Pages

Sabtu, 27 Ogos 2022

Acar Peria & Sup Ceker dengan Longan Kering

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa agaknya hidangan tengah hari tadi ye? Kami makan nasi bungkus, agihan dari sekolah Firdaus. Ada gotong-royong di sekolahnya, dan kebetulan sekolah Amie pun ada aktiviti Karnival STEM. Jadi Encik Suami ikut serta ke sekolah Firdaus, kita ke sekolah sendiri. Kami pulang bersama-sama. Sampai rumah buka bungkusan nasi dan jamah bersama. Tak perlulah masak lagi.

Hidangan tengah hari kali ini merupakan cerita kelmarin. Siap masak nasi, Amie terus ikut Encik Suami ambil Firdaus di sekolah. Seperti dua hari sebelumnya, Encik Suami turunkan Amie di Taman Katak @ Taman Bandar. Hasrat di hati hendak jalan-jalan keluarkan peluh sebanyak 10 pusingan, nak bagi cukup 6 kilometer. Selesai pusingan tujuh, kita teruskan perjalanan ke sekolah Firdaus. Jadinya hanya dapat 4.2 kilometer pusing taman dan tambah 2.3 kilometer jalan kaki ke sekolah Firdaus. Berpeluh-peluh jugalah jalan-jalan sejauh 6.5 kilometer.

Sampai rumah, sama-sama makan nasi. Petang kelmarin Amie masak sup kaki ayam, tambahkan labu air dan segenggam longan kering. Kami suka sup yang ringan, tanpa rempah-rempah. Encik Suami pula meratah habis acar peria. Amie goreng ikan talapia dan tuang sambal belacan tumis petai.

Hidangan Tengah Hari


Ikan Talapia Sambal Belacan Tumis Petai

Sup Ceker dengan Longan Kering.

Sewaktu anak-anak masih kecil, susah sangatlah mereka nak makan sayur. Biasanya Amie renihkan sup dengan campuran labu air dan longan kering. Apabila sup sudah masak, tidaklah ada rupa labu air sebab semuanya hancur bersama kuah sup. Rasa kuahnya pula sangat sedap, dengan campuran longan kering. Jadi  anak-anak pun hiruplah kuah semangkuk seorang. 

Bahan-bahan:
  • 400 gram kaki ayam - bersihkan - potong 2-3
  • segenggam longan kering
  • 400 gram labu air - kupas kulit (Amie tak kupas kulit) - potong ikut saiz yang digemari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 1.5 liter air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan ke semua bahan kecuali garam / perasa pilihan.
  3. Biarkan mendidih selama 10 minit.
  4. Kemudian kecilkan ai dapur.
  5. Renih sehingga kaki ayam empuk.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Acar Peria

Acar peria ini merupakan menu kegemaran Encik Suami. Kalau ada mangga muda, Amie campurkan sekali dengan peria. Kali ini Amie tambahkan hirisan timun.Cilinya pula Amie hiriskan cili merah dan letakkan cili padi. Kalau nak rasa lebih pedas, sewaktu makan bolehlah picit cili padi tersebut.

Bahan-bahan:
  • 300 gram peria - belah 2 - buang empulur - hiris nipis
  • 200 gram timun jepun - be;ah 2 - hiris nipis
  • 1 tangkai cili merah - buang biji - hiris
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 biji bawang merah - kupas kulit - hiris
  • gula pasir secukupnya
  • 1.2 sudu kecil garam
  • 7 biji limau kasturi - ambil jusnya
Cara:
  1. Tambahkan satu sudu kecil garam ke atas hirisan peria, Ramas-ramas sehingga keluar air. Cuci dan ramas, kemudian perah peria tadi.
  2. Campurkan dengan kesemua bahandi atas.
  3. Gaul ratas.
  4. Biaran sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dihidangkan.


Jemput makan.
Firdaus hirup kuah sup, ratah kaki @ ceker ayam dan makan ikan talapia goreng sambal. 


Bismillah.
Jumpa lagi.

11 ulasan:

  1. Bagus juga galakkan anak makan sayur dengan masak sampai hancur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatlah juga sedikit zat masuk badan walaupun dalam bentuk sup.

      Padam
  2. Menariknya hidangan sihat ni...Terbayang pula rasa sup tu adakah seperti air winter melon brand yeo's tu..saya suka sangat rasa air winter melon..
    Acar peria tu selalu juga nampak cikgu post..tapi saya belum pernah try..Sebab selalu lupa..bila dah cikgu upload baru ingat semula..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Winter melon tu air kegemaran Iman. Rasa macam gula melaka kan.

      Padam
    2. Kirim salam kat Iman. Kita gang sebab kita pun hantu air winter melon!

      Padam
    3. Mama Cella, trylah acar peria. Boleh tambah bahan lain seperti mangga atau rumpai laut.

      Padam
    4. in sha Allah nak try juga nanti...Dah banyak umur ni kena makan banda2 pahit dah🤭

      Kita geng...Cikgu Amie...& Iman...hihihi

      Padam
  3. Kak Amie, inilah lauk yang boleh membocorkan periuk nasi, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, kalau dah bocor boleh tampal semula hahahahaa.

      Padam
  4. Uwaaaaah, pare (Paria) saya biasa ditumis pedas. Belum pernah dibuat acar begitu kak Amie. Nampaaak sedaap. Karena saya sukaaa sangat pare. Pahitnya pun saya suka. Di beberapa daerah, malah pare dimakan mentah, sebagai sayur lalapan, terutama orang Bandung. Dan dimakan dengan sambal.

    Tapi saya nak coba resep pare acar di atas kak . Pasti segar kalo dicampur mangga

    BalasPadam
  5. SA terpikat plak dengan labu air tu...nak beli la nanti...masak sup kaki ayam macam ni kan....mesti sedap ni..terliur SA tengok

    BalasPadam