Pages

Jumaat, 5 Ogos 2022

Pakis Tanjung Tumis Pedas dengan Lokan

Bismillahirrahmanirrahim.
Makan lauk apa tengahari tadi? Selepas solat Jumaat. Encik Suami ambil kita di sekolah dan kemudian kami singgah makan tengahari di warung. Sekarang Encik Suami sambung kerja, kita pula bersendirian di rumah. Kalau layan mata, memang terbongkanglah jawabnya di ruang tamu. Baiklah masuk dapur maya seketika sementara menunggu masuk waktu asar. Sekarang tepat pukul 3:00 petang.

Amie kongsikan resipi Pakis Tanjung Tumis Pedas dengan Lokan, lauk kami dua atau tiga hari lepas. Masih terasa semerbak aroma tumisan perencah bawang, cili kisar dan belacan ditambah udang kering memenuhi ruang dapur! 

Pakis Tanjung Tumis Pedas dengan Lokan

Pakis Tanjung

Lokan.

Isi Lokan


Jom kita lihat resipi Pakis Tanjung Tumis Pedas dengan Lokan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pakis tanjung - ambil pucuk dan batangnya yang muda / lembut
  • 1 cawan isi lokan (lokan direbus dan buang kulit - ambil isi)
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk / kisar hingga terbit aroma.
  2. Masukkan cili kering kisar. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan isi lokan. Gaul sebati dengan perencah tumis.
  4. Masukkan pakis tanjung bersama hirisan cili merah.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau rata beberapa kali.
  7. Padamkan api dapur.

Pakis Tanjung Tumis Pedas dengan Lokan.


Sampai di sini dulu. Sekarang sudah pukul 3:12 minit petang dan waktu asar pada hari ini pukul 3:34 Jumpa lagi.

22 ulasan:

  1. Eh lain plak lokan kat sana erk kang..lokan kat semenanjung besar penumbuk....nampaksedap..haaaa....pucuk paku tanjung la..yang mak SA masak rendang hari tu.. yang campur kerang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lokan yang bulat besar SA. Yang ini kebetulan lonjong dan katanya jenis lokan juga.

      Padam
  2. kalau kat kampung pucuk pakis gini di panggil pakis perak, kalau pucuk paku merah tu dipanggil pakis biasa je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo perak pula ye. Mak saya orang Perak, panggil ppakis tanjung pula hihihiii.

      Padam
  3. Kat sungai tempat wak bela lembu ni banyak lokan besar2 takde orang kutip. Orang sini tak tahu makan lokan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sampai Sabah baru reti makan lokan Wak.

      Padam
  4. sedapnya sayur paku. lama tak makan. lama tak ke pasar. beli di supermarket je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik saham pucuk paku ye Sal. Sekarang dah duduk di supermarket hehehhee.

      Padam
  5. Sedapnya pakis.
    Lokan tu saya belum pernah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan sayur kampung ni Ujie.
      Lokan ni liat-liat sikit.

      Padam
  6. Sedapnya lauk tu....
    Dulu-dulu zaman sekolah saya hanya tahu perkataan lokan dalam bait-bait pantun.
    Saya baru beberapa kali sahaja merasa makan lokan.Itupun kat Melaka yang banyak dijual sepanjang jalan ke Pengakalan Balak Kuala Sungai Baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke pinggir laut mencari lokan,
      Berehat sebentar ditikar jerami,
      Indah pantun ciptaan tuan,
      Ini balasan pantun dari kami.

      Pinjam pantun entah siapa punya hihihiii. Yang penting ada 'lokan' nya.

      Padam
  7. Suka pakis tanjung masak pedas-pedas ni.. cuma tak pernah masak dengan lokan.. bolehlah lain kali beli lokan. Tak pernah beli pun kecuali kerang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya kerang. Di sini jarang jumpa kerang, tu sebab gunakan lokan.

      Padam