Bismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul 1 tengahari, kami tinggalkan Taman Burung Labuan. Oleh kerana berasa letih, ditambah pula mengenangkan suami masing-masing telah memandu kereta seawal pukul 3 pagi, jadi Amie dan Mas bercadang untuk terus ke tempat penginapan. Walaupun, daftar masuk pada pukul dua petang, kalau ada rezeki mungkin boleh masuk awal. Kalau tidak pun, bolehlah menunggu di lobi sambil merehatkan diri.
Ketika kami sampai, pihak hotel memaklumkan belum bersedia menerima tetamu, dan meminta kami daftar masuk selepas pukul dua petang. Memang nampak ramai tetamu yang sedang duduk menunggu di situ dengan beg masing-masing.
Jadi kami terus menuju ke restoran yang terletak di sebelah kaunter dengan harapan untuk menghabiskan masa dengan makan tengahari dan kemudian daftar masuk. Sayangnya, pekerja di restoran mengatakan mereka tidak dapat menyediakan hidangan dalam masa yang singkat. Sambil menunjukkan pelanggan yang sedang menunggu di beberapa buah meja, pelayan restoran memberitahu kami bahawa mereka (pelanggan) sudah lama menunggu pesanan masing-masing.
Bagus jugalah pelayan restoran terangkan keadaan sebenar kepada kami supaya kami tidak tertunggu-tunggu. Barangkali kekurangan pekerja.
Mas beritahu akan keluar ke bandar untuk mencari kedai dobi. Barangkali Mas akan makan tengahari di luar juga. Kami mengikut hala tuju masing-masing. Encik Suami cadangkan untuk pergi ke Kompleks Ujana Kewangan. Teringat setiap kali mengunjungi Farid dan Fuad di Kolej Matrikulasi Labuan, kami akan singgah makan di situ.
Apabila kami sampai, kami terus ke bahagian nasi campur. Lauk-pauk pun hampir habis. Jadi ambil sahajalah mana yang ada. Rupanya di bahagian sebelahnya, banyak pilihan makanan lain. Apa boleh buatlah, lapar punya pasal terus rembat apa yang ada di hadapan mata.
Ketika itu terpandang bahagian ikan bakar. Aduhai! Teringin pula nak makan ikan pari bakar. Oleh kerana sudah ambil nasi campur, kita minta satu set ikan pari bakar. Kenalah sabar menunggu 10 minit sementara ikan pari bakar tiba di meja.
|
Ikan Pari Bakar. |
Firdaus tidak mahu makan. Sebelum masuk ke food court, matanya sudah terpandang restoran KFC terlebih dahulu! Walaupun Amie ambilkan ayam goreng, dia tetap hendak makan ayam goreng kentucky juga! Firdaus hanya minum air mata kucing saja.
Ini pinggan nasi Encik Suami. Selalunya banyak sayur Encik Suami ambil, dan tak pernah pula nampak Encik Suami mengambil sosej. Memang sudah tidak ada sayur, walaupun bekas lauk banyak tetapi kebanyakannya sudah kosong.
|
Sumber : KFC |
Selepas makan di food court, kami masuk ke restoran KFC pula. Aduhai! Ramainya pelanggan. Terpaksalah menunggu giliran dan hampir setengah jam jugalah untuk dapat tempahan KFC kami! Sabar sajalah.
sosisnya berkilau kak amie...ikan bakar mbul sangat suka...itu yang hijau okra kah kak amie? Mantab ^^
BalasPadamSabar sahajalah Firdaus hendak ayam KFC. Nasib baik dah kenyang makan.
BalasPadam