Pages

Selasa, 12 Julai 2022

Bergedel Ikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Jemput jamu mata dengan Bergedel Ikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bergedel atau pergedel membawa maksud yang sama, diperbuat daripada kentang dan bahan campuran lain. Biasanya Amie tulis perkataan 'pegedil' atau 'begedil'. Akhirnya kembali gunakan perkataan 'bergedel' atau pergedel'. Orang kampung kami sebut 'bergedel'.

Kali ini Amie tidak gunakan kentang, sebaliknya hanya gunakan isi ikan kembung yang telah digoreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk makan dengan nasi. Dengan menggunakan lima ekor isi ikan kembung, dapatlah 20 keping Bergedel Ikan. Puaslah kami anak-beranak meratah saja.

Bergedel Ikan

Bahan-bahan:
  • 5 ekor ikan kembung - goreng - ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 3 biji telur
  • garam / perasa pilihan
  • minyak
Cara memasak:
  1. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Ketepikan.
  2. Kemudian tumbuk lada putih, cili padi, bawang putih dan bawang merah.
  3. Dalam sebuah bekas, campurkan isi ikan tumbuk dan bahan lain yang sudah ditumbuk.
  4. Tambahkan hirisan daun bawang, garam / perasa pilihan. Gaul rata.
  5. Pecahkan telur di atas bahan tadi dan gaul sekali lagi hingga sebati.
  6. Panaskan minyak.
  7. Bulat-bulatkan bahan dan kemudian leperkan sedikit membentuk bergedel sebelum menggorengnya di dalam kuali.
  8. Goreng sehingga kedua-dua belah bergedel ikan menjadi kuning keemasan.
  9. Angkat dan toskan.

Bergedel Ikan
Petik sehelai daun salad. Letakkan sekeping bergedel ikan di atasnya. Tuangkan sedikit sos cili dan kicap lada. 
Bismillah.
Tak perlu cari nasi. Makan begini saja pun sudah mengenyangkan.

23 ulasan:

  1. Sedap ni... x payah mkn dgn nasi ratah mcm tu je pun dh sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kami balut dengan daun salad, bubuh sos sikit terus makan,

      Padam
  2. Ni kalau sy jer, kena lima biji baru puas, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah SK. Tapi Kak Amie tambah lagi dua ketul heheheee.

      Padam
  3. sedapnya bergedel ikan diratah saja

    BalasPadam
  4. Sedapnya bergedel isi ikan sahaja

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Cuba Syaz. Tak banyak bahan nak diguna. Ada ikan ada telur, jadilah tu.

      Padam
  6. Wah... kalau saya, saya suka sandwichkan, dengan roti. Sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nur. Tak payah dah makan nasi. Balut dengan roti dan daun salad sudah cukup nutrisinya.

      Padam
  7. Nampak sedap...cara sediakan pun nampak mudah..bahan pun senang dapat..boleh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cerewet nak sediakannya SA. Hasilnya pun memang sedap.

      Padam
  8. Balasan
    1. Silakan. Senang sangat nak buat sebab bahan yang digunakan pun biasanya ada di dapur.

      Padam
  9. ok, ini unik. teringin nak cuba. lain dari yang lain

    BalasPadam
  10. Nampak sedapnya..
    Ingatkan yang ikan sardin macam selalu Cikgu buat tu..Rupanya ikan kembung yer..Macam nak try la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain sikit ni Mama Cella tapi tetap gunakan telur. Boleh ratah, boleh makan dengan roti, boleh makan dengan nasi.

      Padam
  11. Sedap jugak ye kalau buat begedil ikan. Asyik kentang dan ayam je. Satu tak cukup ni :)

    BalasPadam