Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar sambungan catatan kenang-kenangan cerita yang sudah berlalu sepurnama nan lalu! Ketika ini masih bulan Syawal. Selepas beraya di rumah Jusna di Felda Anjung Teduh, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Labian menuju ke Homestay Tanjung Seri. Homestay ini terletak berhadapan dengan pantai.
Rakan-rakan sangat teruja berada di pantai. Menjelang malam suasana bertambah meriah. Kami berBBQ, dan ada rakan-rakan yang berkaraoke. Arang dibakar pada sebelah petang, dan tidak sabar-sabar untuk bakar udang, sosej, ikan dan sayap ayam. Kami beli ikan dan udang di Makuau (gerai jual ikan yang kami temui dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Tungku). Nampaknya tidak ada banyak pilihan makanan laut yang dapat dibeli selain udang dan ikan basung serta ikan lumahan sahaja.
Bulan bersinar terang, di pagar bintang di langit malam. |
Memanggang @ membakar udang sebelum malam menjelma.
Menjelang waktu maghrib kami kembali semula ke homestay untuk tunaikan solat dan kemudian menyambung BBQ di tepi pantai.
Bimbang dikerumuni nyamuk, ada yang rajin membuat unggun api untuk menghalau nyamuk.
Wajah-wajah yang kekenyangan makan di tepi pantai!
Pada masa ini kami dapat saksikan beberapa orang penduduk kampung menuju ke laut dengan membawa lampu suluh. Menurut Cikgu Ahmad, mereka membujak (cara memburu) ikan. Sayangnya tidak dapat ambil gambar kerana mereka berada di dalam air laut.
Nampaknya malam itu kami bukan sahaja menikmati makanan yang dipanggang tetapi ada makanan lain seperti buras dan ayam masak lengkuas. Cikgu Ahmad perkenalkan satu makanan tradisi Bajau iaitu pitulakan.
Kuih pitulakan diperbuat daripada tepung beras dengan kelapa parut dan santan kelapa pekat. |
Ombak terus menghempas di pantai.
Rasa sangat nyaman menikmati tiupan angin laut yang dingin.
Kami habiskan memanggang ikan lumahan dan ikan basung.
Lebihan nasi kami simpan, dan akan digoreng keesokan paginya untuk sarapan.
Kami bermalam di Homestay Tanjung Seri. |
Kawan-kawan yang lain masih berkaraoke. Amie, Sue, Nano dan Jusna balik ke homestay. Kami sewa sebuah homestay untuk empat orang. Kavvy, Gee, Sinar dan Misa di sebelah kanan kami manakala Kam sekeluarga di sebelah kiri homestay kami.
Walaupun rasa letih tapi hati gembira.
Selamat malam bulan!
Cantik bulan.. seronok bb tepi laut... angin malam tu syok wooo.. Baru baru ni gi jugak bbq tepi pantai..seronok lagi lagi kalau tak hujan lebat.. angin sepoi sepoi..
BalasPadamseronoknya berBBQ di tepian pantai...ditemani deruan ombak, disimbahi cahaya bulan mengambang..
BalasPadamada 2 benda baru disini - membujak dan kuih pitulakan..
Meriah, ramai sertai aktiviti memanggang makanan.
BalasPadamSeronok, bbq di tepi pantai. Bulan pun terang. :)
BalasPadamWah.. Rasa nak makan ikan tepi laut jugak lepas baca entry ni. Tapi tulah bulan dah tak purnama
BalasPadamSeronoknya bakar2 di bawah bulan mengambang di tepian pantai.
BalasPadam