Bismillahirrahmanirrahim.
Tak sabar rasanya untuk merehatkan diri di bilik setelah dapat kunci 3006. Amie tempah dua buah bilik untuk penginapan selama dua malam di Palm Beach Resort & SPA yang terletak di Jalan Batu Manikar, Labuan. Sebuah bilik untuk kami dan sebuah lagi untuk Mas sekeluarga. Bilik Mas bersebelahan dengan bilik kami, 3005. Kedua-dua bilik terletak di tingkat paling bawah.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, penyaman udara sudah terpasang. Melihat suasana bilik yang bercahaya lampu warna suram, dengan suhu dingin rasa hendak lompat ke katil ketika itu juga!
Saiz bilik ini agak luas. Dekorasi dalamannya kelihatan klasik .
Dari dalam bilik boleh terus melihat pemandangan luar melalui pintu kaca.
Ada meja bulat dan dua buah kerusi disediakan di bahagian anjung.
Oleh kerana kami menginap selama dua malam di sini, jadi ada juga masa untuk menikmati minuman panas sambil sembang-sembang bersama Encik Suami. Di hadapan anjung pula ada taman permainan kanak-kanak. Memang itulah tempat yang diintai-intai Firdaus sebaik sahaja kami masuk ke bilik.
Di sudut inilah Amie menyiapkan tugas menanda kertas peperiksaan murid. Walaupun sedang bercuti, tugas hakiki tetap dibawa bersama.
Peti sejuk kecil ini kami isi dengan air minuman dan coklat. Maklumlah, pulau bebas cukai! Membeli coklat sampai tak ingat dunia!
Banyak pula selok-belok dalam bilik ini. Masuk sahaja dari arah pintu, di bahagian kiri ada lorong. Mari kita singgah di lorong kecil ini. Ada apa agakanya?
Di sebelah kiri ada pintu bilik air, dan di hadapan sekali ada pintu lagi satu. Di sebelah kanannya pula tempat kegemaran Encik Suami untuk membancuh minuman panas!
Apabila pintu di hadapan sekali dibuka, inilah keadaan di dalamnya.Ada penyangkut pakaian dan selipar.
Ruangan kegemaran Encik Suami.
Kita buka pintu di sebelah kiri pula.
Oh, pintu bilik air rupanya!
Beginilah keadaan di dalam bilik air.
Ada ruang mandi menggunakan pancuran dan ada tab mandi juga.
Perasmi tab mandi sudah tentulah bujang kenit Firdaus itu.
Selepas mandi di dalam tab, dia nak sambung mandi di kolam renang pula!
Kebetulan Mas ketuk pintu bilik kami, dan katanya nak bawa Izzuddin mandi di swimming pool.
Apalagi! Kelam-kabut Firdaus berlari ke pintu mengikut Izzuddin. Ikutkan sajalah ke mana budak ini hendak pergi. Tidak sabar dia hendak mandi dengan Izzuddin.
Setelah daftar untuk mandi dan ambil tuala, kedua-duanya tidak sabar untuk terjun ke kolam renang. Aduhai! Ketika itu matahari masih panas memancar walaupun sudah pukul 4 petang! Sabar sajalah.
Firdaus mandi di kolam renang yang cetek saja.
Pokok keladi gajah di hadapan Restoran Bunga Mas. |
Lama jugalah Firdaus dengan Izzuddin mandi. Menjelang senja, kami kembali ke bilik masing-masing. Ketika melalui Restoran Bunga Mas, terpandang pokok keladi gajah. Ha... sekali lagi Amie kongsikan pokok keladi gajah. Amie kan suka sebut 'terima kasih daun keladi gajah ... ahaks!
Setakat ini dahulu catatan Amie. Nanti kita jalan-jalan di sekitar Palm Beach Resort & SPA dalam entri seterusnya. Malam itu semua tidur awal. Tengah malam turun hujan pula. Alhamdulillah. Kami dapat berehat secukupnya.
Memang best kalau masuk bilik aircond sudah tersedia pasang.. boleh terus landing atas katil.
BalasPadamWahhhhh... besar sungguh bilik tu, Kak Amie. Bolehlah main lari2 dalam bilik juga. Kolam renang pun nampaknya best juga tu, kalau berendam, memang tak terasa hari tengah panas, hihi.
BalasPadambiliknya luas dan selesanya kak, lengkap semua fasilitinya...
BalasPadamDaus dan kolam renang tak dapat dipisahkan ya
Seronoknya ..walaupun kerja dibawa bersama tapi pastinya bersemangat nak making paper sambil bercuti..Daus la paling untung..jadi anak bongsu memang dicemburui kanš¤
BalasPadamManarik la ikan bakar dihiasi okra...semalam nampak kat blog sapa dah ..lupa pulak ..
BalasPadamdia masak bendi rebus..terliur sungguh
eh eh ada pokok keladi..hahaha
BalasPadamLuas biliknya.
BalasPadamBesarnya daun. Patutlah nama dia, pokok keladi gajah. :)
selesa tempat penginapannya mesti lena tidurnya
BalasPadamnampak klasik dan mewah resortnya. sayangnya kak Amie tak sempat pergi spa. hehe
BalasPadamBesar biliknya sampai ada banyak ruang.
BalasPadamluas. view yg cantik. nyaman :)
BalasPadam