Pages

Selasa, 9 Ogos 2022

Bubur Asyura Versi Cocos

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat Asyura pada hari ini. Waktu berbuka puasa di LD dijadualkan pada pukul 6:22 minit petang.

Cerita tentang Asyura, semalam ada majlis doa selamat di kampung, di rumah adik ipar. Kami balik dibekalkan bubur Asyura. Lama sungguh tak makan bubur Asyura. Bonda kita kata kenapa tak buat bubur Asyura? Kita kata, kita sudah terlupa resipi bubur Asyura yang biasa Bonda masak! Aduhai... ketawa besar Bonda kita!

Bubur Asyura Versi Cocos lebih kurang seperti bubur Asyura yang Bonda kita masak, menggunakan beras dan cair. Namun begitu yang membezakannya, Bubur Asyura Versi Cocos banyak menggunakan ubi-ubian selain daging ayam. Antaranya seperti kentang, lobak merah, jagung, ubi keladi dan pelbagai jenis ubi rambat atau ubi manis. Ubi rambat atau ubi manis ialah nama lain bagi ubi keledek. Seingat Amie MIL akan masukkan leek. MIL akan bubuh lebih lada putih. Apabila kita makan, terasalah pedasnya lada putih dalam bubur.

Bubur Asyura Versi Cocos.


Jika boleh 'menyelam' ke dalam Bubur Asyura Versi Cocos, akan terlihatlah pelbagai macam bahan di dalamnya. Meriah!

16 ulasan:

  1. Dulu masa kecik2 selalu jiran sedekahkah bubur Asyura pada hari Asyura. Masa darjah 2 ada org sedekahkan bubur asyura di sekolah, satu sekolah merasa bubur Asyura tu. Semoga sedekah jariah jiran2 dan dermawan sekolah tu jadi asbab dieorg masuk syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya dapat bubur asyura satu sekolah. Makan ramai-ramai.

      Padam
  2. Lain negeri lain versi bubur asyura ni kan
    terasaa kesedapannya twringat ingat pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronokkan dapat rasa macam-macam bubur Asyura.

      Padam
  3. Sedap tu tentu ada kelainan rasa dari asyura biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Kak PI. Dapat merasa kelainannya.

      Padam
  4. Wah..Cikgu mendahului saya masak bubur asyura.
    Menarik la bubur asyura versi cocos ni....Berpeluh ni kalau makan tergigit lada putih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puaslah kepedasan tergigit lada putih.

      Padam
  5. kat sini kariah kami pun buat bubu suro setiap tahun versi jowo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama sungguh saya tak makan bubur suro versi jowo.

      Padam
  6. lebih kurang macam bubur syura johor ye kak, rasa savoury

    BalasPadam
  7. Wah.. satu lagi versi bubur Asyura.. suka tengok perkongsian rakan-rakan blogger mengenai bubur nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah kan Sha. Banyak versinya. Macam-macam boleh rasa.

      Padam