Pages

Sabtu, 11 Jun 2022

Singgah Makan di Kota Kinabatangan dan Simpang Jeroco

Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari simpang Sepilok, kami singgah membeli air minuman di kedai runcit. Kemudian kami teruskan perjalanan. Perut mula berkeroncong. Lebih kurang pukul satu tengahari, kami singgah di Kota Kinabatangan untuk makan tengahari. Kami lihat sebuah restoran dikunjungi ramai pelanggan. Kami pun masuklah ke situ tetapi keluar semula setelah duduk agak lama tetapi tidak ada seorang pelayan pun yang datang. Berkali-kali juga Encik Suami angkat tangan memanggil pekerja di situ, tetapi tetap tidak dihiraukan. Kami pun angkat kaki!

Kami berjalan masuk ke sebuah restoran mamak pula. Kami lihat hanya tinggal saki-baki lauk nasi campur sahaja. Pelanggan pun ramai! Encik Suami tidak tahan lapar, jadi diambilnya sahaja nasi putih dan lauk yang ada. Firdaus minta nasi goreng dan Amie pula pesan mihun goreng.

Firdaus dengan milo ais.

Nasi Goreng Ayam.


Macam sedap saja tengok anak dan babanya makan!
Sebenarnya perut kita pun tak tahan lapar juga!


Amie layan segelas jus nanas.


Setelah habis jus nanas dihirup, datanglah sepinggan mihun goreng!
Bismillah. Oleh kerana perut sudah penuh dengan jus nanas, jadi hanya dapat 'sumbat' separuh mihun goreng sahaja.

Coto Makassar.

Kami teruskan perjalanan. Setelah lebih satu jam pemanduan, perut mula rasa lapar semula! Teringat mihun goreng yang tidak dihabiskan kerana perut sudah penuh dengan jus nanas! Amie minta Encik Suami singgah di warung coto makassar di Simpang Jeroco. 


Kali ini Amie makan sungguh-sungguh. Makan semangkuk Coto Makassar ditambah dengan buras.


Alhamdulillah.
Kami sambung semula perjalanan menuju ke LD. 

6 ulasan:

  1. Coto makassar tu tentu sedap kan

    BalasPadam
  2. Coto makassar favourite kak Amie, memanglah habis. Hehe

    BalasPadam
  3. Amboi ramai orang terus pelayan tidak endahkan suami Puan Amie untuk pesan.
    Hehe kenyang Ais sampai minum goreng tidak habis.

    BalasPadam
  4. Meniaga tapi tak pandai jaga hati pelanggan. Orang dah lambai2 pun buat tak tahu. Jika sy pun, lebih baik angkat kaki. Nasib baik ada restoran mamak, kan kak Amie.

    BalasPadam
  5. Nak sangat rasa coto makassar tu...apa la agaknya rasanya...

    BalasPadam
  6. Saya pun selera tengok Firdaus dan babanya makan.

    BalasPadam