Pages

Sabtu, 3 September 2022

Hadir Majlis Berzanji di Rumah Jiran

Bismillahirrahmanirrahim.
Di kesempatan ini Amie ingin kongsikan pengalaman menghadiri majlis berzanji di rumah jiran sebelah yang diadakan pada hari Khamis malam Jumaat. Majlis ini diadakan sempena meraikan pernikahan anak lelaki jiran kami yang akan melangsungkan pernikahannya keesokan paginya (Jumaat). Sewaktu kami melangkah masuk ke ruang tamu, kelihatan bakal pengantin lelaki sedang membaca Quran (khatam Quran). Pengantin lelaki ini umurnya di antara Fairuz dengan Fuad begitu. Waktu kanak-kanak mereka selalu bermain bersama, tetapi belajar di sekolah yang berbeza.


Antara tetamu yang hadir tediri daripada jiran tetangga dan saudara-mara.

Pengantin lelaki sedang khatam Quran.


Kita pun terus menyelinap ke dapur tempat berkumpul kaum wanita menguruskan makan minum. Jadi, dapatlah tolong isi lauk-pauk dan kuih-muih ke dalam pinggan hidangan.

Kuih Nagasari

Antara kuih yang disediakan termasuklah kuih nagasari.

Kuih Koci


Dodol Bugis

Pada mulanya apabila Amie lihat dari jauh, Amie sangka ini kek coklat yang dikukus dalam acuan lompang. Apabila tuan rumah mempersilakan kami makan (sambil susun kuih-muih dalam talam), lain pula rasanya! Rupanya sangkaan Amie salah. Ini namanya Dodol Bugis! Aduhai! Berketul-ketullah masuk Dodol Bugis dalam perut kita malam itu. Sudahlah lembut, tak liat, kurang manis pula. Memang tak pandai berhentilah suap ke mulut! Buat macam dapur sendiri hihihiiii.

Ada lagi satu kuih yang mengelirukan mata yang memandang! Nampak tak seperti potongan kek warna coklat kemerah-merahan dalam piring atas talam di hujung sana. Itu bukan kek! Itu ialah baulu pecak!


Malam itu sempat kupas telur rebus bubuh atas pulut. Ada dua jenis pulut iaitu pulut hitam dan pulut biasa. Ini dipanggil soko'.


Lauk istimewa soko' ini ialah Ayam Masak Lengkuas atau Nasu Likku.


Pelbagai jenis lauk-pauk disediakan oleh tuan rumah. Selain soko' dengan Ayam Masak Lengkuas, hidangan nasi biasa disajikan bersama lauk-pauk seperti udang. Rasa udang memanglah sedap tetapi masakannya juga terlebih sedap. Senang-senang nanti bolehlah sembang-sembang dengan jiran minta resipinya.... ahaks
 


Ada Ayam Masak Santan, Rendang Daging, Ikan Masak Sambal, Ayam Goreng Rempah dan Ikan Bolu Panggang.


Ikan Bolu Panggang itu memang cukup istimewa apabila dihidangkan bersama sambal khas sebagai pencecah.






Setelah selesai membantu siapkan hidangan dalam talam, tuan rumah ajak kita ke ruang tamu. Majlis berzanji sedang berlangsung.


Selesai majlis berzanji diadakan pula majlis berinai. Eh, rupanya ada malam berinai untuk pengantin lelaki. Teruknya kita, baru tahu. Maklumlah hidup dalam masyarakat pelbagai kaum, Sudah tentu sedikit sebanyak terdapat perbezaan adat mereka. Walaupun majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan jiran tetangga, tetapi tuan rumah ajak kita dan Encik Suami 'menginai' bakal pengantin. Tak ada gambar kami inai pengantin ...hiks!


Seterusnya, tuan rumah (isteri) ajak kita untuk saksikan upacara seterusnya. Sayangnya kita terlupa, tak dapat ingat apa nama adat ini (dalam bahasa Bugis).


Kita sempat melihat pisang disuap ke mulut bakal pengantin.


Sekarang selesailah sudah majlis berzanji, merangkap majlis khatam Quran, majlis berinai dan (tak tahu nak sebut).


Bacaan doa makan.


Para tetamu sedang menjamu selera.


Demikianlah sedikit perkongsian majlis berzanji di rumah jiran sebelah. Esok, hari Ahad akan diadakan majlis bersanding pula.

8 ulasan:

  1. pelbagai jenis masakan yg sudah past sedap. suka tengok adat istiada bangsa lain, kat sini pun if ada majlis camni, very interesting

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah....mewahnya juadah.Seronoknya dapat melihat kepelbagaian budaya masyarakat Borneo yang selalu cikgu kongsikan..Rasa nak terbang ikut menyelinap masuk majlis berinai dan berzanji tu..
    Semoga dimudahkan urusannya...pasangan pengantin dikurniakan sakinah mawaddah wa rahmah...

    BalasPadam
  3. Lelaki pun ada malam berinai. Hehe sama macam pengantin perempuan.
    Masih berhidang makanan. Lauk banyak betul.

    BalasPadam
  4. Selalu kita cuma nampak majlis macam ni diadakan di pihak perempuan sahaja Kak Amie. Aduh, tengok dulang2 tu, rindu majlis kenduri, rasa teringin nak menjamahnya sekali.

    BalasPadam
  5. menarik perkongsian kak Amie. memang penuh tradisi samada dari segi hidangan dan upacara

    BalasPadam
  6. Acara berinai tu dikenali sebagai mappaci, konsep dia lain sikit dengan berinai orang melayu, org bugis tak pakai inai, tapi maksud mappaji adalah untuk membersihkan diri sambil meminta restu dari orang tua... yang suap makan tu tak silap disebut mappatimpu, menyuap makanan selalu pisang atau soko'.

    BalasPadam
  7. Unik acara berzanjinya. Dah tentu berbeza sikit dari semenanjung. Menu pun banyak yang rare tak pernah tengok. Jangankan kak Amie, saya pun tak tahu ada majlis berinai khusus untuk lelaki. Itu untungnya duduk Malaysia ni, pelbagai budaya.

    BalasPadam
  8. biasa kalau tempat dana majlis berzanji selalulnya pihak perempuan atau majlis khatam sekali berzanji jarang pengantin lelaki, lain ya kak. Tapi mesti best lamanya tak baca berzanji dengan lenggok2 nya. Sedap semua nampak menu yang ada tu kak, dana mula-mula ingat apam coklat juga rupanya dodol bugis ya...

    BalasPadam