Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak membawa bekal dengan melebihkan serat seperti salad dan buah-buahan, Alhamdulillah perut sudah biasa menerimanya, dan menjelang tengahari tidaklah meronta-ronta untuk mencari nasi. Buah-buahan yang Amie bawa, boleh dijamah di awal pagi, dan jika ada lebih boleh dijadikan snek waktu rehat. Kadang-kadang Amie makan salad sahaja di awal pagi sebelum masuk ke kelas. Salad yang mengandungi telur rebus mampu membekalkan tenaga sehingga waktu rehat. Sementara menunggu waktu berikutnya untuk sambung PdPc, bolehlah jamah bekalan lain. Pendek kata, bekalan yang dibawa sudah lebih dari cukup hingga ke tengahari dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan.
Kali ini Amie kongsikan menu sarapan pagi yang terdiri daripada Macaroni Goreng Pedas Sos Carbonara & Chicken Pepperoni bersama salad dan buah-buahan. Amie ubahsuai macaroni goreng pedas mengikut citarasa sendiri. Gabungan salad pula merupakan campuran Duende Romaine Lettuce ditambah hirisan avocado, kobis ungu dan jagung. Amie tuangkan sedikit Kewpie Roasted Sesame Dressing sebagai perasa. Untuk memeriahkan lagi bekalan, Amie susunkan buah pir, tembikai madu dan buah kiwi.
|
Bekal Sarapan Pagi (18) |
- Macaroni Goreng Pedas Sos Carbonara & Chicken Pepperoni
- Salad: Duende Romaine Lettuce + Avocado + Kobis Ungu + Jagung
- Buah : Pir + Tembikai Madu + Kiwi
|
Macaroni Goreng Pedas Sos Carbonara & Chicken Pepperoni |
|
Salad & The Gang |
|
Buah : Pir + Tembikai Madu + Kiwi |
pasta mmg sedap...selalu beli piza topping pepperoni..cukup bekas tupperware 3 beradik..hihi..
BalasPadamTambah cantiklah tupperware isi warna-warni kan. Rasa nak pandang saja, sayang nak makan hahahahaa!
PadamBento yang menarik
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamSedapnya bekal kak Amie..
BalasPadamJemput Sue.
PadamSihat sungguh gini..lengkap semua keperluan nutrisi.
BalasPadamSaya pun suka Kewpie Roasted Sesame Dressing tu, sedap. Sekarang ada Kewpie Roasted Sesame Yuzu. Lebih sedap.
Saya belum cuba Yuzu. Nanti nak cari juga. Terima kasih Ujie.
Padammantap kak... rasa lapar pulak nengok menu akak tu
BalasPadamMari Dana... sama-sama meriahkan sarapan pagi.
PadamTengok bekal orang semua nampak sedap...tapi diri sendiri tak selera nak makan
BalasPadamIn syaa Allah. Nanti kembali semula selera makan SA.
PadamWow meriah nya kak... Syiok klu dpt bawa bekal gi opis tp klu sejenis yg mls nak prepare pepagi cam sy ni ahhaha alamatnya terpaksa la membeli je kat cafe
BalasPadamHehehee... kalau masalah itu, tak dapatlah den nak nolong eh.
PadamKagum jugak, kat mana Kak Amie dapat inspirasi bekal tiap2 hari ni? Keep it up!
BalasPadamMemang selalu bawa bekal, jadi sudah terbiasa sediakan di awal pagi. Yang penting bahan sudah tersedia, hanya perlu suaipadankan sahaja mengikut citarasa dan selera. Dapatlah hasilnya yang pelbagai warna.
Padamhealthy sgt bekalan nya...
BalasPadamTerima kasih Mummy Ayu.
Padambekal berkhasiat
BalasPadamYa, in syaa Allah Kak PI.
PadamSalad dan buah-buahan sentiasa manarik dan bewarna-warni...suka tengok ,
BalasPadamItulah taman selera di pagi hari hihihiiii.
Padamrasanya saya kena tambahkan serat dalam makanan. asyik lapar je lately. teruk betul
BalasPadamBanyak kerja kot Sal.
PadamSaya dah dua hari berturut makan pasta ni, Kak Amie. Hihi.
BalasPadamSedap makan pasta kan SK.
Padam