Pages

Sabtu, 27 Ogos 2022

Cerita Hari Sabtu: Karnival STEM & Gotong Royong Perdana

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada dua aktiviti yang perlu kita sertai. Kita wajib ke sekolah sebab urus kelas untuk Karnival STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Itu tugas hakiki. Satu lagi, ada aktiviti gotong royong di sekolah Firdaus bermula pukul tujuh pagi. Kita teringin juga untuk turut serta gotong royong!

Awal pagi lagi kami tiga beranak keluar dari rumah. Setiap keluarga dikehendaki membawa sepasu bunga. Encik Suami pilih pokok bunga di bawah ini. Tak tahu apa nama pokok bunga ini.


Selain pokok bunga, ibu bapa dikehendaki membawa tukul, gergaji, alat pengukur, plastik sampah dan lain-lain.


Antara aktiviti yang akan dilaksanakan secara gotong-royong termasuklah:
  • mengecat dinding kelas
  • membaiki kerusi dan meja murid
  • menanam pokok dan mengganti pasu bunga
  • membersihkan kawasan persekitaran sekolah
Setelah memastikan persiapan kelas kita untuk Karnival STEM berjalan lancar, sementara  pameran akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, kita menyelit seketika ke sekolah Firdaus. Hanya perlu melintasi kawasan kantin untuk ke sekolah Firdaus. Sekolah kami (menengah dan rendah hanya bersebelahan sahaja). Sebelum pukul 8 pagi, kita kembali semula ke sekolah sendiri.


Karnival STEM berjalan dengan lancar dan meriah! Murid-murid menunjukkan komitmen masing-masing dengan mengadakan pelbagai pameran kerja berkaitan STEM, permainan, persembahan dan sebagainya. Semuanya akan dinilai oleh juri yang dilantik oleh penganjur.

Antara pameran kerjaya yang diadakan di kelas.

Pelbagai eksperimen yang dikongsikan murid.




Untuk menarik perhatian pengunjung (ada hadiah untukpengunjung terbanyak), murid-murid menyediakan hadiah! Kita pun tak sempat hendak melihat semua kelas. 


Ada jualan makanan yang diusahakan oleh kumpulan murid.


Sebelum tengah hari, habis jualan terutama minuman.

Antara makanan jualan murid. 


Kita mencari makanan tradisional, kalau ada.

Soko' + Ayam Palekko'

Terjumpalah soko' dengan ayam palekko'.

Nasi + Ayam Palekko'

Jumpa lagi nasi dengan ayam palekko'. Ayam palekko' bersama soko' tidaklah pedas. Tapi ayam palekko' dengan nasi ini, bak kata SK:  pedasnya namatey!

Nachos

Terjumpa nachos, beli sajalah. Kita pun belikan Firdaus samosa dan aiskrim. Hulur saja ke sekolah sebelah.

Ada pameran dari Kolej Vokasional, Kolej Komuniti dan hospital. Pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan pun ada. Sesiapa yang hendak derma darah, dipersilakan!


Selesai Karnival STEM, kita terus pergi ke sekolah Firdaus. Nampaknya gotong royong belum selesai. Encik Suami turut membantu membaiki meja murid. Kita pun sempat tolong sapu sampah (serpihan playwood yang digergaji).


Firdaus bawa kita masuk ke kelasnya di tingkat atas. Wah, nampak bersih, kemas dan cantik!




Semua kelas mempunyai penyaman udara yang disumbangkan oleh ibu bapa murid.


Guru dan ibu-ibu yang masih membuat kerja di dalam kelas.


Walaupun sudah menjamu selera pada pukul 9 pagi (makanan disumbangkan oleh ibu bapa dan guru) tetapi kami dibekalkan nasi bungkus sebelum pulang! Terima kasih penyumbang nasi bungkus yang terdiri dalam kalangan guru. Moga tambah rezeki.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Firdaus ajak singgah di sini.


Firdaus beli kentang goreng dan chicken pop.

Chicken Pop


Sampai rumah, kami makan nasi bungkus yang dibawa dari sekolah Firdaus. Kami tiga beranak dapat tiga bungkus nasi. Masih panas!


Tiba-tiba teringat Nasi + Ayam Palekko' yang sangat pedas itu! Kalau di rumah makan pedas pun tidak jadi masalah...ahaks! 
Sekian, cerita hari ini. 



9 ulasan:

  1. Terbaik la pelajar2 sekolah Kak Amie, kreatif semuanya pameran STEM tu. Ni semua hasil didikan yang baik dari guru2 sekolah *tepuk tangan*

    Wah, cantik dan kemas bilik darjah Firdaus lepas gotong-royong. Murid2 mesti rasa selesa belajar dalam bilik darjah yang cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tidak beraktiviti sejak PKP, waktu beginilah nak rasa bergembira bersama kawan-kawan.
      Ya, saya pun kagum dengan usaha guru-guru di sekolah Firdaus. Kelas bersih dan cantik.

      Padam
  2. Wah....meriahnya sekolah Daus...
    Hebat sekolahnya semua kelas ada penyaman udara.
    Tak tau la kat
    " kotaraya" KL ni ada ke tak sekolah yang semua kelas dilengkapi penyaman udara...hihihi🤭🤭🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki Firdaus dapat kelas ada penyaman udara.

      Padam
  3. Uiks banyak borong dan dapat makanan. Hehe nasib baik sekolah sebelah-menyebelah
    Untungnya setiap kelas ada penyaman udara. Tidak panas tapi kena tutup pintu kelas selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kena tutup pintu kelas selalu. Lagi pun tingkap semua kena tutup sebab sekolah dekat sangat dengan jalan raya. Asap kenderaan dan debu selalu singgah di kelas, eloklah ada sumbangan penyaman udara daripada ibu bapa murid.

      Padam
  4. Meriah karnivalnya. Jualannya juga meriah, pulang nanti tidak perlu memasak lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cuti masak. Baik rumah terbongkang kepenatan hihihiii.

      Padam
  5. Teringat masa sekolah dulu..ada macam - macam karnival...siap ada menteri besar datang....meriah betul..lepas tu pengurusan panggil peniaga2 untuk meniaga kat sekolah...lagi la meriah

    BalasPadam