Pages

Sabtu, 20 Ogos 2022

Sepilihan Anekdot Siri 1 : Kasut

Bismillahirrahmanirrahim.
Meminjam bait-bait bicara Komuniti Menulis Malaysia:

Prolog
UPIH PINANG KASUT PUTIH
Pernahkah kenangan memerangkap diri dan kita berasakan agak sukar untuk keluar dari ingatan itu? Berjalan dan melangkah namun ingatan tetap tegar membawa kita kembali kepada detik-detik yang kita tinggalkan. Berkali-kali kita mencari jawaban yang ditinggalkan dan pastinya.......

Hampir terlupa kita ikut menyumbang karya dalam Sepilihan Anekdot Siri 1: Kasut terbitan Komuniti Menulis Malaysia (KISMy). Terima kasih pihak penerbit dan  usaha penyelenggara Lyza Ali dan Suriati Munal. Akhirnya buku kecil ini sampai ke Lahad Datu pada hari Selasa lepas.  Oleh kerana sibuk memanjang, petang tadi baru sempat belek-belek melihat tulisan sendiri! Ishhh...issshhh! Teruknyalah orang satu ni.

Sepilihan Anekdot Siri 1 : Kasut.

Penerbit : Komuniti Menulis Malaysia (KISMy)




UPIH PINANG KASUT PUTIH pasti akan menjadi sebuah coretan dan lakaran ingatan yang tulus. Ingatan yang tidak dibuat-buat untuk mengindahkan kenangan tetapi ingatan yang berdiri sebagai tiang-tiang membangunkan tegap dan teguh rumah kenangan!


Antara kenangan yang kita abadikan dalam Sepilihan Anekdot Siri 1 : Kasut :
  • Sabarlah Sabariah
  • Rancangan Makanan Tambahan
  • Telur Rebus Separuh Masak
  • Di Bawah Cahaya Bulan Mengambang
Sabarlah Sabariah!

Kenang sewaktu berada dalam darjah satu, duduk bersebelahan dengan Sabariah yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M. Setiap hari kita bantu siapkan kerjanya. Penggal kedua, Sabariah dipindahkan oleh guru kelas , duduk di hadapan sekali bersama Mat Misban. Kita dipindahkan duduk di belakang sekali bersama Ismail. Setiap kali ada tugasan, Sabariah akan menoleh ke arah kita dengan pandangan sayu. 

Sabariah. Apa khabarmu sekarang? Di manakah dikau? Masih ingatkah padaku?

Rancangan Makanan Tambahan.

Rancangan Makanan Tambahan mengisahkan kenangan sewaktu darjah empat. Saripah sudah jemu makan makanan rancangan tambahan dan akhirnya hanya mengambil makanan tersebut. Amie dengan Samsiah yang akan menikmatinya hingga ke butir nasi terakhir. Makanan tersebut kami rasakan jauh lebih sedap berbanding makan nasi lauk ikan kering setiap hari.

Terakhir kali Amie bertemu Saripah sewaktu reunion sekolah rendah pada tahun 2016. Saripah menetap di Singapura. Mudah-mudahan dapat bertemu Saripah lagi.

Telur Rebus Separuh Masak

Telur Rebus Separuh Masak merupakan hidangan sarapan pagi pada setiap hari Khamis. Kenangan ini tercipta sewaktu tinggal di sekolah berasrama di Jalan Kota Raja, Klang, Selangor. Murid-murid lebih rela membeli makanan di kantin berbanding mengambil roti, telur separuh masak dan kacang panggang di dewan makan asrama. Zaharah mendapat idea membawa kicap lemak manis dan makan telur separuh masak pada waktu rehat. Akhirnya kita pun ikut sama 'menyeludup'  keluar telur-telur tersebut dari dewan makan dan mengecek kicap lemak manis Zaharah. 
Huurrmmm.... bayangkan makan telur rebus separuh masak begitu sahaja tanpa disediakan setitik kicap di dewan makan! Apa rasanya...ahaks!

Zaharah.... 
Selepas STPM kita tidak pernah bertemu lagi sehingga ke hari ini!

D Bawah Cahaya Bulan Mengambang

Emak dan arwah ayahanda akan marah kalau dapat tahu kita baca buku cerita. Apa yang mereka tahu, membaca buku pelajaran itu lebih bermanfaat. Kadang-kadang kita sembunyikan buku cerita dalam baju sewaktu bantu mereka berkebun. Ketika menghalau monyet yang suka mengekah buah jagung, kita duduk bawah pokok pisang sambil baca buku cerita. Waktu malam pula, selepas mengaji al-Quran dan solat isya', lampu mesti dipadamkan untuk jimat minyak tanah. Kita tetap mencari akal untuk membaca buku cerita di waktu malam. Kalau siang kena sembunyi-sembunyi membaca kerana takut dimarah, jadi waktu malam kita buka jendela bilik dan baca buku cerita di bawah sinaran bulan mengambang!

Buku-buku cerita dipinjam dari perpustakaan dan yang merasuk kita antaranya siri penyiasatan:
1. Tujuh Perisik
2. Lima Sekawan
3. Siri Salma
4. Nancy Drew
5. Hardy Boys

Agaknya kalau nak dibandingkan kemaruk membaca buku-buku itu samalah dengan kemaruk orang menonton drama bersiri!





8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Wak. In syaa Allah, mudah-mudahan ilham terus mengalir.

      Padam
  2. Cikgu...
    Kisah Sabariah,RMT dan Telur Separuh Masak sangat dekat dengan saya.Tema,jalan cerita,watak dan persekitaran kita terlalu banyak persamaan walau kita berbeza negeri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, ada gang rupanya kita. Kenangan silam terutama zaman persekolahan memang kebiasaannya hampir-hampir serupa.

      Padam
  3. Mana boleh dapat buku ni Kak Amie? Menarik jalan ceritanya. Boleh tambah koleksi bacaan anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba Carneyz rujuk admin di sini:
      https://www.facebook.com/profile.php?id=100069908313254

      Padam
  4. Bagus Puan Amie coretkan kenangan ketika bersekolah.
    Haha ya Allah saya kemaruk siri-siri penyiasatan dan tulisan Enid Blyton itu. Buku-buku tersebut ada dalam spanan. Hardy Boys itu macam tidak minat sangat. Sekarang tidak nampak budak-budak baca buku tersebut.

    BalasPadam
  5. Seronoknya kisah zaman sekolah di jadikan cerita...SA pun suka baca siri Enid Blyton...rindu betul zaman sekolah dulu

    BalasPadam