Pages

Khamis, 4 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (9) : Mi Tarik Labu Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang terus memberi sokongan agar Amie terus istiqamah membawa bekal sarapan pagi dari dapur sendiri. Selain berkongsi idea bekal sarapan pagi untuk orang dewasa, jom sesekali kita cari idea untuk bekalan anak ke sekolah pula. Mari kita singgah di dapur NINA MIRZA: IDEA BEKAL ANAK SEKOLAH. Ibu muda ini rajin sediakan pelbagai bekalan untuk anak-anaknya. Idea kreatif Nina memasak dan menghias makanan memang sangat menggoda selera! Kita yang emak-emak ini pun lebarkan mata melihatnya, apalagi kalau anak-anak! Tentu terus menanti dan mengharap dapat bawa bekal hasil air tangan ibu setiap kali hendak meninggalkan rumah untuk ke sekolah. Bolehlah rakan-rakan yang ada anak kecil intai dapur NINA MIRZA untuk kongsi ideanya!

Baiklah, kita teruskan paparan idea bekal sarapan pagi dari dapur Amie. Kali ini Amie bawa bekal mi tarik labu goreng dengan udang. Cukuplah bekalan karbohidrat dari mi tarik labu dan sumber protein dari udang. Saladnya pula Amie gabungkan coral green dengan aprikot dan jagung manis yang direbus, sementara buah-buahannya Amie susun hirisan betik, buah kiwi dan rockmelon.

Bekal Sarapan (9)
 

  • Mi Tarik Labu Goreng dengan Udang
  • Salad: Coral Green + Jagung Manis (Rebus) + Aprikot
  • Buah : Betik + Kiwi + Rockmelon

Mi Tarik Labu Goreng dengan Udang


Jangkitan mi tarik dari dapur MAMA CELLA sudah merebak menjadi bual bicara di dapur maya beberapa orang rakan blogger. Kita pun sebenarnya dapat inspirasi kerana kagum dengan Mama Cella yang rajin bangun pagi untuk masak bekalan ke tempat kerja untuk anak-anak dan dirinya sendiri. Terima kasih Mama Cella. Moga Mama Cella terus istiqamah menyediakan sarapan pagi dan bekal alas perut untuk seisi keluarga.

Salad & The Gang


Buah : Betik + Kiwi + Rockmelon

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah..
    Amiinn
    Doakan pula lepas ni saya beralih kepada bekal sihat macam cikgu amie🤭🥰
    Bekal sihat cikgu hari2 menarik dan penuh warna warni..
    Saya dah jenguk dapur Nina Mirza..rajin dan kreatif..👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Mama Cella. Pelan-pelan, nanti terlaksana juga hasrat hati.

      Padam
  2. Alhamdulillah
    Nampak sedap mi gorengnya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Wak. Tapi Encik Suami macam ikut selera Wak juga. Katanya mi tarik labu lebih memikat seleranya.

      Padam
  3. Sedapnya...esok SA nak bawak Mak Abah pi shopping barang dapur, boleh la cari buah2 segar..cadang nak beli buah betik...dengan rock melon jugak...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie biasanya beli buah-buahan seminggu sekali, pada hujung minggu.

      Padam
  4. Potongan buah tu pun nampak menarik!

    BalasPadam
  5. rajin sediakan bekalan yg sedap berkhasiat

    BalasPadam
  6. mi tarik tu nampak mengenyangkan. kalau bekal begini menarik, sampai opis sahaja saya dah makan. tak sempat tunggu lunch. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang untuk sarapan pagi, dan kalau tak habis makan waktu rehat dalam pukul 10 begitu.

      Padam
  7. Persembahan makanan Puan Amie tidak mengecewakan. Saya yang tengok pun teringin rasa.

    BalasPadam