Pages

Khamis, 2 Jun 2022

Kunjungilah Reruai SHE di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 03-12 Jun 2022

Bismillahirramanirrahim.

Esok, 03 Jun 2022 bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jangan lupa datang beramai-ramai ke booth / reruai pilihan.

Selain menghasilkan lebih 20 antologi termasuk cerpen kanak-kanak dan anekdot terbitan SYFE, Amie juga terlibat dengan projek menulis di bawah naungan penerbit SHE. Setakat ini Amie menukang 4 buah cerpen untuk 4 antologi dan ada lagi cerpen yang lain yang masih dalam proses penerbitan. Antara antologi yang telah terbit termasuklah:

  • Antologi Bicara Rindu - Cerpen Bubur Som Som Sirap Gula Merah
  • Antologi Kalis Janji - Cerpen Janji Yang Teruji
  • Antologi Ukir Hasrat - Cerpen Ikan Pulang ke Lubuk
  • Antologi Serpihan Pasrah - Cerpen Cinta Abadi

Antologi Cerpen di bawah Projek Menulis selenggaraan Puan Norsazlizawati

Amie juga terlibat dengan penulisan Anekdot Seronoknya Raya Hikmah Aidil Fitri dengan hasil tukangan berjudul Itik Panggang Sos Plum. Selain itu Amie turut menghasilkan cerpen kanak-kanak bertajuk Nasi Linopot diterbitkan dengan judul Antologi Cerpen Dunia Keriangan Kanak-Kanak. Kedua-dua antologi tersebut juga diterbitkan SHE. Beberapa buah antologi lagi masih dalam proses penerbitan.

Jadi, jemputlah singgah memeriahkan suasana di  reruai SHE di Tingkat 3, 3164 di PBAKL.

Walaupun kita tak dapat ke PBAKL tapi kita sentiasa mengikutinya dari jauh. Kebetulan pula cuti sekolah kali ini tidak ada perancangan balik ke Selangor. Namun begitu ada sesuatu yang Amie tinggalkan untuk rakan-rakan maya. Biasanya Amie buat teka-teka ke daerah mana Amie akan bercuti tetapi kali ini teka-teki Amie berbunyi begini:
Berapa hari kami pergi bercuti?
Senang saja jawapannya kan?
Jawab sekali saja tau!
Siapa dapat jawab dengan tepat, in syaa Allah hadiah akan dihantar sampai  ke pintu rumah anda!


12 ulasan:

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    BalasPadam
  2. Rindu nak pergi PBAKL. Dah bertahun tak jejak kaki.

    Emm..kak Amie pergi bercuti 5 hari agaknya.

    BalasPadam
  3. TAK PERNAH PUN KE PBAKL...TAPI ADA JUGA ANTOLOGI JOIN WRITER WRITES DI RERUAI SITU..SELAMAT BERCUTI AMIE..KAK TEKA 4 HARI AMIE N FMILI BERCUTI

    BalasPadam
  4. Seminggu cuti bior puas roun jenjalan.. Seronoknya

    BalasPadam
  5. Tahniah amie....wah semakin banyak nukilan amie. Semuga semakin banyak idea nak menulis. Tulis novel le baru puas hati peluk satu buku hasil nukilan amie. Mana tahu kan

    BalasPadam
  6. Insha Allah akan kunjungi kalau ada masa. booth dalam bahasa Melayu reruai rupanya. baru tahu. Saya teka..4 hari

    BalasPadam
  7. Wah..hebat...Mbul terkagum dengan kak amie yang menelurkan banyak karya termasuk cerita kanak kanak...tapi yang selalu membuat mbul suka itu cerita yang ada kaitannya dengan makanan kak...terutama yang bubur som som...kayaknya isinya bikin perut bernyanyi juga diramu dengan kisah yang hangat...Sukses untuk buku bukunya ya kak ^^

    BalasPadam
  8. Banyak anrologi Puan Amie sediakan.
    Saya agaknya 8 hari.

    BalasPadam
  9. 9 hari kot akak cuti, ingat akak ada dekat pesta buku tu heehee..

    BalasPadam
  10. In sha Allah kalau berkesempatan nak ke PBAKL...tapi kampung pun nak balikšŸ¤­
    Selamat bercuti Cikgu Amie...
    Macam lama ja bercuti kali ni ..Saya tek 7harišŸ¤­

    BalasPadam
  11. Terima kasih sudi teka jumlah hari kami bercuti. Cukup teka setakat di sini saja ya.

    BalasPadam
  12. tahniah Amie, cikbunga ada juga tanam impian nak keluaran buku ...ahaksss just my little dream,

    BalasPadam