Pages

Jumaat, 5 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (10) : Jagung & Pisang Kepok Rebus

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita tentang bekal sarapan pagi. Teringat MAMA CELLA tentang telur rebus yang dibawa ke tempat kerja. Kata Mama Cella, tidak tahu telur rebus itu akan jadi rezeki siapa. Samalah juga dengan Amie. Tidak tahu bersama siapa Amie akan makan bekalan sarapan pagi yang dibawa. Waktu rehat dan waktu kami bersarapan tidak sama. Sesiapa yang kebetulan ada di kantin, dapatlah sama-sama kongsi makanan. 

Amie tidak masak yang berat-berat setiap pagi. Mana yang ada itulah yang Amie olah. Kali ini Amie rebus jagung dan pisang kepok atau pisang nipah. Sebelum ini Amie selalu bawa pisang dan telur rebus. Amie sangka Amie seorang saja yang tahu makan pisang kepok rebus, rupanya kawan-kawan yang lain pun pandai makan juga. Seronoklah kita, bersemangat nak bawa pisang rebus selalu sebagai bekalan sarapan pagi sebab ada gang nak makan!

Pisang dan jagung mengandungi karbohidrat . Melengkapkan bekalan sarapan pagi Amie siapkan salad daripada bahan seperti red coral lettuce ditambah dengan hirisan buah avocado. Untuk tambah rasa lebih lazat, Amie gaulkan isi udang rebus dengan dressing salad. Buah-buahan pula terdiri daripada anggur hijau,anggur hitam dan buah aprikot.

Bekal Sarapan (10)

  • Jagung & Pisang Kepok Rebus
  • Salad : Red Coral Lettuce + Avocado + Udang
  • Buah : Anggur Hijau + Anggur Hitam + Aprikot

Jagung & Pisang Kepok Rebus

Salad & The Gang

Buah : Anggur Hijau + Anggur Hitam + Aprikot

Hari pertama pisang kepok masuk dapur.

Inilah pisang kepok yang Amie rebus dijadikan bekal sarapan. Kecil comel saja pisang kepok sesikat ini. Setelah tiga hari berada di penjuru dapur, nampak kuning pula kulitnya. Jadi bolehlah rebus lebih sedikit untuk makan bersama kawan-kawan.



8 ulasan:

  1. dah lama tak bawa bekal sebab dah tak kerja...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... boleh sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah pula MY.

      Padam
  2. Aduh sedapnya pisang kepok rebus..
    Saya suka pisang ni sebab isinya pejal dan manis.
    Alhamdulillah,
    Seronok kan bila
    rezeki dikongsi bersama.
    Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki yang halal dan barokah untuk kita semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan-kawan suka makan pisang rebus kepok ni. Ada rasa manis dan sedikit masam.

      Padam
  3. Rasa gembira orang lain makan pisang rebus bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil makan pisang rebus sambil mengenang nostalgia sarapan pagi zaman kanak-kanak.

      Padam
  4. Teringat dulu2 ibu sy selalu buat pisang rebus. Makan gitu jer dah sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga sarapan emak saya rebus : pisang, ubi, keladi, keledek.

      Padam