Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini kita bangun agak lewat. Encik Suami pula seawal pukul 6 pagi sudah keluar ke tempat kerja. Katanya hendak hantar bekalan barang untuk beberapa buah sekolah. Pukul 8:30 pagi, sewaktu kita hendak rendam bihun, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta di depan rumah. Dari pintu dapur, kita nampak kelibat Firdaus berlari ke pagar dan Encik Suami hulur bungkusan makanan. Rupanya Encik Suami tiga kali telefon tapi kita tak dengar! Encik Suami hendak beritahu sudah beli sarapan pagi. Terima kasih kerana ingat anak isteri di rumah yang belum menjamah sarapan! Sanggup singgah warung beli nasi kuning untuk kami walaupun ada kerja yang hendak diselesaikan..
Encik Suami tidak masuk ke rumah, sebaliknya kembali semula ke kereta untuk sambung kerjanya. Amie pun simpan semula bihun yang sudah dibuka tapi belum sempat direndam.
Selesai sarapan pagi, Amie kemas rumah dengan Firdaus. Sementara menunggu masa untuk masak hidangan tengah hari, duduk-duduk dahulu di depan komputer. Tidak ada entri sarapan pagi sebab tak jadi masak bihun. Dalam folder masih ada beberapa menu sarapan pagi yang belum disiarkan. Ada yang Amie sudah lupa entah hari apa Amie bawa bekal ke tempat kerja. Kali ini Amie kongsikan bekal lempeng. Teringat waktu itu terliur-liur melihat lempeng cair Lempeng Cair Sambal Hijau Ikan Bilis dari Tanah Jauhar dan si penggoda Sukatan Lempeng Cair Guna Tepung Cap Bunga Ros Mama Cella.
Kita kehabisan tepung cap bunga ros. Yang kita gunakan ialah tepung cap rama-rama warna hijau. Kita pun ikut cara SK yang ikut cara Mama Cella. Kata SK, ikut petua Mama Cella yang banyak aplikasi ilmu Sains & Rumah Tangga selepas buat bancuhan tepung, tinggalkan dahulu buat seketika supaya adunan mengembang dan akan menghasilkan lempeng yang garing dan lembut. Kita buat adunan cair-cair, ditambah dengan sebiji telur dan sedikit garam. Entah mambang mana yang merasuk, kita terlebih rajin kisar daun pandan untuk dijadikan bancuhan tepung. Jadilah Lempeng Pandan.
Oleh kerana masa sangat terhad, tidaklah dapat nak 'menggaringkan' lempeng. Cukuplah sekadar lempeng masak. Kita tak oles minyak pada kuali sebab kita gunakan kuali non stick. Kalau tunggu lempeng garing memang terlewatlah kita keluar kerja. Kita gandingkan lempeng tadi dengan sambal hijau. SK buat sambal hijau ikan bilis. Kita sambal hijau saja. Itu pun ya ampuunnn! Sedap sangat cecah dengan lempeng pandan!
Eh, bekal sarapan pagi kita nampak hijau! Nak sebut hijau apa ye? Tapi hari itu bukan hari Isnin, dan sudah tentu bukannya Monday Blues...ahaks! Dan, kita terlupa tiada kandungan 'protein' dalam bekalan yang dibawa. Apa pun lempeng itu cukup mengenyangkan, dan segala serat dari buah-buahan dan salad tetap lazat!
|
Bekal Sarapan Pagi (20) |
- Lempeng Pandan & Sambal Hijau
- Salad: Lalique Crystal & Duende Romaine Lettuce (gaul dengan sos kewpie) + Limau Bali + Blueberri
- Buah: Tembikai Madu + Kiwi
|
Lempeng Pandan Sambal Hijau |
|
Salad & The Gang |
|
Buah : Tembikai Masu + Kiwi |
Tudiaaa...
BalasPadamKekemasan dan tarikan persembahan hidangan cikgu memang tak boleh disangkal..
Walau serba hijau hingga kan tepung pun cap rama-rama hijau tuðŸ¤
Sebab yang lain semua hijau..tembikai menyerlah warna merahnya...
Waktu sediakan bekal tak perasan banyak warna hijau. Apabila hendak dijadikan entri rupanya di mana-mana hihihiii. Sib baik tembikai warna merah.
PadamCantik betul warna lempeng pandan dan salad kak Amie.. menggoda..
BalasPadamTerima kasih Sha. Lempeng guna warna asli daun pandan.
PadamComel betul bekas empat segi dia.... Warna warni!
BalasPadamWarna-warni sengaja diwujudkan agar setiap hari dimulakan dengan pandangan penuh ceria.
Padamlawonyer lempeng
BalasPadamPasti sedap di cicah dengan sambel ijo
Memang sedap Wak. Bawa bekal lempeng selalu pun ok.
Padam