Pages

Khamis, 1 September 2022

Sembang Petang Khamis

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hari ini ada rakan-rakan guru belanja kami makan nasi beriani dan air sirap bandung. Memang tak tahan hati melihat air bandung! Mengenangkan gusi kita yang mudah sensitif dengan manis dan sejuk, kita cuba sabarkan hati. Tapi akhirnya tewas juga! Godaan air sirap bandung tidak dapat ditahan-tahan. Kita pun ambillah segelas, tapi lebihkan ais supaya menjadi cair dengan harapan tidak rasa terlalu manis.Harap gusi dan gigi baik-baik sahaja kerana esok, pukul 2 petang kita ada janji temu dengan doktor gigi lagi. 

Air Sirap Bandung.


Terima kasih Cikgu Johnny, Cikgu Kwan, Cikgu Dian, Cikgu Ivy, Cikgu Christine, Cikgu Fatmah dan Cikgu Gee kerana makan tengahari. Mudah-mudahan tambah rezeki kalian, diberi kesihatan yang baik dan silaturrahim berpanjangan.


Jom makan nasi beriani lauk ayam, ada acar dan juga papadom.
Sampai di rumah kita sambung kerja-kerja mengumpul data dari guru-guru mata pelajaran dan kemudian kita hantar headcount dalam link google drive kepada penolong kanan pentadbiran. 
Encik Suami pula hanya pulang ke rumah sebentar sahaja kerana terpaksa menyiapkan kerjanya. Tapi sempatlah juga kita celur mi kolok bersama sayur bayam, gorengkan fish cake, dan hidangkan seadanya sebelum Encik Suami keluar semula. Kata Encik Suami, tak perlulah masak nasi sebab malam ini kami akan ke rumah jiran, ada majlis berzanji.

Mi Kolok.

Sekarang sedang menunggu Firdaus pulang dari sekolah. Teringat setandan kecil pisang empat puluh hari. Malam tadi nampak mula warna kuning-kuning. Tentu sudah masak. Terbayang esok pagi, angkut masuk kereta dengan tandannya sekali! Eh, nak bagi siapa siap angkut tandannya? Ni tak lain sebab nak senang kerja kan? 

Setandan kecil pisang empat puluh hari.

Rupanya Encik Suami sudah potong sisir pisang! Lagi senanglah kerja kita. Boleh angkut beberapa sikat bawa ke sekolah! Tinggalkan sesikat dua di dapur. Kalau sudah masak ranum, kita hendak buat lempeng daun pisang macam yang Mama Cella buat dua hari lepas: LEMPENG DAUN PISANG SARAPAN PAGI MERDEKA

Pisang Empat Puluh Hari


Kemudian kita belek-belek HP. Ternampak gambar Firdaus makan mi goreng mamak di Restoran Auliah. Lupa pula, entah hari apa kami ke sini.


Kita makan kuih pasung dan pulut manis.


Ada lagi gambar yang masih tersimpan di HP. Ini gambar bersama Encik Suami dan Firdaus jalan-jalan di taman rekreasi. Kami berjalan, tapi Firdaus berlari. Laju.....!



Petang kelmarin kami pergi lagi jalan-jalan pusing taman rekreasi bersama Firdaus.


Belanja video Firdaus menamatkan lariannya sejauh 2.4 kilometer.



12 ulasan:

  1. Sedapnya nasi beriani, sirap bandung.

    Saya pun ada appointment gigi untuk penilaian rawatan gusi pada hujung bulan ni.

    Wah hebat Daus lari 2.4 km 👏

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah melimpah rezekinya...
    Cikgu Johny suka belanja manis-manis yer..minggu lepas Cikgu Johny belanja cendol saya terliur tau..

    BalasPadam
  3. Semoga murah rezeki cikgu2 yg belanja nasi beriani & sirap bandung tu.

    BalasPadam
  4. Bukak je blog ni, tengok air bandung terpampang... perggghhhhh..... menguji selera anak tekak ni....

    BalasPadam
  5. Sedap tengok nasi beriani dan air bandung. Saya ada masalah sama macam Amie dulu. Tapi dah ok, pakai Sensodyne. Eh, macam iklan kat tv pulak. ^_^
    Lajunya Firdaus berlari. Cantik tempat riadah Amie sekeluarga. Ada pokok-pokok besar. Saya suka tempat macam tu. :)

    BalasPadam
  6. Comel firdaus berlari.. air sirap bandung tu sedapnye.. terasa² nyaman masuk tekak.

    BalasPadam
  7. Namanya Pisang 40 Hari ye Kak Amie...kami panggil pisang lemak manis :D

    BalasPadam
  8. Hebat Daus berlari. Patutlah badan fit walaupun hari-hari makan sedap. Sirap bandung memang menggoda lah. Kalau bulan puasa tak suka betul tengok iklan ada air sirap bandung. Haha

    BalasPadam
  9. Penuh gaya Firdaus berlari tu. Tenaga masih banyak, tentu kalah kalau kita nak mengejarnya, kan.

    BalasPadam
  10. Hihi..air bandung jamu depan mata memang tak tahan dibuatnya. Biasa nampak mi kolok versi kuah, sedap juga kalau dibuat goreng kan.

    BalasPadam
  11. sirap bandung ais tu aduh menggoda betul

    BalasPadam