Pages

Sabtu, 3 September 2022

Sembang Petang Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim.
Sedang buat apa tu? Nampak macam sunyi sepi saja. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula. Masing-masing ada aktiviti yang dirancang. Geng kaki jalan kita pun sudah tinggalkan LD mengikut haluan masing-masing. Amie masik tercongok di rumah. Terpaksalah tunggu Encik Suami uruskan kerjanya, dan kemudian bolehlah kami jalan-jalan. Memandangkan esok kami agak sibuk, jadi petang tadi Encik Suami ajak ke luar ke pasar. Kami tak beli banyak bahan makanan kerana akan ke Kota Kinabalu. Cadangnya hendak ke rumah sewa Fairuz. Pada masa yang sama Amie terima undangan ke Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang.


Nampak masih segar ikan-ikan di pasar. Teringin hendak melihat Fairuz bersama sepupu-sepupunya mengambil ikan untuk diagihkan ke pasaraya sekitar Kota Kinabalu. Hari ini Fairuz hantar bekalan ikan ke Keningau. 



Kami beli ikan jenahak 1.2 kilogram empat ekor.


Dan beli udang kertas 1.09 kilogram.


Rembat sebiji tembikai madu seberat 3 kilogram.


Beli juga sedikit cili merah dan hijau serta tomato, tempe dan limau kasturi. Esok pagi dan petang pergi tempat orang kahwin. Gantung periuk untuk satu hari.


Melihat durian crepe dan segala cheese cake, teringin nak makan. Tapi teringat gusi belum baik sepenuhnya, hasrat pun terpaksa dibatalkan. Lain kali yo.


Terliur tengok tapai pulut!
Aduuusss... manis!


Sebelum sampai rumah, Encik Suami singgah beli pisang goreng. 

Pisang Talleme @ Sanggara Balanda.

Encik Suami belikan kita  Pisang Talleme @ Sanggara Balanda.

Dan juga apam beras @ apam mekar.


Kita diundang untuk hadir ke Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu-Kenyalang oleh syarikat penerbitan SYFE. Pada mulanya majlis ini akan diadakan di Hotel Promenade, Kota KInabalu. Kemudian diubah tempat ke Hotel Palace pula. Dua hari lepas kita pun sudah booking penginapan di Hotel Palace.


Oleh kerana sudah ditetapkan tema Malam Elegan Hitam / Emas, jadi kami pun kenalah cari pakaian yang bersesuaian dengan tema. Itulah sebabnya Encik Suami ajak keluar, sambil pergi ke pasar singgah di kedai jahit ambil baju Amie yang sudah siap ditempah. Encik Suami mencari baju batik warna hitam emas tetapi tidak jumpa. Hampir-hampir tadi terbeli warna biru tua! Rabun warna betul kami rupanya tau. Firdaus pun belum ada baju ikut tema. Kedua-duanya nanti ikut sekali ke majlis tersebut.
Akhirnya Amie kata: Kita cari sajalah di Kota Kinabalu. Banyak hari juga kita di sana sebelum majlis makan malam tu.


Inilah baju kita yang sudah siap dijahit. Tak tahu, menepati atau tidak tema hitam /emas. Kita ni bukannya pakar bab baju ikut tema hihihiiiii! Sekali pandang bukan tema hitam / emas tapi ada rupa tema hitam / suasa!

11 ulasan:

  1. Wah,cantik bajunya cikgu..
    Berkilauan emasnya...hihihi.
    Ni kalau En Majid pula bertengkolok hitam dah macam pasangan Tun Teja nanti..Daus,seronok la dapat ikut mommy & babah yer..rezeki anak bongsu..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Persiapan last minute ni Mama Cella. Syukurlah baju siap dijahit. Sedang mencari baju untuk dua ekor kumbang anak dan bapak.

      Padam
  2. Cantik betul baju Kak Amie tu. Sesuai la tu, digayakan dgn tudung emas pun menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terfikir-fikir pula hendak gayakan dengan tudung warna emas, atau tudung hitam bunga emas. Tudung warna emas itu pula tudung bawal... tak berapa pandai nak pakai hihihiii.

      Padam
  3. Cantik bajunya! Terima kasih berkongsi cerita!

    BalasPadam
  4. Siap temph baju. Nasib baik sempat siap bajunya.
    Bolehlah Puan Amie nampak hitam cuma emas itu tidak nampak berkilat.

    BalasPadam
  5. Sy rasa, memang tepatlah tema warna tu, Kak Amie. Tentu majlis tampak mewah dengan tema yg dipilih tu.

    BalasPadam
  6. kira ikut tema lah tu. pakai saja tudung warna emas dan gelang emas banyak-banyak. hihi

    BalasPadam
  7. Wowww.. elegant baju tu.. boleh gayakan dengan tudung kaler emas atau cream pekat. Have a wonderful night kak Amie!

    BalasPadam
  8. Baru tahu ada tembikai madu. Menarik rupa Pisang Talleme @ Sanggara Balanda tu. Tak silap kak Amie pernah cerita dulu.

    Kira bolehlah tu temanya kak Amie. Janji tak lari jauh temanya tu. Cantik bajunya bersulam.

    BalasPadam