Pages

Jumaat, 17 Jun 2022

Kiriman Novel Nyanyian Tanjung Sepi daripada Notie

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas rezeki kiriman novel Nyanyian Tanjung Sepi hasil karya Noor Suraya daripada blogger NOTIE : SAJE SUKA-SUKA. Kiriman ini tiba di LD sewaktu kami sekeluarga jalan-jalan cari penat di Kota Kinabalu. Terima kasih daun keladi untuk jiran yang tolong simpan bungkusan kiriman tersebut sehingga kami pulang ke LD.


Oleh kerana Amie jenis hantu buku, jadi apabila menerima novel setebal 756 halaman ini, mulalah memikirkan bilakah waktu yang sesuai untuk membaca dan menghayatinya tanpa sebarang gangguan! Rasanya tak seronok baca sekerat-sekerat atau separuh jalan, dan kemudian sambung semula. Ingatkan mahu mula membacanya pada malam ini hingga ke pagi, tetapi esok pagi ada aktiviti kokurikulum pula. Jadi terpaksalah tangguh baca. Mungkin hari Sabtu malam Ahad boleh baca terus-menerus hingga selesai. Amie lihat novel ini diterbitkan pada tahun 2012. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke dunia yang masih belum sepenuhnya berada di hujung jari seperti sekarang ini.

Hurrmmm! Amie pernah baca salah sebuah novel karya Noor Suraya & Imaen iaitu Cintaku Luruh di Oxford. Novel setebal 738 muka surat itu Amie ulang baca sehingga 3 kali. Amie cuba cari novel tersebut di rak buku tetapi entah di mana terselitnya!

Autograf daripada penulis Noor Suraya

Sebelum ini, Notie pernah kirimkan buah tangan Dapur Mak Cik Raja, resepi autentik daripada novel-novel  Noor Suraya : KIRIMAN BUKU DAPUR MAK CIK RAJA DARI BLOGGER NOTIE. Kalau dapat jumpa Notie, memang tak lepas peluang nak peluk-peluk...muaaahhh...muaaahhh....muuaaaah!!! Nak ucap terima kasih banyak-banyak! Terima kasih Notie... terima kasih daun keladi gajah! Mudah-mudahan murah rezeki dari pelbagai segi termasuk kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Novel Nyanyian Tanjung Sepi

Sehari dua ini kita sengaja dengar lagu Nyanyian Tanjung Sepi dari you tube. Nak timbulkan aura membaca novel Nyanyian Tanjung Sepi nanti. Ada sesiapa di antara rakan-rakan yang sudah baca novel Nyanyian Tanjung Sepi? 

11 ulasan:

  1. sy dh baca kak amie. cerita memang terbaikk, ni antara novel kesayangan saya..tak rugi beli untuk jadikan koleksi peribadi. saya memang peminat kak suraya, semua novel dia saya beli..selamat membaca kak amie

    BalasPadam
  2. Tebal sungguh tu..700+ halaman.
    Tapi kalau kena citarasa, mau tak perasan masa berlalu dek leka membaca.

    BalasPadam
  3. Dari tajuknya dah tahu menarik novel ni..
    Zaman sy nak menghadap novel baca sampai habis dah berlalu hihi... tak mampu dah sekarang nak baca sekali hadap je... banyak kekangan :)

    BalasPadam
  4. Saya baca novel lain daripada Noor Suraya macam Jaja dan Din.
    Selamat membaca ya.

    BalasPadam
  5. Saya suka karya Noor Suraya. Bahasanya memang menangkap jiwa. Novel Nyanyian Tanjung Sepi pun dah baca bertahun yg dulu. Tapi, tak taw pulak ade lagu diaaaa..hihihi. salam kenal cikgu Amie.

    BalasPadam
  6. Hahaha..terima kasih daun keladi gajah...
    besar manalah agaknya daun keladi gajah tu

    BalasPadam
  7. Tebalnya.. Puas membaca. Nantilah saya dengan kak Notie terjah kak Amie di LD. Hehe

    BalasPadam
  8. Pernah baca Cintaku Luruh di Oxford.. dah lama tak beli novel.. bila di rak novel, baca sinopsis je lepas tu letak balik.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah selamat sampai....wah tak pernah dengar terima kasih daun keladi gajah....hehehe apa pun enjoy baca ye. NTS tu paling laris sekali masa di creative. Ulang cetak entah berapa kali. Terbitan 2012 tu rasanya kak su ambil hak penerbitan dari creative dan terbitkan di JS. Sebab ramai yang tanya tu yang kak su terbitkan semula.

    BalasPadam