Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini memang sudah agak jarang masak untuk hidangan tengahari dan malam di rumah. Banyak kali menghadiri pelbagai mesyuarat dan balik agak lewat. Kadang-kadang makan di kantin, dan kalau sudah jemu makan menu yang sama setiap hari, kami beralih angin ke warung berhampiran pula. Sesekali kalau terlewat bangun pagi, singgah saja di warung bersebelahan taman perumahan untuk beli alas perut seperti kuih, nasi kuning atau bihun goreng.
Jika ada masa, selepas bekerja kami singgah di warung bakso. Masing-masing dengan pilihan bakso kegemaran. Kemudian sama-sama merenung bakso yang pelbagai, dan sama-sama ketawa. Entah apa yang kami ketawakan! Bukan nampak lucu juga bakso kami. Tapi, itulah antara kenangan mengusik jiwa di kala perut sedang meronta minta diisi.
Maka, meratahlah kami dengan apa yang ada di hadapan mata. Kalau kami datang berempat, nampak sungguhlah beza pilihan kegemaran makanan kami!
Mangkuk bakso ini isinya bulat-bulat semua! Oh, ada satu bentuk persegi, entah apa namanya. Ini Jusna empunya mangkuk bakso.
Yang ini pula pelbagai rupa bentuk isinya. Nampak sungguh tamak pemilik mangkuknya! Dari kaki ayam, pentolan, tauhu, wantan dan kulit ayam goreng crispy! Boleh teka siapa tuannya?
Yang ini pun jenis pilih yang bulat-bulat tapi terlindung di bawah mangkuk itu, kulit ayam goreng crispy. Ini mangkuk Nano.
Yang ini tak banyak pilihan. Agaknya tuan mangkuk, Azinni tak suka meratah pelbagai aksesori bakso. Tak sampai berapa minit kami makan, datang semangkuk kulit ayam goreng crispy! Rupanya Azinni memesan kulit ayam yang baru digoreng. Wah, kalah hantu bakso!
Biasanya kalau ada mesyuarat atau balik lewat, jika ada masa Amie minta Encik Suami temankan makan di warung. Apabila datang lewat, sudah tentulah banyak lauk sudah habis. Yang tinggal hanyalah singgang atau pindang ikan.
Kepala Ikan Tuna Masak Pindang. |
Sedap juga dapat hirup kuah kepala ikan tuna masak pindang.
Nasi campur sayur bunga betik. |
Ada suatu hari, Amie nampak sayur bunga dan pucuk betik. Tuan punya kedai sendukkan ke dalam pinggan. Tak banyak. Seco'et saja. Kalau nak makan sayur bunga betik puas-puas, baiklah masak sendiri di rumah.... ahaks!
Kadang-kadang Encik Suami bawa kita makan nasi ayam.
Namun begitu, banyak kalilah kami singgah di warung nasi campur saja.
Yang penting perut boleh diisi.
Balik rumah, tak perlu kelam-kabut masuk dapur untuk masak.
Istimewanya, setiap warung nasi campur yang kami singgahi sudah tentulah hidangkan bersama semangkuk kecil sup kosong yang panas berwap. Bayangkan, cuaca panas terik, hirup sup panas. Keluar peluh membasahi dahi. Aduhai! Walaupun cuaca panas, hirup sup panas tapi wong Jowo boleh kata : Segeerrrr!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNampak sedap bakso tu kak...yang ada kaki ayam tu pilihan SA la tu...tiber ada kulit ayam crispy...eh....kalau SA ni mmg leka la meratah ni
BalasPadamItulah SA... dah ada di depan mata masing-masing ketawa melihat pilihan kegemaran.
Padamgeram nengok mangkuk bakso yg ada pelbagai lauk sampingan tu kak oi.... bila dah lapar semua rasa dan nampak sedap kan... aduh sedap nengok kepala ikan dan nasi ayam akak tu
BalasPadamLeka meratah aksesori pilihan sambil hirup sup.
Padamngences tengok bakso tu...ada gorengan lagi...yummy!!
BalasPadamMemang sedap ni... kalau boleh selalu nak ulang datang makan.
PadamSedapnya....
BalasPadamSeronok kalau dapat "gantung periuk belanga...& makan bertukar-tukar gerai..
Balik dah boleh mandi dan berehat santai tanpa serabut fikir nak masak apa..
Betul tu Mama Cella. Sayangnya selalu keluar makan tengah hari agak lewat, jadi banyaklah lauk-pauk dah habis. Tinggallah saki bakinya saja.
PadamAlhamdulillah. Bila badan sihat, makan apa pun sedap. Terliur tengok bakso tu. lama tak makan
BalasPadamKan Sal... nikmat sihat memang tidak ternilai.
Padamramainya bakso
BalasPadamnampak sedap2 belaka
Ramai Wak...yang makan pun ramai.
PadamSama banyak makan luar terutama waktu sarapan dan puasa. Kami bertiga di rumah. Jadi makan luar boleh pilih.
BalasPadamHehe saya tidak suka aksesori banyak-banyak. Bakso selalu bebola itu kan? Tidak pernah pula dapat kaki ayam.
Bakso tu bebola daging. Entah kenapa hanya dipanggil bakso sedangkan dalam mangkuk ada mi atau bihun dengan kuah sup.
PadamPelik, di saat Kak Amie pergi dari warung ke warung, sy pulak lebih suka memasak di rumah. Ni macam dah terbalik, hihi.
BalasPadamWaktu sibuk memang berkunjung warung ke warung. Waktu lapang terperuklah di dapur sorang-sorang hihihihiiii.
Padam