Pages

Isnin, 8 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (12) : Mi Tarik Oats Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 10 Muharam, juga disebut sebagai Hari Asyura. Buat rakan-rakan pengunjung yang menunaikan puasa sunat pada hari ini diucapkan selamat berbuka. Semga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT. Waktu berbuka puasa di LD  petang ini pada pukul 6:23 minit.

Amie kongsikan bekal sarapan pagi yang dibawa pada minggu lepas,, tapi tak pasti hari apa. Ketika itu teruja mencuba masakan mi tarik. Semangat sungguh pagi-pagi menggoreng mi. Jadi, lengkaplah bekal yang dibawa seperti selalu termasuk salad bubuh thousand islad dressing dan juga buah-buahan.


Bekal Sarapan Pagi (12)


  • Mi Tarik Oats Goreng
  • Salad : Green & Red Coral Lettuce + Avocado + Dada Ayam Rebus + Tomato Ceri
  • Buah : Rockmelon + Anggur Hitam + Pisang Kaki
Mi Tarik Oats Goreng

Salad & The Gang

Buah : Rockmelon + Anggur Hitam + Pisang Kaki

19 ulasan:

  1. Macamana Kak Amie plan nak prepare bekal sarapan pagi apa tiap2 minggu? Kagumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie tidak plan secara formal. Cuma, pastikan setiap hari Ahad kemaskini peti sejuk, dan tambah beberapa jenis salad serta buah-buahan. Sarapan berat (karbohidrat) biasanya mi, nasi goreng, roti, kentang dll memang barang dapur yang kena sentiasa ada. Sebenarnya salad dengan susunan serta warna buah itu yang buat sarapan jadi meriah.

      Padam
  2. Dulu2 wak pun bawak bekal pegi kerja
    Tapi mesti hari2 bekal nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bila tiba masa kena buat kelas tambahan sebelah petang, rasanya saya pun nak bawa bekal nasi juga Wak.

      Padam
  3. sedapnya mi tarik dengan udang tergolek-golek tu. waktu saya menaip ni orang di LD dah selamat berbuka puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu buka puasa di sana lewat satu jam dari LD kan Sal.

      Padam
  4. Saya goreng megi saja pagi ni untuk anak bujang..hihihi
    Sukanya salad tuuuu...tapi saya tersalah beli dressing dia..ingatkan olive oil + herb..rupanya cuka + apa entah..omak aiii...masam ya ampun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu megi goreng.
      Takpe, nanti boleh beli yang lain. Tapi sayang sudah dibeli. Boleh tu guna sedikit, sebab masamkan, tambahlah mayonis dll.

      Padam
  5. Alhamdulillah, menu bekal yang menarik dan berkhasiat.

    BalasPadam
  6. lengkap semua vitamin ada, bila lah dana nak rajin macam akak ni hehehhe

    BalasPadam
  7. saya bawak bekal duit je. memang dari dulu malas nak renyah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Bawa bekal sarapan pagi ke tempat kerja itu pilihan.

      Padam
  8. Cukup berwarna-warni.. Memang menarik..

    BalasPadam
  9. Cukup berwarna-warni.. Memang menarik..

    BalasPadam