Bismillahirrahmanirrahim.
Lazimnya, kalau berada di sesebuah pulau memang tidak dapat lari dari mengalami suhu tinggi akibat panas terik matahari! Begitu jugalah kami sewaktu berada di Labuan. Walaupun cuaca panas, kami menikmati indahnya langit biru, dan awan berarak perlahan. Kami mengambil keputusan untuk ke Taman Burung Labuan, membuang-buang waktu sementara tiba masa untuk daftar masuk hotel.
Sebenarnya, kami sudah ada perancangan untuk melawat beberapa tempat di Labuan. Rakan-rakan yang lain (Gang Bas Sekolah) yang akan menaiki feri pukul 8 malam nanti dari Menumbok memang berhasrat untuk jalan-jalan sekitar pulau. Ada beberapa orang rakan kami yang baru menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sini. Antara tempat lawatan yang Amie cadangkan untuk mereka sudah tentulah tempat yang pernah kami singgah beberapa tahun dahulu ketika melawat Fuad di Kolej Matrikulasi Labuan:
- TAMAN BURUNG LABUAN ( LABUAN BIRD PARK)
- MASJID JAMEK AN NUR , LABUAN
- TAMAN DAMAI LABUAN
- TAMAN BOTANIKAL LABUAN DAN CERITA- CERITA DI SEBALIKNYA.
- MUZIUM CHIMNEY DAN MISTERI MENARA CHIMNEY
- WORLD WAR II MEMORIAL ( TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA II) DI LABUAN
Taman Burung Labuan. |
Kami datang untuk kali yang kedua selepas lebih 5 tahun lalu.
Keadaannya masih sama seperti dahulu.
Sebelum masuk ke sangkar burung, Firdaus dan Izzuddin sempat beri makan arnab di Taman Arnab.
Arnab yang sudah kekenyangan tidak mahu melayan pemberian makanan dariada para pengunjung! |
Panduan dan sumber ilmu untuk para pelawat. |
Tempat cuci tangan. |
Burung merak di atas dahan. |
Kali ini Amie hanya jalan-jalan sekitar kawasan burung merak sahaja.
Lama jugalah menunggu di sini kalau-kalau ada seekor dua burung merak mengigal, mengembangkan sayapnya!
Nampaknya tidak ada rezeki untuk merakan gambar burung merak mengigal. Tengok ekor merak pun macam banyak yang sudah tercabut!
Ekor burung merak yang nampak cerondol! Kalau dikembangkan tak tahulah bagaimana rupanya, mungkin rompong-rompong kejadiannya!
Kita tengoklah pula burung berjambul bulat ini.
Dalam entri lepas, Amie pernah tuliskan "terima kasih daun keladi gajah". Kalau hendak tahu rupa daun keladi gajah, itu dia di belakang burung jambul bulat! Maknanya, daun keladi tersebut lebih besar berbanding saiz daun keladi biasa.
Tiba-tiba terpandang seekor merak putih. Rasanya ini bukan merak kayangan. Barangkali ini keturunan burung merak yang tidak sempat diwarnakan oleh burung gagak!
Aduhai! Tiba-tiba teringat kisah dongeng burung gagak dengan buruk merak semasa zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun hanya kisah dongeng, namun ia penuh dengan nilai dan pengajaran.
Merak berbulu putih. |
Cuaca panas dikejutkan dengan hujan gerimis di tengahari. Kami mencari tempat berteduh. Selepas hujan berhenti, Firdaus dan Izzuddin bermain di taman permainan pula.
Sementara menunggu Firdaus dan Izzuddin bermain buaian dan jongkang-jongket, sempat tangkap beberapa keping gambar di sekitar.
Taman permainan kanak-kanak. |
Gambar-gambar burung di bawah ini Amie ambil dari entri lama. Untuk lanjut boleh klik di sini: TAMAN BURUNG LABUAN ( LABUAN BIRD PARK).
Romantikkan dua ekor burung jambul bulat ini. |
Bagus bertopi budak2 tu... Elak panas dan elak 'hadiah' burung!
BalasPadamSejak Iman dah meningkat remaja ni, jarang kami melawat taman2 haiwan. Terasa rindu pulak tengok Kak Amie ke taman burung ni. Daus paling seronoklah kan.
BalasPadamcantiknya merak baca n3 amie teringat pula nak tulis kisah dongeng merak n gagak
BalasPadamMerak albino kot tu..
BalasPadamMasa saya duduk sana belum ada taman burung.
BalasPadam