Pages

Isnin, 25 Julai 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (1) : Roti Bulan Sabit

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini cuba sediakan sarapan yang seimbang untuk bekalan tenaga sepanjang waktu bekerja. Seperti biasa, kelas bermula pukul 6:45 pagi. Beberapa minit sebelum itu sempat alas perut dengan salad telur. Waktu rehat kita makan dua ketul roti bulan sabit. Selebihnya, buah dan kerepek rumpai laut kita makan dengan kawan-kawan.

Bekal Sarapan (1)

  • Roti Bulan Sabit (croissant) + Butter dan Jem
  • Salad : Green Coral Lettuce + Telur Rebus + Cherry tomato + Lemon
  • Orange Sunkist & Aprikot
Roti Bulan Sabit (croissant)

Salad Telur & The Gang

Buah Aprikot & Orange Sunkist


23 ulasan:

  1. Seimbang nampaknya tu....Kalau SA la makan sarapan pagi macam ni...memang la kul 11 lapar semula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya makan salad telur dan minum air, dah rasa kenyang tapi taklah sampai tengahari. Waktu rehat sambung makan roti bulan sabit pula. Ada kudapan buah dan kerepek boleh kunyah-kunyah waktu tengahari. Bolehlah alas perut sementara sampai waktu lunch.

      Padam
  2. Menarik salad telur tu. Dressing guna apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya taburkan sedikit serbuk paprika, dan perah sikit jus lemon.

      Padam
    2. wah, simple je memang sihat ni. Terima kasih kongsi :)

      Padam
  3. Nampak seimbang dan menarik. Belum cuba belum tau kan? saya tengok ni macam tak cukup jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini menu diet suku suku separuh. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh fiber.

      Padam
  4. kalau wak tak larat kerja sarapan macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak perlu banyak karbohidrat untuk lebih bertenaga.

      Padam
  5. Croissant buat sendiri ke kak? Kalau saya tak kenyang gini. Hehe. Kena makan heavy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli croissant. Panaskan semula dalam air fryer.

      Padam
  6. Aduh ..semua menarik namun berkhasiat..Saya ni bekal juga tapi tak seimbangšŸ¤­

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... yang penting kenyang dan bertenaga.

      Padam
  7. Saya hari ni tiada bekalan, roti habis di kedai.

    BalasPadam
  8. Nampak healthy bekal sarapan Amie. Saya sarapan kena makan berat. Salad bagi saya, kalau makan lunch, ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bagus ambil sarapan berat sebab untuk bekal tenaga sepanjang hari.

      Padam
  9. roti bulan sabit...hehe..nice..semua ada, lengkap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar-belajar sediakan makanan seimbang, ada karbo, protein & serat.

      Padam
  10. Balasan
    1. Ya, saya dengan Encik Suami kalau makan biasanya ada salad.

      Padam
  11. Sarapan ringkas yang sedap ni Kak Amie. Salad telur and the gang tu menarik betul. Kenyang pun kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, telur rebus memang boleh kenyangkan perut, bagi tenaga.

      Padam