Pages

Selasa, 2 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (8) : Roti Telur

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak sibuk, tapi awal pagi masih sempat buat roti telur. Bawakan bekal untuk Firdaus sekali. Kalau roti telur memang suka sangatlah budak kecil itu makan. Siap bawakan sos  cili dan jejari ayam. Balik sekolah petang tadi, dia minta gorengkan lagi jejari ayam. Pandai Firdaus balut jejari ayam dengan daun salad, dan digulung dengan roti.

Kita pun bawa bekal roti telur juga. Saladnya pula campuran romaine lettuce dan yumak, tambah isi udang rebus gaul dengan sos kewpie dan hias dengan tomato ceri. Tidak ketinggalan buah-buahan seperti limau sunkist, pisang kaki (persimmon)dan ceri.

Bekal Sarapan (8)


  • Roti Telur
  • Salad : Yumak & Romaine Lettuce + Udang + Ceri
  • Buah : Limau Sunkist + Pisang Kaki + Ceri 

    Roti Telur 

Salad & The Gang

Buah Limau Sunkist + Pisang Kaki + Ceri 






10 ulasan:

  1. tengok menu salad tu terasa macam nak diet gitu...very healthy.
    dulu masa kecik suka juga roti telur goreng gitu...tp sekarang ni tak boleh dah makan. ammi prefer roti salut telur pastu fry je atas pan with butter sikit..

    BalasPadam
  2. Wak tak pernah beli buah pisang kaki

    BalasPadam
  3. sihat dan lengkap kak... kenyang pun iya jugak

    BalasPadam
  4. Teruja betul tengok sarapan kak amie ni la...warna warni kehidupan

    BalasPadam
  5. Eh, baru semalam buat roti telur ni :)
    Tapi, tak lengkap mcm Kak Amie, ada salad & buah-buahan :)

    BalasPadam
  6. yg penting buah buahan tidak dilupa!

    BalasPadam
  7. Roti telor, saya pun suka! :)
    Lama tak makan buah pisang kaki.

    BalasPadam
  8. Menarik betul bekalnya...
    Setiao hari berazam nak bawa bekal sihat...tapi sokmo bekal berat🙈

    BalasPadam
  9. Lengkap penuh nutrisi bekalannya Tu kak

    BalasPadam
  10. Jimat masa buat bekal sekali bersama bekal Firdaus.

    BalasPadam