Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah masih berkesempatan menyediakan bekal sarapan pagi yang ringkas, namun diharapkan dapat menceriakan permulaan hari pada setiap pagi. Kali ini Amie kongsikan bekal Mi Kolok dengan Fucuk Ketam (Ngor Hiang), iaitu isi ketam dan bahan campuran lain seperti lobak, sengkuang dan cendawan dibalut dengan fucuk atau kulit tauhu. Saladnya pula terdiri daripada caipira batavia lettuce dan lalique crystal lettuce, digaul dengan sos kewpie bersama hirisan chicken pepperoni dan taburan buah blueberi serta tomato ceri. Sempat hiris buah kiwi dan potong buah pir.
|
Bekal Sarapan Pagi (19) |
- Mi Kolok Fucuk Ketam
- Salad: Caipira Batavia & Lalique Crystal Lettuce +Chicken Pepperoni + Blueberi & Tomato Ceri
- Buah : Pir & Kiwi
|
Mi Kolok Fucuk Ketam |
|
Salad & The Gang |
|
Buah : Pir + Kiwi |
sedapnya menu srapan akak lengkap segala nutrien dan vitamin
BalasPadamTerima kasih Dana. Moga terus istiqamah sedia bekal sarapan pagi yang memenuhi gizi seimbang.
PadamYa allah..dah la fav SA mee kolok...best betul nampaknya tu...
BalasPadamSA suka mi kolok ye. In syaa Allah, nanti dapat merasa lagi.
PadamKalau lah dapat masuk dalam post ni...Saya nak makan salad dengan mee kolok tu..hihihi
BalasPadamSaya pernah cuba masak mee kolok tapi sayang lepas rebus meenya jadi melekit..Mungkin sebab saya tak reti nak masak dengan cara yang betul
Cuba lagi Mama Cella. Mana tahu nanti menjadi, tak melekit.
PadamDi Sabah pun ada mi kolok ye.
BalasPadamAda. Selalu juga makan mi kolok di kedai.
Padampernh mkn mee kolok masa outstation dlu2 ke sarawak
BalasPadamMemang mi kolok sangat terkenal di Sarawak.
Padamkak ana teringin sungguh nak makan mee kolok ni Amie, bila nak dapat rasa entahlah.. :)
BalasPadamIn syaa Allah, ada rezeki makan mi kolok nanti.
PadamLama tak makan Mee Kolok. Teringin pulak nak makan Mee Kolok bila tengok post Kak Amie, ni.
BalasPadamTak lama nanti dapatlah jamah mi kolok. Kena zikir selalu SK, kata Mama Cella hihihiii.
PadamTeringin nak masuk dapur dan pantry kak Amie. Mesti penuh stok makanan
BalasPadamTidaklah banyak stok makanan, sekadar cukup untuk makan seminggu kemudian tambah lagi terutama sayuran berupa salad dan buah-buahan (wajib ada).
Padammenariknya bekal dia.... boleh buat untuk anak2 bekal sekolah ni...tapi kena ganti pucuk ketam dengan benda lain...anak no.2 kita tak boleh makan seafood...kesian cikgu nanti kalau bengkak muka kat sekolah.
BalasPadamOooo... alergik seafood. Tak apa, banyak pilihan lain boleh dimakan.
PadamNampak macam mee kicap.. teruja pula nak cuba.. hehehe..
BalasPadamYa Sha. Macam mi kicap, simple saja.
Padamterbaik bekalnya
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
Padam