Pages

Khamis, 16 Jun 2022

Makan Ikan Talapia Bakar dan Nasi Goreng Jawa di Telupid

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti penggal persekolahan selama seminggu, kami bawa Firdaus jalan-jalan keluar dari daerah LD. Sebaik sahaja selesai acara merentas desa, kami terus tinggalkan Lahad Datu. Ketika kereta memasuki daerah Telupid, perut mula berasa lapar. Kami singgah di sebuah tempat makan iaitu Warung Saiful. Di hadapan warung tersebut kelihatan seorang peniaga ikan bakar sedang memanggang ikan talapia. Aromanya sangat menggoda! Harganya RM18 seekor. Amie teringin untuk meratah dan pesan seekor, minta hantar ke Warung Saiful. 

Ikan Talapia Bakar


Di penjuru Warung Saiful, ada gerai Sayap Ayam Wak Darmo dan tongkeng panggang. Di mana-mana sahaja kami pergi, harga sayap ayam panggang  sudah mencecah harga RM2.50 sekeping. Encik Suami memesan tongkeng bakar.

Ikan Talapia Bakar.

Nasi Goreng Jawa: RM8

Amie terpandang menu Nasi Goreng Jawa di Warung Saiful. Macamanalah agaknya rasa Nasi Goreng Jawa? Jadi pesanlah satu. Firdaus pula tidak mahu makan.


Nasi Goreng Jawa ditutup dengan telur dadar yang dipotong-potong. Perencahnya terdiri daripada sayuran seperti lobak merah dan sawi serta isi ayam rebus yang disiat-siat. Hidangan yang disajikan disediakan lengkap dengan semangkuk kecil sup kosong.

Nasi Goreng USA

Kalau kita makan Nasi Goreng Jawa, Encik Suami pula berminat nak makan Nasi Goreng USA pula!

Tongkeng Ayam Panggang

Kita makan Nasi Goreng Jawa dengan Ikan Talapia Bakar. Encik Suami pula makan Nasi Goreng USA dengan tongkeng ayam panggang!

Selesai makan, jam menunjukkan angka 3 petang. Kami teruskan perjalanan ke Kundasang.




8 ulasan:

  1. Lazatnya ikan talapia bakor tu... Terliur pulakk!

    BalasPadam
  2. sedap nya nengok ikan talapia tu kak... lagilah makan panas-panas lagi. Tak lapar pulak Daus kak tak makan apa pun dia

    BalasPadam
  3. Eh eh eh.. tadi kata cuma nak ratah-ratah ikan, tiber order NG Jawa pulak ya. Hihihi.

    BalasPadam
  4. first time dengar nasi goreng jawa..ingatkan ada tempe goreng...hihi....feveret ikan talapia..

    BalasPadam
  5. apa rasanya nasi goreng jawa tu amie

    BalasPadam
  6. Haah pertama kali tahu ada nasi goreng Jawa.

    BalasPadam
  7. Sedapnya tengok gambar makanan. Lapar terus. Hehe..

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi jumpa nasi goreng Jawa. Harga makanan makin naik kan. Redha jelah kalau tak lapar

    BalasPadam