Pages

Ahad, 3 Julai 2022

Jalan ke Kota Belud - Tang Dynasty Lodge

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum meninggalkan Tuaran, kami singgah dahulu di Jalan Sulaman. Harapan di hati mudah-mudahan sudah mendaratlah ketam di gerai-gerai. Rezeki tidak memihak kepada kami. Alang-alang sudah berhenti di situ, kami pun singgah di sebuah gerai untuk menikmati puding kelapa sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Belud.

Pekan Kota Belud


Singgah makan puding kelapa di Jalan Sulaman.


Tak ada ketam, lokan pun dibedal!
Kemudian kami sambung perjalanan ke Kota Belud.



Sebaik sampai di Kota Belud, hujan lebat menyambut kedatangan kami.
Kami daftar masuk di Tang Dynasty Lodge.


Bilik penginapan dua bintang ini tidaklah luas, tetapi bolehlah untuk selesa menunaikan solat. Ada empat biji bantal disediakan.



Firdaus jangan tidur dulu!
Selepas hujan berhenti kita nak jalan-jalan cari makan!

Tempat kegemaran Encik Suami. 
Oleh kerana suhu sejuk dari sebelah petang, malamnya pula kami bancuh milo untuk panaskan badan.




Sterika terletak di luar bilik. Boleh bawa masuk ke dalam bilik bersama iron board sekali.


Hujan telah reda. Kami keluar dari bilik.


Menurut pekerja di kaunter, sekarang ada pasar malam di Kota Belud. Untuk sampai ke sana, boleh jalan kaki sahaja. Pasar malam terletak di hadapan Arked Kota Belud.

Aked Kota Belud

7 ulasan:

  1. nampak selesa walaupun 2 bintang sahaja. Lokan tu..sedapnya

    BalasPadam
  2. Kuyu mata Daus, Seronok campur penat agaknya. Tapi budak kecil, tahunya seronok aje, kan. Tak payah fikir benda lain, hihi.

    BalasPadam
  3. Masuk bilik mesti firdaus posing atas katil .....comel je

    BalasPadam
  4. walaupun hotel 2 bintang tapi nampak selesa biliknya, kalau dekat sini hotel 2bintang alahai asal boleh je kak...

    BalasPadam
  5. Besar dan selesa bilik tu kak amie walau hanya 2 bintang..

    BalasPadam
  6. 2 bintang pun nampak gah juga.
    Rezeki terpijak dapat ke pasar malam.

    BalasPadam
  7. Puding kelapa tu terasa-rasa ja sejuknya lalu kat tekak

    BalasPadam