Pages

Isnin, 1 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (7) : Nasi Goreng & Ayam Panggang

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini balik lewat sedikit kerana kena hadiri mesyuarat . Bawa bekal berat, nasi goreng dengan ayam panggang air fryer. Tidak ketinggalan salad dengan kombinasi yumak, butterhead lettuce, potongan avokado dan tomato ceri. Penyerinya sama saja seperti biasa, taburkan bijan hitam. Tak bubuh kuah salad @ salad dressing. Walaupun hitam nampak menawan....ahaks! Hirisan buah tidak dilupakan. Kita susun potongan rockmelon. Buah kiwi pula diapit oleh buah aprikot. Untuk timbulkan keceriaan, selitkan buah ceri beberapa biji.

Pagi ini sarapan agak lewat kerana menghadiri perhimpunan dan terus masuk kelas. Waktu rehat barulah dapat isi perut.

Bekal Sarapan (7)

  • Nasi Goreng & Ayam Panggang Air Fryer
  • Salad : Butterhead Lettuce & Yumak + Avokaco + Tomato Ceri
  • Buah : Rockmelon + Kiwi + Aprikot + Ceri

Nasi Goreng & Ayam Panggang Air Fryer

Salad & The Gang

Buah : Rockmelon + Kiw i + Aprikot + Ceri


Bersama rakan-rakan di waktu rehat. Sementara menunggu pesanan makanan masing-masing sampai ke meja, tangkap gambar dulu dan makan buah. Pinjam ayat Wak Warisan Petani : Selamat menjamu selera!

22 ulasan:

  1. Sedao betul buah2 tu semua .SA plak stock buah xde kat rumah .ada pun buah orange..tgok la esok bawak kalau rajin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie suka tengok susunan buah warna-warni.

      Padam
  2. hari ni wak pun sarapan nasi goreng.
    Kerja meracun rumput kat dusun.
    Buah petik kat pokok aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Wak ada dusun buah. Nak makan petik aje ye Wak.

      Padam
  3. sedapnya bekalan akak tu.... lengkap dengan lauk dan buah-buahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka saja Dana, nak bagi ceria di kala sarapan pagi.

      Padam
  4. Lapar tengok ni, Kak Amie. Hari ni kita belum sarapan, cuma minum secangkir kopi o panas. Lupa beli roti semalam, hihi.

    BalasPadam
  5. Sentiasa tak mengecewakan koleksi bekal Kak Amie ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH. Moga rakan-rakan maya dapat idea untuk bawa bekal ke tempat kerja.

      Padam
  6. Menyelerakan ar bekal cikgu tu. Btw, air apa yang dalam botol mineral tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bukan air. Kami beli sambal siam dari tukang masak kantin. Dia masukkan dalam botol mineral hehehee.

      Padam
  7. Nampak sedapnya salad dengan campuran avocado tu...nyam nyam nyam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan ramai-ramai tambah sedap Mama Cella.

      Padam
  8. era saya nak makan makanan sebegini dah berlalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kenapa pula ye. Mungkin boleh disambung semula?

      Padam
  9. Menyelerakan bekalan yang dibawa.
    Yumak tu saya tak tau, terus buat carian. Sejenis salad juga rupanya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, macam-macam jenis salad. kadang-kadang saya pun tak tahu namanya.

      Padam
  10. Manalah Puan Amie cari salad macam yumak dan butter head ya? Macam tidak pernah nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yumak tu banyak dijual di pasar sayur. Butter head tu biasanya di pasaraya.

      Padam
  11. Bagus menu yang berwarna-warni, membangkitkan selera!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Timbulkan keceriaan di awal pagi.

      Padam