Pages

Isnin, 15 Ogos 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Bandar Tabanak Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah dapat bersua di pagi nan ceria. Hari ini kami cuti peristiwa setelah seminggu tujuh hari bekerja. Awal pagi tadi ikut Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Kemudian kami singgah sarapan pagi di Kedai Makan dan Minum Fazriana Padaidi di Bandar Tabanak. 

Sama-sama memilih bihun goreng tetapi Amie pilih bihun goreng putih, Encik Suami pilih bihun berkicap.


Kami pesan lemon panas tanpa gula. Bersama bihun yang kami nikmati, dihidangkan juga semangkuk kecil sup kosong.


Minggu lepas kami sempat singgah di sini juga untuk makan tengahari. Banyak lauk-pauk yang boleh dipilih tetapi mata dan hati hanya terpaut ikan goreng dan kerabu mangga. Sedap sangat kerabu mangganya! Kalau tambah lauk lain, tak dapatlah hendak menikmatinya sepenuh hati dan sepenuh selera jiwa dan raga.... ahaks!

Sebelum itu tuan kedai pilihkan kita ikan bahagian ekor, penuh isinya tapi kita nak bahagian kepala. Bila makan, baru sedar kepalanya saja yang besar! Kita sudah terpandang ikan bolu masak pindang. Jadi, kita pun minta Encik Suami pesan tambahan ikan bolu pula. Sekali lagi tuan kedai tanya nak bahagian mana? Encik Suami pun tanya kita nak bahagian mana pula? Kita kata nak kepala!


Datanglah semangkuk kecil kepala ikan bolu ke meja kita! 
Kepala lagi.
Eh  balik-balik kita minta kepala.
Sebenarnya kita suka kepala ikan ke?

17 ulasan:

  1. Selamat menjamu selera
    Wak pun suka bahagian kepala ikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ada beza rasa bahagian kepala dengan ekor ye Wak.

      Padam
  2. Saya lebih gemar bahagian ekor. Sedapnya kerabu mangga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian ekor banyak isi. Ya, sedap kerabu mangga tu. Rasa nak ulang makan di situ.

      Padam
  3. Saya pula suka bahagian ekor..tapi tak mau yang saiz besar dan banyak sangat isi.

    Mihun goreng tu dimakan bersama apa ya? Nampak macam keropok lekor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua jenis tu Ujie. Yang di depan (bawah) gulungan kulit tauhu atau ngoh hiang. Isinya daging ayam cincang dan udang. Yang atas macam selinder tu yang serupa keropok lekor tu isi ikan juga, rasa macam fish cake.

      Padam
  4. Dulu saya tak suka kepala..Tapi sejak dok beli kepala ikan salmon(sebab nak beli isi mahalšŸ¤£)Dah tersuka kepala ikan lain pun.Paling suka korek whole matanya yang lembik berlemak tu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai.... ada kawan suka korek mata ikan!

      Padam
  5. akak apa yg dekat dengan mihun goreng tu? macam sosej ke fish kek? menggoda no nengok rupanya tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dibawahnya tu ngo hiang atau gulungan kulit tahu, di dalamnya campuran ayam dan udang. Yang atasnya tu macam fish cake tapi bentuk selinder. Sedap tu Dana.

      Padam
  6. Kepala ikan memang sedap. Sedapnya kerabu mangga

    BalasPadam
  7. kepala ikan bagian terlezat dari ikan..mbul harus banyak belajar dari kak amie bagaimana mengolah kepala ikan yang lezat ^^

    BalasPadam
  8. Saya pun suka kerabu mangga. Betul lauk lain jangan ambil nanti hilang rasa kerabu.
    Hehe saya suka ekor. Kepala tidak banyak isi.

    BalasPadam
  9. SA suka kepala ikan..x kisah la ikan apa...part kepala memang SA suka..nak- nak masak kari...uiiiii sedapnyaaa

    BalasPadam