Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini lewat sedikit pulang kerana hadiri mesyuarat. Sampai rumah terus masuk dapur. Nyahbeku ikan bunak @ tudung periuk @ telinga gajah. Banyaknya nama ikan nan satu ini! Ikan ini dimasak apa pun sedap. Bahagian tepinya berlemak. Akhir-akhir ini Encik Suami suka makan ikan rebus-rebus sahaja. Sebelum jamah nasi, Encik Suami makan buah dahulu. Sayur seperti salad, memang wajib ada dalam hidangannya.
Siaplah hidangan makan tengah hari yang terlewat, merangkap makan malam. Kita pula teringin makan terung goreng belacan. Jadi, ada Pindang Ikan Bunak dengan Terung Goreng Belacan. Cukuplah lauk-pauk untuk disantap berdua dengan Encik Suami.
Hidangan Makan Tengah Hari. |
Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah Masak Pindang. |
Terung Goreng Belacan |
- 1 biji terung taiwan seberat 400 gram - potong ikut citarasa - rendam dalam air sebelum digoreng supaya tidak lebam
- minyak untuk menggoreng
- garam / gula / perasa pilihan
- 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 5 tangkai cili merah
- 10 tangkai cili padi
- 1 sudu besar belacan
Cara memasak:
- Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat. Toskan.
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak gorengan terung di dalam kuali.
- Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
- Tuangkan bancuhan pati asam jawa, garam / gula / perasa pilihan.
- Biarkan sambal mendidih seketika.
- Masukkan terung goreng.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Nasi & Ulam-Ulaman. |
Pindang Ikan Bunak |
Walaupun teringin makan Terung Goreng Belacan, tapi Pindang Ikan Bunak juga yang diterkam terlebih dahulu. Wahai ikan bunak pindang, kenapalah engkau sedap sangat?
aduhai sedap nya kak oi.... sedap hirup kuah pindang ikan tu
BalasPadamunik namanya ikan bunak...lama tk mkn buah betik
BalasPadamsampai 3 namanya..hehe..kt semenanjung ada nama lain kot...nampak iras2 ikan bawal..
BalasPadamTudiaaaaa....
BalasPadamikan tudung periuk pulak...seronoknya dapat makan ikan segar..eh,seronok ke sedap...hihihi
Macam nak terbang pi LD tumpang semangkuk
Pertama kali dengar nama ikan ni Kak :)
BalasPadamNampak segar bugar petai tu, sedapnya!
Menu Kak Ami ni mmg sesuai utk org yg berdiet. Sihat dan sedap!
BalasPadamSuka pindang juga! Kuah kena banjir hehe
BalasPadamnampak macam ikan bawal ikan ni
BalasPadamBetik memang Fav SA...seminggu 2-3 kali mesti makan....ikan telinga gajah ni biasa pak zain buat goreng kicap..nanti kalau dia beli lagi bleh la buat masak pindang
BalasPadamAduh, pelik2 nama ikannya Kak Amie. Jenuh juga menghafal jika perlu ke pasar, hihi.
BalasPadamSekali pandang macam ikan bawal.. hehehe..
BalasPadamsatu ikan, banyak nama..
Sedapnya
BalasPadam