Pages

Selasa, 5 Julai 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Belud

Bismillahirrahamanirrahanim.
Kami tidak berhasrat untuk berlama-lama di Kota Belud. Cukuplah transit dengan menginap satu malam sahaja kerana awal pagi esoknya kami akan meneruskan perjalanan balik ke LD. Memandangkan petang itu hujan lebat, pergerakan kami pun terbatas, sekadar meninjau-ninjau pasar malam dan Pasar Besar Kota Belud sahaja.

Tudung Saji, mercu tanda Arked Kota Belud.



Kami jalan-jalan seketika di pasar malam. 
Banyak jualan makanan dan minuman di sini.



Firdaus singgah beli sayapa ayam goreng.


Setelah puas melihat ikan salai, kami pun bergerak menuju ke Arked Kota Belud.
Kami singgah di salah sebuah gerai makan di sini.


Seperti biasa Firdaus tidak mahu mememsan apa-apa makanan, hanya minta milo ais sahaja. Rupanya budak kecil ini sudah memasang perangkap! Dimintanya murtabak yang Encik Suami beli di pasar malam. Sebenarnya Encik Suami hendak makan di hotel. Tidak tahan desakan, akhirnya Encik Suami mengalah! Dibukalah bungkusan murtabak di atas meja.


Kita tak sempat merasa murtabak dari pasar malam Kota Belud, sebab Firdaus sudah beri amaran supaya jangan makan mutabaknya! Sabar sajalah Encik Suami.
Tidak lama kemudian datangkan nasi goreng pattaya yang Encik Suami pesan diikuti dengan nasi goreng ikan masin kita.

Nasi Goreng Pattaya

Nasi Goreng Ikan Masin

Sup Perut Campur Urat

Kita pesan juga semangkuk sup perut campur urat. Sebenarnya kita teringin hirup sup yang ada aroma hirisan timun. Bukan semua daerah di Sabah hidangkan sup dengan hirisan timun!

Jus epal hijau.

Selepas kenyang isi perut di Arked Kota Belud, kami bergerak menuju ke Pasar Besar Kota Belud. Sayangnya sewaktu kami tiba, para peniaga sedang berkemas-kemas untuk menutup gerai masing-masing! Sempatlah beli kuih cincin, ikan liking dan kuih penyaram. Di Kota Belud, barulah kita tahu ada dua jenis kuih cincin iaitu kuih cincin yang keras dan kuih cincin yang lembut. Selama ini kami selalu beli kuih cincin jenis keras.  Kali ini kami beli kuih cincin original Kota Belud, jenis lembut.

Ikan Liking

Kuih cincin jenis lembut.


Kuih Penyaram Kota Belud.

8 ulasan:

  1. Ikan liking tu nampak macam ikan talang padi @ Kedah..Adakah sama atau memang ikan spesis lain tu cikgu ?
    Penyaram a.k.a cucur jawa tu cantik la kejadian dia..ropol dia perfect

    BalasPadam
  2. habis ke tu murtabak tu Daus makan sorang kak hehehhe... Siap tak bagi sesiapa mintak lagi, teringinnya rasa sup yang di campur timun tu kak... mesti seger kan

    BalasPadam
  3. Alahaiiiii Daus makan murtabak sorang je tu yang warning jangan usik sebab tak cukup dia nak makan sorang kalau bagi-bagi dengan abahnya. Sian encik majid murtabaknya sudah di rompak oleh si anak. comel je daus. hehehehe

    BalasPadam
  4. Macam tu rupanya ikan salai.....macam salai orang je di letak berdiri macam tu

    BalasPadam
  5. Ikan salainya bikin ngiler. He he ....

    BalasPadam
  6. Alahai patut beli lebih murtabak.
    Firdaus patut beritahu awal-awal hendak murtabak supaya boleh agak jumlah keping patut dibeli.

    BalasPadam
  7. Amboi Daus....bukan main lagi ye...namak sedap sup campur urat dan perut tu kak amie...terliur kita yg x sihat ni

    BalasPadam