Pages

Sabtu, 13 Ogos 2022

Kudapan dari Tanah Suci

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengahari tadi Encik Suami bawa pulang kudap-kudapan berupa kacang-kacangan, kurma dan manisan. Katanya, kakak ipar yang beri. Alhamdulillah, dapat lagi oleh-oleh kudapan dari tanah suci. Sewaktu kakak ipar hendak terbang dari Kota Kinabalu ke Tawau melalui penerbangan AirAsia, ada sedikit masalah. Katanya lupa hendak beli berat bagasi tambahan. Berat bagasi perlu dibayar melebihi RM1,000.00. Jadi, alternatif lain yang dicadangkan ialah dengan menggunakan khidmat kurier. Tidaklah sampai bayar begitu banyak! Tapi, lewat sedikitlah akan sampai bagasinya. Barangkali inilah di antara isi di dalam bagasi tersebut.

Kacang-kacangan, kurma dan manisan.

Kacang-kacangan.

Manisan.

Kurma.


Terima kasih atas ingatan kakak ipar. Dapatlah merasa serba sedikit kudap-kudapan dari Tanah Arab. Jauh perjalanannya.

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Dapat merasa kudapan dari tanah suci

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah . Sekali sekala dapat makan kudapan dari tanah suci ni memang sedap kan .

    BalasPadam
  3. Sedap2 semuanya. Kena makan sampai habis tu Amie.

    BalasPadam
  4. Kudapan yg paling sy suka ni, Kak Amie lagi2 jika datangnya dari sana.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah kudapan rezeki dari tanah suci

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah merasa rezeki dari Tanah Suci. Semoga murah rezeki kakak ipar tu.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semoga kakak ipar cikgu dikurniakan haji yang mabrur.
    Walaupun semua tu ada dijual di Malaysia...Tapi bila dapat makan kacangan dan buah-,buah kering yang dibawa balik jemaah haji ni feel dua lain kan...

    BalasPadam
  8. Murah2 je ni kat sana... boleh campur2

    BalasPadam
  9. Aahhh rindu dengan kacang2 dan coklat Arab nih. Tapi lebih rindu ke tanah suci lagi 😄😊

    BalasPadam
  10. Memang seram kalau terlebih bagasi. Tapi biasa orang balik dari Mekah memang begitu. Niat hati nak menjamu keluarga di tanah air sampai lupa timbang beg

    BalasPadam
  11. Banyak juga tambahan berat kena bayar!
    Apapun alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Suka makanan sunah dan kekacang kalau dapat.

    BalasPadam
  12. sekarang macam-macam coklat dah kan kak , kurma pun pelbagai jenis kalau dulu-dulu kacang putih tu, buah tin kering, kurma antara ole-olenya

    BalasPadam
  13. Syukur..musim- musim orang balik dari Haji dan Umrah ni..merasa jugak kita kudapan dari Tanah suci

    BalasPadam