Pages

Ahad, 3 Julai 2022

Tetamu Yang Tak Diundang

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarik nafas berkali-kali.Walau pun cuti, tetap juga dikejar-kejar.
Kami (individu tertentu) diwajibkan menghadiri  PPGB 2.0 JPNS Fasa 1 Tahun 2022.
Tarikh: 9 Jun 2022 / Khamis
Masa: 9:00 pagi hingga 1 tengahari
Medium : Secara atas talian 
Sasaran: (Disenaraikan )
Kehadiran adalah WAJIB.

Apabila perkataan WAJIB diboldkan, maka SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH  memang kena akurlah, daftar kehadiran walaupun hati mendongkol! 

Firdaus ditinggalkan bersama Encik Suami di kolam renang. Kita balik ke bilik. Kalau hanya mendengar atas talian, memang tertidurlah jawabnya! Bukannya 15 minit tapi dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Baiklah mendengar sambil sambung menanda kertas peperiksaan.

Mula-mula kita duduk di anjung, menanda kertas dan mengikuti PPGB atas meja bulat. Beberapa minit kemudian rasa tidak selesa kerana badan mula berpeluh. Kita masuk dalam bilik. Oleh kerana lampu samar-samar saja, jadi tak jelas pula jawapan dalam kertas yang hendak ditanda. 

Kita pun buka sliding door, campak bantal atas lantai dan bancuh milo panas. Kemudian meniarap atas bantal. Dapatlah menanda kertas dengan selesa sebab cukup cahaya dari luar. Lebih selesa sebab hawa sejuk dari penyaman udara.

Cadangnya sebelum pukul 12 tengahari akan daftar keluar. Ketika itu bolehlah sambung dengar PPGB dalam kereta sampai habis.


Kami memang bawa bekal sendiri milo paket. Bila-bila masa jika teringin minum, bancuh sajalah.


Lebih kurang pukul 10:45 pagi, Encik Suami dan Firdaus masuk ke bilik. Sudah tentu kecut badan Firdaus berendam dalam air!

Tiba-tiba Firdaus berteriak:
Mommy!!!
Mommy apa tu???

Kita pun terkejut mendengar jerian Firdaus. Firdaus tunjuk arah anjung.
Alamak!
Kita yang sedang terkejut terus jadi terkejut beruk melihat seekor beruk sedang memandang kita.


Tak sedar entah berapa lama beruk ini duduk di anjung mengadap kita!
Ya Allah! Syukurlah beruk tak masuk dalam bilik sebab sliding door memang terbuka!


Hei beruk... beruk! 
Inilah dia tetamu yang tak diundang datang menziarahi kita.


Mungkin beruk jinak dan selalu berkeliaran di kawasan resort.
Amie rapatkan sliding door dan mula bersiap untuk daftar keluar hotel.


Tiba masa untuk tnggalkan Nexus Karambunai Resort.







Oleh kerana sukakan persekitaran yang menghijau, Amie paparkan gambar-gambar untuk kenangan di sini.



































Jumpa lagi!

9 ulasan:

  1. Tengah cuti pun suruh kursus.
    Apalah jpn ni
    Nak kasi naik pangkat agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah Wak sejak dunia di hujung jari.
      Tak minat naik pangkat Wak. Tolak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Itulah... sib baik kita dah tua, tidaklah dia terkam kita hihihiii.

      Padam
  3. uihh... besar gak beruk tu.. mujur dia menengok2 je.. ralit kot dok tengok cikgu tanda kertas kat resort.

    BalasPadam
  4. Patutle terkejut beruk rupanya memang beruk....hehehe santai nya dia bagaikan Pengetua membuat spotcheck kat anak buah...buat kerja ke tidak. Cuti pun tak sonang dibuatnya

    BalasPadam
  5. alahai comel jer tetamau tak diundang tu..nasib dia x buat onar ye kak amie...

    BalasPadam
  6. Hehe betul itu asyik tengok Puan Amie dengar taklimat sambil menanda kertas.
    Nasib baik tidak kacau.

    BalasPadam
  7. Aduhhhh....pandangamatanya 🐒mendebarkan jantung la...
    Saya memang takut dengan kera,beruk,monyet dan spesisnya ni sebab pernah ada pengalaman buruk..huhuhu

    BalasPadam