Pages

Ahad, 18 September 2022

Cerita di Pagi Minggu

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa cerita hari ini? LD redup saja, mungkin sebab cuaca mendung. Awal pagi bangun tapi tak ada hati hendak jengok dapur. Kami bersiap-siap untuk sarapan di luar sahaja. Sementara Encik Suami hidupkan enjin kereta, kita sempat intai buah epal bidara di Taman Firdaus.

Epal Bidara
 
Epal bidara yang sudah terlalu masak, dan kering di tangkai.



Buah mata kucing brazil sudah melepasi tempoh 'putik'.

Buat Mata Kucing Brazil

Beberapa minggu lagi bolehlah dituai.


Sarapan pagi di Restoran Rumpun Selera lagi.

Firdaus makan nasi kuning lauk sambal telur.

Encik Suami memilih roti telur.

Kita makan idli.

Kemudian kami ke pasar tani. Pusing-pusing ebih 10 kali mencari tempat letak kereta. Akhirnya parking jauh nun di pasar  ikan kering! Berjalan kaki lebih kurang 400 meter ke tapak pasar tani. Sempat beli minuman sejuk untuk hilangkan dahaga. Firdaus pula merengek minta corndog!


Encik Suami teringin makan pisang goreng panas. Dibelinyalah pisang goreng dengan popia. Kita pula apabila ternampak ubi rebus dengan kelapa parut, belilah RM3.00. Dapatlah 5 ketul. Bolehlah makan-makan sambil hirup kopi panas.

Patulakan & Bianban@Bamban

Tidak ketinggalan beli dua batang kuih patulakan dan tiga batang bianban @ bamban.

Patulakan.

Patulakan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Suluk. 
Rasaya manis.

Bianban @ Bamban

Bianban atau bamban pula diperbuat daripada tepung panggih atau ubi yang diparut kemudian diperah airnya. Bianban biasanya dimakan bersama lauk-pauk seperti ikan dan kerabu rumpai laut.

Nasi Panggang Tempe Cemangi

Tidak lupa kita beli Nasi Panggang Cemangi. Nasi Panggang Ayam Cemangi dan Nasi Udang Cemangi sudah habis. Yang tinggal hanya Nasi Panggang Tempe Cemangi.

Nasi Panggang Tempe Cemangi

Memang sedap sungguh Nasi Panggang Tempe Cemangi. Nasinya cukup gurih! Cukup rasa.


Ada telur rebus dihujung nasinya!

Limau Madu

Beli juga 1.2 kg limau madu. Masih lagi bertangkai dan berdaun.
Encik Suami makan sebiji. Kita makan sebiji. Rasanya manis tetapi ada sedikit masa. Sehari dua nanti masaklah semuanya. 



Kedondong.

Kedondong ini bolehlah dikisar buat jus. Tambahkan asam boi dan ketulan ais. Aduhai, kalaulah ada yang sudi buatkan segelas untuk kita!

Buah Ciku.

Lama sudah mengidam nak makan buah ciku. Teringat zaman kanak-kanak kita selalu bantu bonda dan ayahanda bersihkan buah ciku dengan sabut kelapa. Bonda akan peram dua hari di dalam tin biskut saiz besar. Kadang-kadang sampai 3 tin! Dua hari kemudian bonda buka tin dan terbitlah aroma buah ciku yang sudah masak ranum. Bonda akan bahagi-bahagikan kepada jiran tetangga. Puaslah kami makan buah ciku pagi, petang, siang dan malam. Kadang-kadang ada juga orang kampung jual buah ciku yang sudah masak. Harganya RM1.00 sebungkus. Sebungkus buah ciku berisi 10 biji. 
Hari ini kita beli ciku dengan harga RM10.00 untuk sekilogram. Ada sebiji yang sudah masak. Manis rasanya!

Bunga Betik

Encik Suami nak makan nasi lauk bunga betik. Katanya, tak perlu celur dahulu. Tumis saja. Biar pahit, katanya. Yang pahit itulah ubat, tambahnya lagi. Kita tak pernah masak bunga betik tanpa dicelur terlebih dahulu. Tengoklah nanti macamana hasil kejadiannya.

Terung Pipit

Kalau Encik Suami pilih bunga betik, kita pula pilih terung pipit! Terbayang-bayang sambal terung pipit dengan udang kering! Makan dengan nasi putih...pergghhh!

Ikan Lolong

Kita nak makan ikan lolong. Ecik Suami pilih 7 ekr. Tak sampai sekilogram. Kalau goreng lembik-lembik, tuang kicap memang menambah-nambahkan nasi dalam pinggan!

Ikan Kembung

Encik Suami pula teringin nak makan ikan kembung panggang. Dipilihnya sendiri ikan kembung sebanyak empat ekor, juga tidak sampai berat 1 kilogram. Nantilah, kita panggang dan buatkan air asam. Tengah hari ini rasanya tak perlu tergesa-gesa masak nasi. Perut masih kenyang dengan sarapan pagi, dan makan kuih-muih yang dibeli di pasar tani.

Terima kasih sudi bertandang ke dapur kita di hari minggu. Jumpa lagi.

10 ulasan:

  1. Seronoknya dapat terapi mata ke pasar tani...
    Saya dah tiga hari tak jejak bumišŸ¤­

    terliur Nasi Panggang Tempe Cemangi tu..Nampak bersalut elok..pasti harum.
    Biamban tu sama kah dengan putu yang selalu cikgu upload warna putih panjang yang dimakan dengan latok dan ikan bakar tu?

    BalasPadam
  2. Seronok 'ikut' Kak Amie ke pasar hari ni, kenal macam-macam kuih & makanan tradisi :)

    BalasPadam
  3. Macam2 makanan baru yg saya belajar dlm post ni :)

    BalasPadam
  4. Macam-macam beli ya.
    Hehe juga macam-macam perancangan untuk masak.

    BalasPadam
  5. Buah ciku? Di sini namanya buah sawo. Terung pipit = rimbang. He he .... Selamat malam Amie.

    BalasPadam
  6. SA rasa seronok dapat ikut kak amie jalan2 beli barang...SA x mampu nak makan bunga betik sebab x tahan pahitnya..kena cuba jugak nanti ni...buah ciku tu menggamit memori.SA pun pernah tolong arwah atuk SA bersihkan buah ciku...

    BalasPadam
  7. best betul kalau akak cerita pasal ke pasar, dapat tengok macam-macam makanan yang sangat asing bagi orang semenanjung. Kalau dana ke sana teringin nak cuba semua yg akak tunjuk tu, terutama nasi panggang cemangi tu nampak menggoda betul lah.

    BalasPadam
  8. Harini dapat tengok menu baru, kuih patulakan, bianban @ bamban dan Nasi Panggang Tempe Cemangi. Nampak macam nasi lemak pulak. Menarik betul makanan tradisional kalau yang jenis berbungkus ni.

    BalasPadam
  9. nasi panggang tu nape la tak pernah ada dekat sini ya, akak cemangi tu kemangi ke?

    BalasPadam