Pages

Rabu, 10 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (14) : Tempe Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Bawa bekal apa ke tempat kerja? Sesekali jom bawa bekal tempe goreng. Tempe mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai vitamin. Amie lebih menggemari tempe yang dihiris tebal dan digoreng salut tepung. Apabila dimakan, merasalah isi tempenya dan mengenyangkan. Untuk bekalan sarapan pagi Amie hanya celupkan hirisan tempe ke dalam bancuhan Tepung Goreng Rangup Serbaguna BESTARI dan kemudian goreng hingga kuning keemasan. Tak payah susah-susah hendak buat adunan bubuh pelbagai macam bahan perasa lain.

Turut mengiringi tempe goreng, Amie gandingkan dengan salad yang terdiri daripada butterhead dan green coral lettuce, ditemankan dengan hirisan avocado dan jagung serta tomato ceri. Amie juga tambahkan thousand island dressing. Untuk tambah meriahkan permulaan hari, Amie susunkan buah anggur hitam bersama hirisan rockmelon dan kiwi.

Bekal Sarapan Pagi (14)

  • Tempe Goreng
  • Salad : Butterhead + Green Coral Lettuce + Avocado + Jagung + Tomato Cari
  • Buah : Anggur Hitam + Rockmelon + Kiwi

Tempe Goreng

Salad & The Gang

Buah : Anggur Hitam + Rockmelon + Kiwi


19 ulasan:

  1. Sy suka tempe goreng. Betullah, ada tepung goreng bestari dah tak perlu bersusah-susah. Kita hari2 makan tempe goreng celup tepung dari kantin kak sab, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat dengan mudah, buat apa susah-susah kan SK.

      Padam
  2. Sedapnya tempe goreng salut tepung. Mak saya selalu buat dulu-dulu, tapi kat rumah skrg ni saya sorang je makan tempe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, saya pun seorang saja yang makan tempe di rumah.

      Padam
  3. Wah...
    Macam nugget la tempe tu..sedapnya lahai bekal cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... betul betul! Naik dah saham tempe.

      Padam
    2. Lepas komen,terus gagau peti ais cari tempe..terliur..
      saya pun masak tempe hari ni.taoi jadikan lauk la🤭

      Padam
  4. Balasan
    1. Di LD tempe dijual dalam bentuk selinder Ujie. Bila dipotong itu yang jadi bulat.

      Padam
  5. dana ingat nugget atau tauhu telur goreng kak rupanya tempe goreng, comel

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah makan tempe celup tepung. Boleh cuba lain kali. Biasanya, makan tempe yang goreng macam sambal jawa tu. Tapi tempe goreng rangup, memang sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ye Nur. Makan cecah dengan sambal kicap. Sodap!

      Padam
  7. tempe goreng tu.. Pergh!! Kenyang tu kalau makan dia saja..

    BalasPadam