Pages

Ahad, 3 Julai 2022

Ikan Salai di Pasar Malam Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua kali melalui simpang jalan ke Kota Belud, Amie terpandang ikan dipanggang secara menegak di depan warung. Amie ajak Encik Suami singgah tetapi Encik Suami kata mana ada ikan dipanggang tegak-tegak! Eh, mata kita dah tak betul ke apa? Memang kita nampak ikan tegak-tegak berdiri di atas pemanggang!

Rezeki pula petang itu jalan-jalan ke Pasar Malam Kota Belud, kita ternampak ikan yang dipanggang tegak-tegak!


Biasanya ikan dipanggang atau dibakar di atas api atau bara dalam keadaan terlentang atau baring, tetapi kali ini memang jumpa ikan dipanggang gaya berdiri!


Berjenis-jenis ikan pula:
  • Ikan Panit
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Cencaru
  • Ikan Tudung Periuk
  • Ikan Tongkol


Seolah-olahnya seperti sedang bakar lemang sebab ikan terletak di tepi, dan api di sebelahnya pula. Mari kita tanya peniaga ikan yang bertudung pink di bawah ini.



Menurut peniaga tersebut, ini ialah ikan salai. Bukannya ikan panggang atau ikan bakar. Ikan dicucuk dengan buluh, digaram kunyitkan. Kena pusing-pusingkan ikan untuk masak sekata.


Oh, rupanya ikan salai!

Encik Suami teringin pula nak merasa. Macam sedap pula nampaknya. Sayangnya tidak disediakan tempat makan di situ dan kalau beli terus bungkus bawa pulang! 

Suatu hari nanti, mudah-mudahan ada kesempatan datang ke Kota Belud dan cuba makan ikan salai yang selalu Amie nampak di warung simpang jalan Kota Belud itu!


12 ulasan:

  1. dah siap salai tu mungkin sedap juga kalau dimasak kencur ya.

    BalasPadam
  2. nampak sedap. ikan salai lebih menyihatkan

    BalasPadam
  3. Semalam sy tunjuk gambar ikan salai Kak Amie ni yg dalam fb pada Pak Inche. Saja bagi 'hint', nak ajak jalan2 ke Sabah, hihi. Tapi, kirikkk krikkkk jer bunyinya.

    BalasPadam
  4. sedapnya masak lemak cili api atau masak lemak kencur kak... takpe nanti jalan-jalan ke sana jangan lupa singgah beli kak... Lain cara salainya ye dengan cara semenanjung

    BalasPadam
  5. terkenang aida ikan keli salai di rembau.
    aida beli then buat masak lemak cili padi.
    lain mcm sedap nyer tau, kak.
    rasa salai tu masuk dlm kuah, aduhai.... sedap!

    BalasPadam
  6. Kak Amie beli ke tak? sedapnyaaa...nampak fresh ikan tu...

    BalasPadam
  7. Kat semenanjung selalu keli salai je kan cikgu. Kat sana nampak lagi sedap pulak. Salai ikan yang banyak isi. Dimasak kencur tentu sedap tu.

    BalasPadam
  8. UNIKNYA CRA PANGGANG IKAN SEGAR MESTI SEDAP TU

    BalasPadam
  9. Alahai rugi pula Puan Amie tidak beli.

    BalasPadam
  10. Telioq nya ikan tongkol salai tu..
    Dapat dilerai isinya buat kerabu dengan pucuk selom perah limau nipis..mmmm...

    BalasPadam
  11. mcm2 jenis ikan salai...slalu tgk ikan keli salai je kt kl ni

    BalasPadam