Bismillahirrahmanirrahanim.
Entri kali ini masih berkaitan dengan jalan-jalan ke Elopura @ Sandakan pada bulan Mac. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, namun kisahnya masih melekat di hati. Kononnya hendak sampai ke Sepilok tepat pada waktu orang utan datang ke tempat makannya. Apa nak buat, lain yang dijangka lain yang terjadi. Kita cadangkan kepada Encik Suami supaya gunakan WAZE, tapi katanya tak perlu sebab sudah biasa dengan jalan yang akan dilalui menuju ke Sepilok. Setelah memandu lebih setengah jam dari Hotel Sabah, kita beritahu Encik Suami bahawa jalan yang sedang dilalui itu salah! Terpaksalah patah balik ke jalan asal, dan kami terlajak hampir satu jam dari perancangan asal.
Sampai ke Sepilok, kami diberitahu orang utan sedang diberi makan. Begitu dan begini, daftar masuk dan simpan beg di locker, berlarianlah kami di atas jambatan kayu yang entah berapa ratus meter jauhnya untuk sampai ke tempat orang utan keluar dari hutan untuk makan!
Suasana kelihatan lengang sebab para pelawat sudah berada di tempat orang utan sedang makan. Apabila kami sampai, rupanya orang utan sudah selesai makan dan sudah masuk semula ke dalam hutan. Namun begitu kami dimaklumkan untuk menuju ke Bangunan Asuhan Luar Orang Utan. Boleh tahan jugalah untuk meneruskan perjalanan ke situ.
|
Bangunan Asuhan Luar Orang Utan |
|
Keluarga beruk dan monyet. |
Di sini hanya kelihatan beruk dan monyet sedang makan! Lucu juga memerhatikan gelagat makhluk ini. Masing-masing berebut-rebut untuk makan, dan ada yang terpaksa mengalah terutamanya yang berbadan kecil.
Yang ini nampak harmoni menikmati makanan bersama-sama.
Yang ini pula kalau boleh hendak makan semua apa yang ada!
Setelah agak lama menunggu, muncullah seekor orang utan muda @ anak orang utan bergayut di tali.
Ini sahajalah orang utan yang ada di sini.
Sewaktu kami melangkah kaki meninggalkan bangunan tersebut, terpandang dua orang utan di sudut.
Kami saksikan mereka bergurau senda!
Dapat melihat orang utan muda pun berbaloi juga daripada tidak dapat melihat langsung. Beberapa kali datang ke sini memang selalu terlepas dan tidak berpeluang melihat orang utan dewasa. Pernah sekali lama dulu dapat saksikan orang utan dewasa keluar dari hutan bergayut-gayut menuju ke tempat makan.
Walaupun berjalan dalam hutan, bahang terik matahari tetap terasa! Jom kita balik.
Lawatan berakhir di sini.
Cerita kali ini terbalik!
Setelah keluar dari hutan barulah ambil gambar di tempat masuk!
Daftar masuk di sini.
Tidak ada sebarang cendera kenangan dapat dibeli di sini kerana ketika itu kami difahamkan tender belum dikeluarkan. Kami pun faham. Maklum sahajalah sudah dua tahun menjalani tempoh PKP, sudah tentulah perlu mengambil masa untuk uruskan.
Setelah daftar masuk, pelawat yang membawa beg perlu menyimpan beg masng-masing di locker. Kalau tak silap bayaran dikenakan antara 2 atau 3 RM begitulah.
Pelawat tidak dibenarkan membawa beg ke dalam hutan. Risikonya sudah tentulah monyet dan beruk yang nakal akan tarik beg kita. Sudah tentu terus dibawa lari masuk hutan! Boleh bayangkan tak kalau beg kita dibawa naik atas pokok? Jangan minta tolong dengan petugas di situ. Bukan kerja mereka untuk kejar beruk dan monyet dalam hutan.
Waktu itu rasa sangat dahaga. Sayangnya kafetaria belum beroperasi. Terpaksalah cepat-cepat keluar dari kawasan ini untuk mencari air minuman.
Firdaus pun sudah lebam kepanasan!
Encik Suami tidak berminat untuk melihat beruang madu.
Kita pula rasa dahaga!
Selepas singgah seketika di tandas, kami pun meneruskan perjalanan keluar.
Sekian, cerita melawat orang utan di Sepilok pada Mac 2022 lalu.
Dapatlah melihat tiga orang utan yang masih muda!
Alhamdulillah masa saya ke sini 12 tahun lepas dapat tengok orang utan dewasa. Rindu lah Sepilok dan Sandakan
BalasPadamEntri Kak Amie ni mengimbau kenangan kita semasa ke sini dulu. Pada mulanya mmg agak risau juga bila diingatkan macam2, rupa2nya, tak ada apapun. Orang utan tu, tak heran pun dengan kita, hihi.
BalasPadamBanyak spesis kera monyet ni..
BalasPadamSA x pernah sampai lagi kat sini...kalau berpeluang memang nak pergi...mesti seronok..
BalasPadam