Pages

Selasa, 2 Ogos 2022

Mi Tarik Labu Goreng Yang Lembut & Kenyal!

Bismillahirrahmanirrahim.
Godaan MAMA CELLA melalui sajian mee tarik terutamaya mee oats tidak boleh terus mengganggu tidur kita. Pada hari Ahad lepas, mimpi menjadi nyata apabila jalan-jalan ke pasaraya dan terjumpa Fat Boi  Mi Tarik tiga bersaudara. Padahal sudah bertahun-tahun pusing-pusing di kawasan susunan pelbagai jenama dan jenis mi kering itu, tetapi baru kali ini terbuka hijab melihat jenama Fat Boi. Rasanya jenama tak sama dengan jenama mi tarik Mama Cella. Mama Cella punya jenama ARONA kalau tak silap. Tapi tak apalah. Kita cuba saja.

Mi Tarik Labu Goreng

Mi Tarik Tiga Beradik

  • Mi Tarik Oat ( Oats Noodles)
  • Mi Tarik Labu (Pumpkin Noodles)
  • Mi Tarik (Wheat Noodles)

Mi Tarik Labuh (300 gram)

Mama Cella pernah kata, apabila direbus mi tarik akan mengembang. Jadi, kita cubalah separuh dulu. Nak tengok kembang sampai mana. Memang kembang! Setelah siap digoreng, kenyal-kenyal lembut pula rasanya. Tanya Encik Suami, sedap tak? Jawab Encik Suami. Sedap! Macam makan di kedai. Entah di kedai mana dia makan mi tarik....hiks!

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus Mi Tarik Labu 
  • 1 cawan isi udang
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 150 gram cendawan shimeiji
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
Cara memasak:
  1. Didihkan air secukupnya. Masukkan Mi Tarik Labu dan rebus sehingga lembut - anggaran 8-10 minit. Ankat da toskan. Bilas di bawah air paip yang mengalir.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga layu.
  3. Kemudian masukkan udang dan brokoli.
  4. Setelah udang dan brokoli berubah warna, masukkan Mi Tarik Labu.
  5. Tuangkan sos tiram, sos cili, Kicap Manis Pedas Mahsuri dan cendawan shimeiji.
  6. Gaul rata.
  7. Jika kurang rasa, boleh tambahkan garam / perasa pilihan.
  8. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Mi Tarik Labu Goreng

Inilah hasil Mi Tarik Labu (150 gram). Cukup makan berdua dengan Encik Suami. Terima kasih Mama Cella yang sering kongsi resipi mi tarik. Dah merasa sekali, rasanya akan masak berkali-kali lagi selepas ini.

14 ulasan:

  1. Ini umpama umpama menarik rambut dalam tepung.... eh menarik mee dalam kuali.... hehehe

    BalasPadam
  2. Ini kes terjebak jugak la ni kan kak amie..SA dah beli jenama Mak Cella share tu...so....tunggu weekend ni SA nak buat...nanti SA share okeh...

    BalasPadam
  3. Rasanya saya pernah nampak mi tarik Fatboi ni. Tapi tak berani nak cuba. Ni kak Amie dah kata sedap, bolehlah nanti mencuba.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. menariknya mee tarik labu tu kak, nak cari jugak lah nanti...

    BalasPadam
  6. Kalau mee thai thong sama tak. Pun kena rebus juga tersuka masa pi brunei kawan brunei masak macam mee goreng. Sedap sebab kenyal-kenyal gitu rasanya

    BalasPadam
  7. Tu la saya pun x berani nk cuba mi tarik yg lain setelah cuba makan mi tarik warisan, sy kurang gemar texture mi tarik ni

    BalasPadam
  8. Alamak, lain kali saya pergi pasaraya, nak belek-belek la jugak, bahagian mee kering. Mana tahu, boleh terbuka hijab jugak, terjumpa mee tarik. :D
    Tak pernah perasan la, akan kewujudan mee macam ni. Terima kasih, Amie, share resepi. :)

    BalasPadam
  9. Nanti saya pun nak cari. Insya Allah. Ganti mi kuning

    BalasPadam
  10. Hahaha...sampai terbuka hijab..
    mee cikgu Amie lagi sedap ni..penuh rencah udang bagai..mai sepinggan..

    BalasPadam
  11. Terima kasih share resipinya :) ada masa nak cari la mi tarik ni.

    BalasPadam
  12. ammi pun sama terjebak dengan entry mamacella...beli brand yg sama dengan kak Amie sbb tak jumpa brand yg mamacella guna tu.

    BalasPadam
  13. Alahai sedaonya POS sikit kat Shah alam kak hihii

    BalasPadam