepanjang hari saya teringat ..cikgu Amie kena kerja walaupun cuti Hari Malaysia..huhuhu
Terharunya saya ada dalam ingatan Mama Cella sepanjang hari.
PadamTeringat Swedish proverb: Shared joy is double joy; Shared sorrow is half a sorrow.
Syukurlah ada blog tempat mencurah hobi, dapatlah release tension. Tak sabar menunggu tahun-tahun terakhir untuk pencen, tak sanggup hadap sitem kerja yang semakin merapu dengan segala laporan dan juga rimas dengan politik kerja dalam organisasi. Allahu Akbar!
Sebab itulah sy takut nak beli ubi. Tak kenal yg mana dah masuk angin dan yang mana ganyut, hihi.
BalasPadamSedapnya menu yang dimasak tu.. Nasi kuning tu.. mcm nasi Kerabu kuning ke rasanya..Huhu..Selamat Hari Malaysia ye...
BalasPadamYe Kak Amie, sekarang kalau mintak sambal extra memang kena bayar. Era zaman serba naik ni semua nak kira. Pek bungkusan tapau pun di kira sekali. Seronok membeli sayru dan buah segar. Satu terapi rasanya. Sedap lauk pauk kak Amie. Kalau saya pun macam Firdaus, suka meratah ikan tu haa...pastu lambat nak siap makan. hehe...
BalasPadamsuka tengok akak punya pilihan buah-buah tu... setiap hari makan buah memang bagus kan kak
BalasPadam